DO NOT MISS

08 June 2009

Gambar Perkahwinan Nana dan Brian | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

gambar kahwin nana radio era dengan brian hitz.fm | gambar perKAHWINan nana radio era | majlis perkahwinan nana radio era dan brian hitz.fm | nana af wedding | nana af1 kahwinAKHIRNYA pernikahan menamatkan segala spekulasi cinta Nana dan Brian yang selama ini cuba disembunyikan oleh kedua-duanya kerana tidak mahu orang ramai berburuk sangka memandangkan Brian pernah menjadi ketua di tempat Nana bekerja.

PERKAHWINAN penyampai radio ERA, Nurhana Che Mahazan atau Nana dan pasangannya, Mohd Raqeem Brian berlangsung dengan begitu meriah Sabtu lalu.

Bertempat di kediaman ibu bapa Nana di Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor, percintaan yang dianyam hampir tiga tahun itu diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Meskipun Brian berketurunan India-Cina dan berbeza agama pada awal perkenalan mereka, itu bukannya halangan buat pasangan kekasih itu bersatu.

Ditambah dengan rias wajah yang dilihat hampir seiras, banyak yang percaya jodoh kedua-duanya akan kekal berpanjangan.

Ibu Brian, Loreta Yong yang beragama Kristian sempat menceritakan detik pertamanya berjumpa dengan Nana sekitar dua tahun lalu.

Ketika itu Nana menemani Brian datang melawatnya di hospital.

gambar kahwin nana radio era dengan brian hitz.fm | gambar perKAHWINan nana radio era | majlis perkahwinan nana radio era dan brian hitz.fm | nana af wedding | nana af1 kahwinLAFAZ NIKAH PENGIKAT KASIH SAYANG ABADI: Mohd. Raqeem Brian Abdullah (kanan) melafazkan nikah di depan Imam Azman Mo'min (kiri) sambil ditemani bapa Nana, Deputi Superintendan, Che Mahazan Che Aik (tengah).

"Brian tidak pernah bawa perempuan jumpa saya. Bila dia datang bersama Nana, saya sudah tahu inilah wanita yang bakal jadi isteri Brian. Lagipun, daripada pergaulan Brian yang ramai kawan Melayu, saya sudah agak suatu hari nanti dia pasti akan berkahwin dengan wanita Melayu," kata Loreta yang memberi sepenuh restu kepada perkahwinan anak bongsunya itu.

Mengenai pilihan Brian untuk memeluk agama Islam, Loreta tidak pernah menghalang kerana dia percaya kasih sayang anaknya tidak akan berubah kepada dirinya sebagai ibu yang melahir dan membesarkan Brian.

"Bila dia beritahu hendak peluk agama Islam, saya tidak kisah kerana kami sekeluarga berfikiran terbuka. Apapun agama yang dia pilih, dia tetap anak saya. Sebagai ibu, saya ingin lihat dia bahagia dengan wanita pilihannya," ungkap Loreta yang kelihatan anggun dan sentiasa tersenyum pada majlis bahagia anaknya itu.

Bapa Nana, Deputi Superitendan Che Mahzan Che Aik, 51, yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Batu Pahat menjelaskan, dia tiada bantahan langsung terhadap pilihan anak perempuan tunggalnya itu.

"Pertama kali saya jumpa Brian ialah ketika dia berkunjung ke rumah masa hari raya kira-kira dua tahun lalu. Ketika itu Nana perkenalkan Brian sebagai rakan sekerjanya.


gambar kahwin nana radio era dengan brian hitz.fm | gambar perKAHWINan nana radio era | majlis perkahwinan nana radio era dan brian hitz.fm | nana af wedding | nana af1 kahwinLAFAZ NIKAH: Dengan dua kali lafaz di depan Imam Masjid Jamek Sultan Ibrahim merangkap Jurunikah Daerah Muar, Azman Mo'min, Nana sah menjadi isteri kepada Mohd Raqeem Brian Abdullah (kanan). Memerhatikan lafaz nikah itu ialah ibubapa Nana, Deputi Superintendan Mahazan Che Aik dan Rosnah Harun.

