728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

03 June 2009

Isteri Akhil Maizawati Zainal terjun dalam industri hiburan | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families,

Gambar Maizawati Zainal, Isteri Akhil HayyGambar Terbaru Maizawati Zainal, Isteri Akhil Hayy

SEPERTI yang diketahui, Maizawati Zainal, 33, pernah memberitahu yang dia merupakan surirumah ketika ditemubual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan, ada sumber mendakwa isteri penyanyi dan pendakwah Akhil Abdul Hai atau Akhil Hayy, 40, ini akan ditawarkan bergelar pengacara TV di salah sebuah televisyen swasta tidak lama lagi.

Ditanya kepada Maizawati atau mesra dengan panggilan Maiza ini berhubung hal itu, dia bagaimanapun menafikannya.


“Saya tidak pernah mendapat tawaran atau hadir ke ujibakat untuk bergelar pengacara TV.

“Jika diikutkan, saya juga tidak mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan, jadi bagaimana saya boleh hendak menceburi bidang itu,” ulasnya menjawab dakwaan itu ketika di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh semalam.

Jelas Maiza yang bukan berniat untuk membangga diri tetapi sebaliknya menjelaskan keadaan sebenar: “Kalau nak tahu, saya pernah ditawarkan untuk menjadi pelakon, pengacara dan model sejak berada di sekolah menengah lagi tapi waktu itu saya tolak sebab tidak berminat.


“Kalau betul saya nak ceburi bidang ini, dah lama saya buat dan bukannya sekarang. Lagipun, saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Sebelum ini, saya pernah membantu Abang Akhil membuat kerja belakang tabir dalam program Cafe Akhil Hayy.”

Maizawati menjelaskan, jika berpeluang dia akan mempertimbangkan cadangan untuk bekerja dalam industri ini itupun jika karier itu tidak menganggu perjalanan hidupnya dengan anak-anak.

"Apa-apa pun saya mahu lebih utamakan anak-anak dahulu. Jika perkara itu tidak menyusahkan mereka, Insya-Allah saya akan pertimbangkan," ujarnya sambil tersenyum.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]









  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Isteri Akhil Maizawati Zainal terjun dalam industri hiburan | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top