Breaking News

Urutan tingkatkan tahap seksual wanita | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Urutan tingkatkan tahap seksual wanita | Oral Seks & Hukumnya | Seks Video | Hubungan Seks | YouTube-seks |  Rahsia Seks | 3GP Melayu | Seks Hebat |Rahsia-rahsia seks | Seks Melayu Malaysia | Diranjang.com | Seks Bomba | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA
DALAM meniti 40-an, wanita pasti melalui proses perubahan hormon yang ada kalanya membuatkan diri mereka tidak lagi secergas dulu termasuk dalam hubungan suami isteri.

Keletihan di pejabat dan mengurus rumah tangga dianggap penyebab kehidupan seks dirasa semakin hambar. Situasi begini tentu saja memberi kesan kepada kebahagiaan pasangan. Seks bukan segala-galanya namun ia mampu mengeratkan hubungan.

Pengasas produk kecantikan berasaskan herba Pesona Beauty Shoppe, Fatimah Sham Abdullah, berkata setiap penyakit ada penawarnya begitu juga masalah vagina yang tidak lagi ‘mencengkam’.

“Rawatan yang saya panggil ‘pulih dara’ ini hanya bertujuan membantu isteri. Insyallah, dengan keizinanNya serta niat yang betul, faraj longgar dapat diketatkan semula.

“Teknik urutan ini mampu meningkatkan tahap seksual sekali gus menjaga kesihatan dalaman wanita seperti memperbaiki perjalanan darah, menaikkan rahim, membuang angin serta meningkatkan tenaga,” katanya.

Bagi menambahkan keberkesanannya, rawatan urutan digabungkan bersama sapuan minyak Grapeseed hasil ramuan daripada bahan semula jadi terpilih iaitu rose damask, lavender dan geranium.



Fatimah yang turut mempunyai kilang menghasilkan produk kecantikan berasaskan herba berkata, teknik berkenaan tidak dikomersialkan sebaliknya dilakukan untuk membantu insan lain.

Mengambil lokasi di tingkat 1 Kompeks PKNS Shah Alam, butik merangkap klinik itu sebenarnya lebih menumpukan kepada rawatan penjagaan wajah, melangsingkan badan, menjalankan terapi ozon serta mengedarkan produk herba.

Justeru, mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan urutan terbabit perlu membuat temujanji terlebih dulu kerana ia akan dilakukan sendiri oleh Fatimah.

“Sebagai isteri, saya memahami masalah teman lain. Mereka tidak perlu malu kerana kaedah penjagaan diri yang betul selain amalan pemakanan seimbang serta senaman ringan dapat mengembalikan kecergasan.

“Sepanjang urutan berlangsung, pelanggan hanya diminta membacakan surah lazim yang dihafal. Lebih baik jika urutan ini dilakukan tiga kali. Selepas itu pelanggan akan dibekalkan produk herba untuk kegunaan harian,” katanya.

Antaranya kaplet Mas Cotek iaitu berasaskan ramuan tradisional terutama daun mas cotek yang diakui baik untuk menghilangkan keputihan, bau kurang menyenangkan dan meningkatkan seksualiti.



“Wanita sering terlupa faktor pemakanan boleh mengganggu kesihatan dalaman mereka. Jika perlu elakkan makan sayur atau buah ‘sejuk’ selepas urutan ini,” katanya.

Teknik urutan
# Bacaan doa daripada ayat suci al-Quran dilakukan sebelum memulakan urutan. Nama pesakit dan ibunya turut disebut.
# Selepas itu, ibu jarinya diletakkan pada bahagian lelangit.
# Minyak graperose dituangkan ke tangan dan kemudian Fatimah akan mengurut bahagian dahi iaitu pertemuan antara kening hingga anak rambut.
# Urutan akan dilakukan berulangkali sebelum beralih ke bahagian perut.
# Urutan di bahagian perut bermula dari atas pusat hingga atas ari-ari menggunakan minyak yang sama.
# Urutan juga dilakukan berulang kali.
# Langkah terakhir adalah mengunci pusat untuk meningkatkan daya seksualitinya.
# Sama ada Fatimah atau pesakit, masing-masing mesti dalam keadaan bersih atau bukan datang haid.
# Sepanjang rawatan kira-kira 15 minit, Fatimah membacakan ayat al-Quran manakala pelanggan juga diminta membaca surah lazim.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




No comments