"Saya tidak syak apa-apa waktu itu, tetapi sudah berkenan dengan sikap bersopan-santun dan budi bahasanya yang menghormati orang lain, meskipun dia bukan orang Melayu," tuturnya.

Tambah Che Mahazan, selepas Nana memberitahu Brian merupakan jejaka yang bakal menjadi suami, dia terus mengadakan sesi perbincangan dengan Brian.

"Saya jumpa dia pada Januari lalu dan terangkan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta tanggungjawab terhadap rumah tangga yang bersandarkan ajaran al-Quran.

"Selain itu, saya juga katakan kepada mereka, sekiranya ada masalah pada kemudian hari, kedua-duanya boleh datang jumpa saya pada bila-bila masa. Ini kerana sekarang bukan Nana sahaja anak saya, Brian juga sudah seperti anak saya sendiri," katanya yang memberitahu ini bukan perkahwinan campur pertama dalam keluarganya.

Ibu Nana, Rosnah Harun, 48, yang turut menerima sebuah kereta Mercedes Benz C200 daripada Nana sebagai tanda penghargaan membesarkannya serta sebagai hadiah hari jadi pada 2 Jun lalu, berkata, dia dengan hati yang terbuka menerima pilihan anak perempuan tunggalnya itu.

"Saya terlalu gembira dan sebak sebab lepas ini Nana bukan lagi tanggungjawab saya dan bapanya. Soal perkahwinan campur ini saya tidak kisah walaupun dia saudara baru dan bukan orang Melayu. Dia bukan saja kacak, tetapi berbudi bahasa. Saya harapkan dia dapat menjaga Nana sebaik mungkin," luahnya.

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
iklan berbayar

gambar kahwin nana radio era dengan brian hitz.fm | gambar perKAHWINan nana radio era | majlis perkahwinan nana radio era dan brian hitz.fm | nana af wedding | nana af1 kahwinGITAR CINTA: Nana menunjukkan gitar Gibson - hadiah perkahwinannya kepada suami tersayangnya, Brian.

Ibu saudara Nana, Noorizan Che Aik, yang juga berkahwin campur memberitahu, dia mengetahui tentang Brian sejak Januari lalu, setelah diberitahu oleh ibu Nana, Rosnah.

"Mula-mula pernikahan ini dirancang tahun depan, tetapi disebabkan bapa Nana ada kursus di luar negara tidak lama lagi, dia yang minta untuk dicepatkan.

"Saya yang ada pengalaman berkahwin dengan lelaki berlainan bangsa memberitahu Nana sebagai isteri kita harus banyak bersabar dan membimbing suami kerana banyak perkara yang Brian harus belajar," katanya.

gambar kahwin nana radio era dengan brian hitz.fm | gambar perKAHWINan nana radio era | majlis perkahwinan nana radio era dan brian hitz.fm | nana af wedding | nana af1 kahwinKASIH SUAMI: Mohd Raqeem Brian Abdullah mencium dahi isteri tercintanya,
Nurul Hana Che Mahazan.

Bos jadi suami

Sementara itu, menurut Nana, sebenarnya sudah lima tahun dia dan Brian berkenalan sebagai rakan sekerja dan dua tahun kebelakangan ini baru mereka menjadi pasangan kekasih.

"Mula-mula kenal dulu kami macam biasa saja. Ditakdirkan satu hari kami terserempak di dalam lif dan kebetulan ketika itu kami sama-sama pakai pendakap gigi, jadi secara tidak langsung ia mendekatkan kami," ujar Nana.

Tambahnya lagi, dia langsung tidak menyangka untuk mengakhiri zaman bujang dengan lelaki yang pernah menjadi ketuanya ketika Brian bersama ERA.

"Tidak sangka, dulu dia jadi 'bos' sekarang jadi suami saya pula . Memang mula-mula dulu, saya sembunyikan hubungan cinta sebab dia bos saya, nanti tidak mahulah orang kata dia berat sebelah kepada kakitangan.

"Jadi sekarang, bila dia sudah ditukarkan sebagai Pengurus Radio Hitz FM barulah kami lebih terbuka tentang hubungan kami kepada orang luar dan terus kahwin," terang Nana lagi dalam tawa yang panjang.

Brian yang setia di sebelahnya menambah, dia senang bersama Nana kerana perangai gila-gila yang dimilikinya. Berbeza dengan wanita lain, kelebihan Nana itu membuatkan dia yakin untuk memilihnya sebagai isteri.

"Dia seorang yang happy go lucky, manis dan perangainya yang tidak henti bercakap itu buat saya sering ketawa. Perbezaan itulah yang menarik hati saya," kata Brian.

Namun, Brian bukanlah seorang yang bersifat romantik kerana tiada babak-babak dramatik dilakukannya ketika membuat lamaran.

"Saya tidaklah buat apa yang orang fikirkan. Saya cuma cakap saya nak jumpa bapa dia dan terus berbincang tentang perkahwinan pada Januari lalu. Nana pun tiada bantahan, dan ketika jumpa keluarganya mereka pun terus bersetuju," kata Brian.

gambar kahwin nana radio era dengan brian hitz.fm | gambar perKAHWINan nana radio era | majlis perkahwinan nana radio era dan brian hitz.fm | nana af wedding | nana af1 kahwinSUAMI ISTERI IDEAL: Nana menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis suaminya, Mohd Raqeem Brian Abdullah.

gambar kahwin nana radio era dengan brian hitz.fm | gambar perKAHWINan nana radio era | majlis perkahwinan nana radio era dan brian hitz.fm | nana af wedding | nana af1 kahwinCINCIN LAMBANG KASIH SAYANG ABADI: Mohd. Raqeem Brian Abdullah menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Nana.

gambar kahwin nana radio era dengan brian hitz.fm | gambar perKAHWINan nana radio era | majlis perkahwinan nana radio era dan brian hitz.fm | nana af wedding | nana af1 kahwinBERSYUKUR: Mohd Raqeem Brian Abdullah mengesat air mata
kesyukuran selepas akad nikah selesai sekali gus menjadi suami kepada Nana.


gambar kahwin nana radio era dengan brian hitz.fm | gambar perKAHWINan nana radio era | majlis perkahwinan nana radio era dan brian hitz.fm | nana af wedding | nana af1 kahwinSAMA cantik, sama padan bagai cincin dengan permata.

Darah gemuruh

Kedua-dua mempelai merancang untuk berbulan madu di sebuah pulau. Namun, mereka belum menetapkan mana-mana destinasi berbulan madu.

"Hari Rabu ini saya sudah mula kerja. Masa hendak berbulan madu, mungkin ikut perancangan sebelum raya kami berdua akan bercuti panjang," kata Nana.

Mereka berdua yang bekerja di bawah satu bumbung mengatakan tidak ada masalah untuk mereka terus bekerja bersama.

"Orang selalu kata kalau kerja satu syarikat ini nanti timbul masalah, tetapi bagi saya, Brian kerja di pejabat, saya pula di konti, memang susah untuk berjumpa.

"Selama ini sepanjang kami bercinta, untuk berjumpa di pejabat memang susah. Oleh itu, masalah bekerja sama sekali tidak timbul," tutur Nana lagi.

Mereka berdua yang ditunangkan terlebih dahulu pada pukul 9.30 pagi dinikahkan oleh Iman Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Azman Moomin dengan mas kahwin RM22.50.

Walaupun dengan dua kali lafaz, Brian bersyukur kerana semuanya berjalan seperti yang diaturkan.

"Saya sudah berlatih sebelum ini tetapi bila imam pegang tangan macam ada satu aura yang membuatkan saya lupa semuanya.

"Selama ini saya hanya lihat rakan Melayu nikah, sekarang ini bila tiba giliran sendiri baru saya tahu betapa gemuruhnya apabila tiba masa akad nikah," bicara Brian yang tidak kisah tentang bilangan cahaya mata yang bakal diperoleh kelak.

gambar kahwin nana radio era dengan brian hitz.fm | gambar perKAHWINan nana radio era | majlis perkahwinan nana radio era dan brian hitz.fm | nana af wedding | nana af1 kahwinPENGANTIN berkongsi bahagia dengan tetamu yang datang.
Kelihatan Farah Fauzana disisi nana.

petikan teks dari kosmo

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





Post a Comment

 
Copyright © 2014 RP. Designed by OddThemes