728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

09 May 2009

Video cina hina Islam | Laman web hina Islam | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA



PULAU PINANG 8 Mei - Seorang kakitangan akademik Universiti Sains Malaysia (USM) membuat laporan polis berhubung satu klip video dalam laman web http://www.youtube.com yang didakwa menghina dan mempersendakan agama Islam.

Pensyarah di Jabatan Komunikasi USM, Prof. Madya Muhammad Hatta Muhammad Tabut berkata, klip video selama 1 minit 23 saat itu dimuat turun ke dalam laman web tersebut oleh seorang yang menamakan dirinya sebagai Streeticeshark kira-kira dua bulan lalu.

Katanya, klip video yang memaparkan seorang lelaki yang hanya berseluar tanpa baju sedang menyembah potongan ayat al-Quran sambil menyebut 'sabda Rasulullah, marilah kita semua orang Melayu makan babi' telah dilayari oleh 9,032 pengunjung laman web berkenaan.

''Lelaki itu juga kemudiannya mengajuk laungan azan. Perkara seumpama ini memang tidak boleh diterima dan perlu disekat penyebarannya kerana ia jelas menghina agama Islam khususnya berkaitan dengan hukum yang telah termaktub.

''Penyiarannya boleh mencetuskan ketidakpuasan hati, menggugat keharmonian antara kaum dan menimbulkan prasangka kaum dan agama di negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini hari ini.

Turut hadir membuat laporan polis ialah dua rakannya, Mohd. Zain Dolah dan Ismail Hashim.

Menurut Muhammad Hatta, hasil siasatan pihaknya terhadap laman web berkenaan menunjukkan ia telah didaftarkan di Kota Bharu, Kelantan berdasarkan alamat Internet Protokol (IP).

''Penghasilan klip ini juga dilihat sebagai cubaan untuk menggagalkan kelancaran pentadbiran negara, apatah lagi dalam era Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang memartabatkan Satu Malaysia sebagai satu dasar untuk perpaduan antara kaum dan membina sebuah negara gemilang.

''Justeru, kami memohon pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas demi mencegah perkara sedemikian daripada terus berulang. Isu-isu berkaitan agama tidak seharusnya dijadikan permainan," katanya

Oleh ROKIAH ABDULLAH

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
animated
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video cina hina Islam | Laman web hina Islam | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top