Breaking News

Lelaki cepat klimaks

MENGIKUT fahaman isteri, jika suami mencapai klimaks, bermakna hubungan seksual itu selesai dan pasangannya puas. Anggapan ini bermakna kepuasan seksual hanya untuk keseronokan suami.

Bagaimanapun, apabila ditanya suami, tentu dia akan memberitahu sebaliknya, iaitu tidak berasa puas kerana cepat sangat klimaks dan jika boleh hendak masa lebih panjang, tetapi apakan daya.

E-book Kamasutra | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Sebenarnya lelaki itu mengalami masalah tidak dapat mengawal ejakulasi kerana belum sempat memasukkan zakar ke dalam faraj, dia mencapai klimaksnya.

Dia tidak dapat mengenali peringkat praklimaks dan pada kebiasaan hanya sedar dia mencapai klimaks apabila mendekatkan zakar kepada kemaluan isteri.

Jika air mani yang terkeluar itu berdekatan pembukaan faraj dan meleleh masuk ke dalam faraj, tidak hairan jika isteri itu mengandung walaupun masih dara!

E-book Seks Hebat| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Selagi masalah cepat klimaks tidak dapat dikawal, seseorang lelaki itu akan terus mengalami masalah untuk bersetubuh dengan pasangan. Keadaan menjadi bertambah serius jika isteri mendiamkan diri kerana ia boleh menghadirkan masalah lain, termasuk curang.

Kaedah terbaik ialah berterus-terang dan jika suami terus ‘liat’ untuk berusaha mengatasi masalah, isteri harus merungut dan jika terdesak, mengadu kepada ahli keluarga terdekat bagi memastikan suami mendapat rawatan doktor.

Masalah cepat klimaks sering berlaku kepada lelaki pada peringkat awal persetubuhan kerana pengalaman lama melakukan onani dan mencapai klimaks cepat terbawa-bawa kepada hubungan seksual sebenar.

E-book Hebat di Ranjang| iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

Apabila lelaki itu dapat mengawal pergerakan zakar dalam faraj dan tahap ereksi, dia akan dapat mengatasi masalah berkenaan dan hubungan kelamin menjadi lebih seronok.

 E-book Rahsia Jutawan Internet | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments