728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 June 2009

Hunny Madu Sudah Bertunang | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Hunny Madu Sudah Bertunang | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of CelebritiesHUNNY MADU MERANCANG untuk bernikah dengan
Khairul Azhar tahun depan.


TIADA angin, tiada ribut dan tanpa sebarang hebahan, penyampai radio Fly FM, Hunny Madu, 25, mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan bernama Khairul Azhar Abdul Wahid, 34, tanggal 13 Jun lalu di kediaman keluarganya, Taman Tun Dr Ismail.

Pertemuan tiga tahun lalu yang terjalin melalui kawan mencipta sisi bahagia apabila hanya sejak 10 bulan lalu cinta mula berputik di hati.

Majlis pertunangan yang dihadiri lebih 80 orang kaum keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak itu diadakan berkonsepkan sentuhan Bali yang menjadi kesukaan Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani

Farhana Mohd Hatim. Keputusan mengadakan majlis itu terlaksana selepas majlis merisik diadakan 31 Mei lalu.

Bukan berniat menyisihkan rakan media yang selama ini begitu setia menyokong, namun menyedari dirinya masih baru dan tidak dikenali ramai, dia memilih untuk mengadakan majlis itu secara kecil-kecilan. Seperti yang diputuskan, pasangan sepadan ini akan meniti gerbang perkahwinan tahun depan sebelum Jun 2009.

Hunny Madu Sudah Bertunang | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of CelebritiesHUNNY bersama ibu, bapa, abang dan adik pada
hari pertunangan, Jumaat lalu.

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
iklan@rahsiaperkahwinan.com

“Pada masa yang sama keluarga bakal suami saya juga belum bersedia untuk berdepan dengan gemerlapan dunia popular. Malah mereka lebih selesa mengadakan majlis ini secara senyap. Keluarga saya tidak kisah kerana memahami situasi sebenar apabila anak mereka dikenali. Saya turut menerangkan perkara sebenar untuk menjemput media, cuma, akhirnya, saya terpaksa akur.

“Insya-Allah, apabila kahwin nanti, saya tidak akan lupa menjemput rakan media. Untuk hari bahagia, saya tidak boleh mengenepikan media lagi buat kali kedua. Selama ini pun, kerjaya saya banyak dibantu dengan sokongan penulisan dan hebahan rakan wartawan. Tak mungkin saya akan berada di peringkat sekarang tanpa wartawan,” katanya yang dihubungi Hip Jumaat lalu.

Paling menarik, pakaian majlis tunang yang dipakai mereka ialah baju raya yang pernah dipakai. Biarpun ringkas majlis serba sederhana itu menggunakan khidmat perancang perkahwinan, Syed Hashim Syed Ali Al Habshi yang mempunyai butik pakaian dan tudung, Gedung Al Habshee di Bangi.

“Kebaya berwarna coklat yang saya pakai ini adalah baju raya saya tahun lalu. Saya buat empat pasang baju raya tahun lalu dan baju itu saya pakai pun hanya sekali. Daripada membazir, tak salah saya memakainya kembali. Tunang saya pun memakai baju rayanya dan kami sepakat memilih warna coklat untuk majlis itu,” katanya yang anggun disolek jenama solekan terkenal, Shue Uemura ketika majlis itu berlangsung. Hunny menerima tajaan jenama itu selama setahun.

Sifat bertentangan yang ada dalam diri Hunny dan tunangnya, Khairul Azhar antara yang terus mengukuhkan hubungan mereka. Beza usia sembilan tahun bukan penghalang untuk mereka menyemai kasih dan sayang. Kata Hunny, Khairul menerima dirinya seadanya dan yakin Khairul akan menjadi suaminya.

“Masa kami mula kenal, saya masih merangkak lagi dalam dunia seni dan dia tahu saya terbabit dalam dunia hiburan. Dia tidak menghalang saya daripada terus mengejar cita-cita dalam dunia seni. Dia sangat menyokong dan ada masa selalu juga dia menghantar saya melunaskan urusan kerja ke destinasi dengan selamat. Dialah cinta sejati saya yang pertama.

“Dia sangat penyabar, pendengar yang baik dan memahami saya. Saya pula jenis yang banyak berceloteh. Perbezaan sikap itulah yang mungkin membuatkan kami cepat serasi. Dia bukan jenis lelaki yang suka mengawal. Kami selalu berkongsi isu yang akan dibincang. Dia sangat bersemangat terhadap perniagaannya dan begitu juga saya yang begitu meminati dunia muzik,” kata Hunny Madu yang mula menerjah dunia seni lewat 2007.

Ditanya mengenai impian perkahwinannya, secara ringkas Hunny memberitahu, “Kalau diberi dua pilihan, saya mahu konsep majlis dalam taman ataupun masih dengan sentuhan Bali. Entahlah sejak dulu lagi saya sukakan konsep sebegitu nampak tenang, diliputi pokok hijau dan air yang mengalir,” katanya.

Mengenai perkembangan dunia lakonan, dia yang pernah berlakon buat pertama kali dalam drama 5 Jingga kini lebih mengutamakan tugas sebagai penyampai radio. Pernah muncul dengan album mini menggunakan namanya sendiri, dia turut merancang untuk menghasilkan single baru dan berkolaborasi dengan penyanyi lelaki tempatan pada masa mendatang.

“Saya mahu berlakon lagi dan bukan tidak berminat cuma faktor masa yang banyak dihabiskan di stesen radio menjadi kekangan. Sebenarnya, banyak juga tawaran yang datang ke tangan saya untuk berlakon drama dan sebuah filem negara Thailand, tapi akhirnya semua terpaksa ditolak bulat-bulat,” katanya yang turut tercalon dalam kategori Anugerah Penyampai Radio Paling ‘Cool’ bersaing dengan Fara Fauzana, JJ, Phat Fabes dan Rudy.

Profil

NAMA: Hani Farhana Hatim

NAMA KOMERSIAL: Hunny Madu

UMUR: 25 tahun

TARIKH LAHIR: 1 April 1984

PENGALAMAN BEKERJA (TV): Blast Off Season 1 (Hitz. TV, Channel 705), Rexona No Sweat Dance Challenge (musim satu dan dua di TV3), Demand Your Hitz (Hitz.TV, Channel 705), Lima Jingga (drama)

PENGALAMAN BEKERJA (RADIO): Hitz FM, XFresh FM dan kini Fly FM

# Asal: Bapanya berasal dari Kelantan, manakala ibunya dari Johor.

# Kerjaya sebagai penyampai radio Fly FM ialah kerjaya tetapnya

# Emel Hunny Madu: hani.hatim@flyfm.com.my atau hunny.madu@ gmail.com.

# Laman web Hunny Madu: www.hunnymadu.com.

# Hunny Madu berkelulusan ijazah Perhubungan Awam dan Kewartawanan di Universiti Murdoch, Perth, Australia.

# Mengacarakan dua program televisyen bersama 8TV iaitu Quickie dan Nite Live. Program kedua itu disiarkan jam 12.45 tengah malam sehingga 2 pagi, setiap Sabtu, Ahad dan Isnin.

BERITA HARIAN

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Hunny Madu Sudah Bertunang | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top