728x90 AdSpace

Rahsiaperkahwinan.com dimiliki penuh oleh RP Network dan ianya ditubuhkan sejak tahun 2005

Latest News

11 June 2009

Keliru hari larangan potong kuku | Question and ask all about marriage, life, money

Keliru hari larangan potong kuku |  Soal Jawab Kemusykilan Agama | Jawab (1995) | Gawab.com | Soual Jawab | Jawab - Agra | Samuel Soal| SoaL | Spike.com | Surau Al-Hakim | Question and ask all about marriage, life, money
Bahkan saya ada terbaca di Internet, hadis yang menyatakan jika memotong kuku pada selain tiga hari berkenaan boleh mendatangkan bahaya dan mudarat dari segi kesihatan tubuh badan dan jiwa seseorang Muslim itu.

Bagaimana jika kita tidak berpeluang dan terlupa memotong kuku pada tiga hari digalakkan itu, sedangkan kuku kita kelihatan sudah agak panjang? Bolehkah kita memotong kuku pada hari selain daripada tiga hari itu?

GADIS,
Kuala Lumpur.

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
iklan@rahsiaperkahwinan.com

JAWAPAN

MEMOTONG kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur." (Riwayat Muslim)

Menurut Imam Syafie, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan juga mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Menurut riwayat Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Berkenaan ada hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh melakukannya tanpa mengikut hari tertentu.

Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat.

Dengan itu, sunat memotong kuku pada hari terbabit secara umum. Dengan berbuat demikian, kita mendapat ganjaran pahala. Bagaimanapun, memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu.

dijawab oleh
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri


[sumber]


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]









  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Keliru hari larangan potong kuku | Question and ask all about marriage, life, money Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top