728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 May 2009

Wanita hamil hidap gastrik | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Wanita hamil hidap gastrik | Keluarga & Perkawinan | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat| www.e-keluarga.com| www.lppkn.gov.my|  KELUARGA v.2 | Rahsia Keluarga Bahagia | Gambar Keluarga Fasha Sandha | Yayasan Pembangunan Keluarga  | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA
Wanita hamil hidap gastrik

SAYA berusia 22 tahun dan sudah berkahwin, kini saya hamil dengan usia kandungan hampir dua bulan. Pada masa sama, saya mengalami penyakit gastrik.

Sebelum hamil, saya muntah yang sangat teruk hingga tiada apa yang dapat saya muntahkan akibat gastrik. Jika keadaan itu datang kembali, adakah ia boleh menjejaskan bayi dalam kandungan?

Apakah kesan jika saya mengambil ubat gastrik seperti magnesium trisilicate sedangkan saya tahu panadol juga tidak boleh diambil ketika hamil? Apakah nasihat doktor?

NURUL,

Kampung Janda Baik, Pahang.

JAWAPAN

PERUBAHAN hormon kehamilan memudahkan seseorang wanita mengalami pedih ulu hati seperti gastrik. Ini berlaku kerana gaster (istilah perubatan bagi perut) lambat mengosong berbanding sewaktu tidak hamil.

Akibatnya, kandungan gaster (termasuk asid gastrik) membolak kembali (refluks) ke bahagian atasnya iaitu esofagus (saluran yang menghubungkan mulut dengan gaster) dan menyebabkan pedih ulu hati. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menghakis permukaan esofagus dan menyebabkan ulser esofagus pula.

Wanita hamil digalakkan mengurangkan saiz pengambilan makanan pada setiap kali untuk memberi masa gaster mengosong sebelum ditambah dengan makanan lain.

Dalam erti kata lain, kuantiti makanan yang sama eloklah dibahagikan kepada kuantiti yang lebih kecil dan diulangi setelah setengah atau satu jam pula. Mengambil ubat yang mengandungi magnesium trisilicate dan aluminium hidroksida yang diketahui bersifat antasid (antiasid) boleh membantu mengurangkan keasidan laluan esofagus dan gaster.

Kesan sampingan yang mungkin termasuk sembelit. Ubat ini diambil setelah makan, anda seeloknya duduk tegak selama satu jam selepas itu untuk membolehkan kandungan ubat terapung di atas lapisan gaster dan mengelakkan refluks asid ke atas.

Jika perlu, lebih-lebih lagi jika najis anda berwarna hitam atau anda mengalami pendarahan dari dubur, anda dinasihati menjalani pemeriksaan lanjut untuk mengetahui keadaan 'gastrik' anda.

Berjumpa dengan pakar pembedahan am atau pakar perubatan dalaman gastro-enterologi, kedua-dua ini lebih arif. Belum ada kajian perubatan yang melarang pengambilan paracetamol seperti yang terkandung dalam panadol. Malah, ia adalah gantian ubat penahan sakit bagi wanita hamil, semuanya bergantung kepada nasihat doktor masing-masing.

PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

animated



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Wanita hamil hidap gastrik | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top