728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

08 May 2009

Warna Kehidupan: Kerja rumah tugas siapa? | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Warna Kehidupan: Kerja rumah tugas siapa? | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA
Budaya Melayu meletakkan isteri, Islam menegaskan tanggungjawab suami

BUKU Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karya Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga yang diterbitkan pada 1981 menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan.

Sekiranya isteri melakukan semua itu, mereka berhak menuntut gantian dengan harga sebagai upah dan penulisnya menerusi buku itu menjelaskan, kewajipan isteri hanya taat kepada suami bagi memuaskan kehendaknya dan tinggal dalam rumah serta tidak boleh keluar tanpa izin.

Maklumat ini yang tertera dalam halaman 184 hingga 185, pasti mengejutkan pembaca yang kurang arif berhubung perkara terbabit atau tidak pernah mendengarnya sebelum ini, selain perkara sedemikian akan dilihat sebagai di luar kebiasaan atau dayus jika dilihat daripada kaca mata budaya Melayu.

Ini kerana menjadi adat resam dan budaya dalam masyarakat Melayu sejak berzaman, isteri akan bertanggungjawab menguruskan segala kerja rumah manakala tugas berat dibantu suami yang tugas utamanya mencari nafkah demi kelangsungan seisi keluarga.

Bagaimanapun perubahan zaman, kini menyaksikan sesetengah suami dalam masyarakat Melayu sudah mula pandai berkongsi tanggungjawab melaksanakan kerja rumah tangga apatah lagi, isteri kini turut membantu memperkukuhkan ekonomi keluarga dengan sedia bekerja atau berniaga.

Malahan, pencapaian wanita yang lebih menggalakkan dalam pendidikan pada era kini memungkinkan mereka menjawat jawatan penting dan gaji lumayan, lalu masalah mendapatkan pembantu rumah bertanggungjawab dalam menguruskan anak dan rumah, memaksa sesetengah suami kelompok ini melepaskan jawatan dan menguruskan rumah tangga.

Pensyarah Psikologi Perkembangan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Asmah Bee Md Noor, berkata senario suami mula membantu isteri melakukan kerja rumah dan suami sepenuh masa dapat membantu ke arah pembentukan institusi kekeluargaan yang sihat.

“Senario ini bukan lagi kejanggalan bagi masyarakat Malaysia termasuk Melayu kerana situasi wanita berkahwin dengan lelaki berpendapatan lebih rendah menuntut perubahan sebegini. Tidak salah wanita memegang tanggungjawab mencari nafkah keluarga selagi mereka ikhlas untuk membantu,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi, baru-baru ini.

Baginya, budaya Melayu yang meletakkan tanggungjawab mengurus rumah tangga di bahu wanita hingga menyebabkan golongan Adam menganggap tugas mereka terhad kepada menyara keluarga dan tugas itu kekal, meskipun mereka menyumbang ke arah memantapkan ekonomi keluarga dengan bekerja.

Justeru, golongan suami dinasihatkan agar memahami keupayaan wanita dengan tidak membiarkan mereka tertekan kerana fizikal wanita terhad kepada sesetengah perkara saja berbanding lelaki serta perlu ringan tulang dalam pelaksanaan tugas rumah tangga.

“Ibu bapa wajar mendidik anak pada peringkat awal perkembangan mereka bahawa setiap tugas dalam rumah tangga tanggungjawab bersama dan boleh bertukar. Tanggapan bahawa wanita bertanggungjawab sepenuhnya dalam tugas rumah perlu diperbetulkan dengan mengadakan seminar kekeluargaan dan menyelitkannya dalam kursus perkahwinan,” jelasnya.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam (Api), Universiti Malaya (UM), Prof Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, mengakui bahawa tanggungjawab mencari nafkah keluarga sewajarnya dipegang suami selaku ketua dalam rumah tangga, tetapi tidak bermakna mereka wajar membiarkan isteri bersendirian dalam menguruskan kerja rumah.

“Sebenarnya agama Islam mempertanggungjawabkan suami melaksanakan urusan rumah tangga. Pemikiran masyarakat Melayu yang lebih mengutamakan budaya berbanding ajaran agama Islam menyebabkan masyarakat Melayu sering terlepas pandang perkara ini,” ujarnya.

Baginya, salah tanggap berhubung tugas rumah tangga boleh diatasi dengan memberi penjelasan secara mendalam berhubung perkara terbabit kepada masyarakat bersandarkan ajaran agama Islam sebenarnya, tanpa dipengaruhi unsur budaya bagi mengelakkan wanita daripada memegang tanggungjawab lebih daripada sepatutnya.

“Ada sesetengah suami enggan membantu isteri kerana takut dituduh menurut telunjuk isteri. Suami perlu mengetepikan perasaan malu dan ego dalam membantu isteri menguruskan rumah tangga. Mereka tidak sedar fungsi mereka dalam pembentukan keluarga sebenarnya lebih besar,” jelasnya.

[sunber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
animated
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. Anonymous11:14 AM

    saya berpendapat duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya. Jika tidak suami di kira menganiayai isteri, dan mahkamah boleh jatuhkan fasakh jika isteri minta cerai

    Di bawah adalah petikan dari mahkamah syariah

    # (8) Suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya iaitu dengan
    # (i) lazim menyakiti atau mejadikan kehidupan pihak satu lagi menderita akibat perbuatan aniaya tersebut
    # (ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki jahat atau berperangai keji mengikut Hukum Syara`
    # (iii) memaksa isteri hidup secara lucah
    # (iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta
    # (v) menghalang isteri atau suami dari menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya
    # (vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut Syara`

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:17 PM

    pada pendapat saya suami yang terlalu dimanjakan ibu,kekadang membuatkan rumah tangga selalu berantakan.suami sering kali memihak kepada si ibu tanpa memikirkan perasaan isteri. isteri memerlukan perhatian dan sokongan dari si suami.apabila berkhawin si suami hendaklah pandai membezakan yang betul dan salah .apa bila si isteri merasa diri tidak dibela dan dibelakangi si suami perasaa benci mula timbul.si suami sering kali meletakkan tanggungjawab rumah tangga hanya pada si isteri walaupun sama mencari rezeki untuk keluarga.

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:25 PM

    pada saya perkhawinan adalah satu jalan raya yg bengkang bengkok.suami adalah pemandu dalam perjalanan dan si isteri adalah petunjuk arah kepada si suami.seandainya suami hanya ikut jalan yang dia kehendaki tanpa memperdulikan si pemandu arah,kekadang ia akan tebabas dan kesudahannya akan tetap memerlukan pemandu arah juga.di sini saya tegaskan tanpa isteri kekadang suami akan tersasar dari landasan.jagan terlalu ego megatakan suami adalah betul dalam melakukan sesuatu benda atau keputusan.ego akan mendatangkan kemudaratan dalam rumah tangga.tanpa isteri tiada suami dan sebaliknya.bersama-sama menerajui alam perkhawinan adalah jalan yang terbaik.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Warna Kehidupan: Kerja rumah tugas siapa? | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top