728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

01 June 2009

Gadis tiada dara | Question and ask all about marriage, life, money

gambar gadis tiada dara | Rahsia Dara Wanita | Dara Bakong
AKU tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Dulu, aku ada teman lelaki. Hampir empat tahun kami berkawan. Masa aku terima dia, dia bukan lelaki baik. Anak luar nikah dia ada lima orang.

Dia kaki mabuk, main perempuan, judi, semuanya lengkap. Namun sebab dia berjanji nak berubah dan selepas fikir baik buruknya, aku tetap terima dia... cintalah katakan.

Namun, emak dan ayah aku tak suka dia sebab dia bukan Melayu, tapi mamak. Disebabkan mabuk cinta, aku abai semua itu. Setiap hari aku jumpa dia, sampai satu masa aku serahkan mahkota aku pada dia.

Tak tahulah nak cakap apa. Bukan aku kemaruk sangat tapi sebab dia dah biasa dengan seks, dari semasa ke semasa dia nak lakukan seks juga. Lama-lama, perbuatan itu jadi kebiasaan.

Kita rancang nak kahwin tapi dia dapat kerja di Kuala Lumpur. Jadi, dalam dua tahun terakhir hubungan kami, dia pindah ke ibu kota.

Mula-mula hubungan kami biasa saja, tapi akhirnya aku dapat petunjuk Allah yang dia sebenarnya ada simpan perempuan lain. Aku malas nak gaduh, jadi aku minta putus.

Sampai sekarang aku tak boleh terima lelaki dalam hidup. Bagi aku lelaki semuanya sama, nak ambil kesempatan, nak seks dan selepas itu hilang.

Aku kerja dalam bidang perbankan, jadi jumpa ramai orang. Ada yang cuba meyakinkan mereka bukan spesies nak seks tapi bila aku berterus terang sudah tiada dara, semuanya berubah. Dia pun nak seks juga.

Akhirnya aku terpaksa jauhkan diri. Sampai sekarang aku masih tak boleh percaya lelaki 100 peratus, kecuali ayah aku. Di pejabat, aku berkenalan dengan seorang rakan sekerja. Setakat ini dia nampak baik.

Sudah satu setengah tahun aku kenal dia dan mula tertarik dengan sikap dia, masalahnya sampai sekarang dia tak pernah cakap dia suka aku, biarpun dia rancang nak bawa aku jumpa keluarganya.



Aku takut bila aku sudah mengharap, tiba-tiba dia kata dia ada kekasih atau dia tak ada hati pada aku.

Satu lagi masalah paling besar, macam mana aku nak beritahu dia yang aku dah hilang dara.

Boleh ke dia terima perempuan kotor macam aku? Dia antara lelaki yang baik pada mata aku. Bukan ke Allah mengatakan perempuan yang baik hanya untuk lelaki baik? Sedangkan aku ini jijik dan berdosa. Kadangkala aku rasa aku antara bahan bakar api neraka.

Aku berjanji akan berusaha untuk jadi yang terbaik jika dia terima aku. Kalau ditakdirkan Allah tiada lelaki sanggup terima aku sebagai isteri, aku reda.

Mungkin itulah nilai yang aku perlu bayar sebagai balasan dunia atas dosa aku berzina. Kalau dapat diputarkan masa, aku takkan buat semua itu.



Aku menyesal, aku sanggup membujang sampai ke tua. Aku akan jaga emak dan ayah aku. Layak ke aku untuk merasai nikmat dicintai dan mencintai... entahlah.

PASRAH

Rasanya, tak perlu lagi Dang Setia berhujah panjang untuk mengatakan apa yang betul dan salah. Dang Setia yakin saudari cukup faham, menyesal dan menderita dengan kesilapan dan keterlanjuran saudari.

Doa Dang Setia, mudah-mudahan Allah menerima taubat saudari dan memberi peluang kedua untuk membina kehidupan bahagia sebagaimana diinginkan.

Bagi Dang Setia, biar sebesar mana dosa yang kita lakukan, jangan sekali-kali beranggapan pintu kemaafan terhadap kita sudah tertutup. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Kita tidak boleh buruk sangka terhadap Allah dengan mengandaikan Allah akan membiarkan kita hidup menderita kerana kesilapan yang kita lakukan.

Tak baik berprasangka begitu, sebaliknya kita perlu melatih diri dengan mengatakan betapa Allah menyayangi kita. Memang kita berdosa, tapi dosa itulah yang akan membuatkan kita insaf dan kembali dekat kepada Allah.

Diberi-Nya kita keinsafan untuk ditingkatkan martabat kita di sisi-Nya dan supaya kita tidak terus terleka. Mudah-mudahan, hikmah di sebalik dosa yang kita lakukan, kita mampu menyucikan iman dan diri kita, lebih bersih daripada sebelum ini.

DANG SETIA

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. Anonymous11:02 AM

    Itulah dah diajar dan dimaklumkan dari dulu dek guru kita. Kisah Hawa di pengaruhi iblis sehingga adam dilontar kedunia. Daha tak kamu tu kaum hawa yang lemah dan mudah dipengaruhi syaitan. Cubalah kuatkan iman, kuat pendinding agar tak terjerumus kelembah kehinaan. Lelaki ni sebenarnya kaum yang penakut. Nak masuk rumah pun takut,tapi kalau dah di `ofer` dan ada jaminan selamat, jadi beranilah dia. Ni dah tau haram (babi kalau dipandang tak haram, disentuh boleh lagi disamak, cuma kalau termakan dagingnya?..haram) kalau bukan mahram? Titu taskkan tak tahu.Kalau dah ikut kata syaitan, kalau tak kawannya, jadi kaumnyalah...

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:40 PM

    setiap manusia ada lakukan kesilapan..belajar dr kesilapan..setiap kita buat dosa..tak kira besar atau kecil..ada juga dosa kecil asalnya tp dibuat selalu dh jadi dosa besar..xsemestinya hidup kita sekarang berpegang pd agama..menjaminkan generasi kita seterusnya confirm jadi uszt/ustzah..JANGAN DIHINA PADA PELAKU DOSA..TAPI HINA PD DOSANYA SUPAYA KITA TAK TERLIBAT SAMA,,HAL SEKARANG RAMAI YG SUKA MENGHKUM PELAKU DOSA..LAST SEKALI KALAU BUKAN DIRI SENDIRI ORG YG TERDEKAT YG DPT BLASAN HASIL HINAAN DARI DIRI SENDIRI sebab nya mangsa yg dihina tidak memaafkan org yg menghina..ORG YG BERCAKAP TENTANG KEBURUKAN ORG LAIN LEBIH TERUK DR ORG YANG BERBUAT SALAH TU.btw kepada anda..kuatkan semangt...minta ampun dari tuhan..tuhan tuh Maha Pengampun..

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:43 PM

    Lelaki penakut? habis tuh yg jadi mangsa rogol tu kena bunuh tuh semua nyer yang offer la????

    ReplyDelete

Item Reviewed: Gadis tiada dara | Question and ask all about marriage, life, money Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top