728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 June 2009

A.R Badul cerai Muna Liza dengan tebus talak RM1 | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

A.R. Badul dan isterinya Muna Liza Basir | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of CelebritiesA.R. Badul ketika ditemuramah wartawan selepas kes cerai selesai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengesahkan penceraian pelakon dan pelawak, A.R. Badul, 60, dan isterinya, Muna Liza Basir, 34.

Badul melafaz cerai itu secara tebus talak sebanyak RM1 di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad.

(Proses 'tebus talak' atau 'khuluk' dalam Seksyen 49 memberi peluang kepada isteri untuk menebus talak diri mereka sekiranya suami tidak mentalakkan mereka dengan rela.

Oleh yang demikian, isteri boleh meletakkan perkara ini dalam perjanjian sebelum perkahwinan bahawa beliau boleh menebus diri mereka untuk bercerai sekiranya suami enggan menceraikan mereka. Isteri boleh menyatakan jumlah mengikut persetujuan dengan suami. Di Wilayah Persekutuan, tebus talak dengan membayar RM1 adalah dibenarkan.)

Muna Liza perlu membayar RM1 untuk mendapatkan penceraian 'tebus talak' tersebut. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kelima Badul.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkahwin dengan Muna Liza pada 23 Jun 2001.

Perkahwinan selama lapan tahun itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, berusia 5 tahun.

Badul ketika diminta perasaannya setelah selesai kes cerai di mahkamah berkata, "Saya sebenarnya tidak sanggup menceraikan isteri.

A.R. Badul dan isterinya Muna Liza Basir | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of CelebritiesTEBUS TALAK....Setelah melalui proses 'tebus talak' dan membayar RM1, Muna Liza Basir kini sudah menjadi bekas isteri pengarah
terkenal A.R Badul

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
iklan@rahsiaperkahwinan.com

"Lebih tiga bulan saya cuba berbaik-baik dengan isteri tetapi isteri tetap minta bercerai," kata pengarah veteran filem komedi ini.

Menurut Badul, penceraian tidak bermakna dia tidak menyayangi isterinya.

"Kasih sayang setinggi gunungpun boleh diruntuhkan oleh sebutir garam," kata Badul penuh falsafah.

Diminta terangkan apa yang dimaksudkan dnegan 'garam' itu, Badul berkata, "Ia merujuk kepada perselisihan faham yang kecil."

Walaupun kecundang lima kali dalam melayari alam rumahtangga, Badul tidak pernah berasa serik untuk berkahwin lagi.

"Kalau ada jodoh, saya sanggup berkahwin lagi," kata anak bintang lagenda A.R Tompel dan juga abang kepada pelakon/pengacara/penggiat teater Adlin Aman Ramlie.

Bagi Muna Liza pula, dia rasa lega sekarang dan tidak menyimpan dendam walau sekelumitpun.

Muna berkata, perhubungan dia dengan Badul masih berjalan dengan baik. Dia juga berharap Badul dapat memberinya peluang untuk bekerja di produksinya kerana dia tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

Ditanya kenapa dia tidak mahu berbaik dengan Badul sedangkan bekas suaminya tidak keberatan merujuk, Muna berkata, "Kami sudah tidak ada jodoh...."

MSTAR

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: A.R Badul cerai Muna Liza dengan tebus talak RM1 | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top