728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

01 May 2009

Tomok Berserah | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Tomok OAIM Berserah | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Walau apapun keputusan pengundi malam ini, buat anak jati Kuala Lumpur ini, tidak ada apa yang perlu di kesalkan. Selepas hampir tiga bulan berhempas pulas di pentas OIAM3, penyanyi utama New Boyz ini telah berjaya membuktikan dia bukan lagi Tomok dahulu yang bersuara sengau.

Jujur GUA katakan, pada awalnya, ada juga rasa ragu-ragu bila mendapat tahu Tomok berjaya melayakkan diri ke Top 12. Jika dengan gaya New Boyz-nya, tidak mengejutkan jika dia diantara peserta awal yang tersingkir. Jadi terkejut beruk juga GUA bila melihat persembahan pertamanya, menyanyikan lagu Faizal Tahir, “Cuba”. Dan setiap minggu selepas itu, Tomok menyajikan kejutan demi kejutan.

“Tomok tahu pada mulanya ada yang tidak dapat menerima kemasukan Tomok dalam OIAM. Ramai yang mengkritik. Tapi nampaknya mereka gembira dengan transformasi Tomok. Kritikan dan kutukan yang diberi, Tomok ambil sebagai pembakar semangat.

“Tomok memberitahu diri sendiri akan buktikan kepada mereka yang Tomok bukan seperti yang dikatakan. Rasanya Tomok sudah berjaya bukakan mata orang di luar sana. Walaupun kecundang malam ini, Tomok berbangga dengan apa yang sudah Tomok lakukan selama pertandingan ini. Terharu juga bila mendapat peminat baru dari pelbagai bangsa,” katanya yang memberi penghargaan pada Aubrey Suwito, semua tenaga pengajar (Ning Baizura, Pat Ibrahim, Juita Abdul Jalil dan Yuaz) dan pihak produksi OIAM yang banyak membantu dalam transformasinya.

Tambahnya lagi, selepas sedekad bergelar anak seni, dia sudah lali dengan kritikan. Lagipun, mulut orang, susah untuk hentikan apa yang mereka nak cakapkan. Baginya, apa yang dikatakan itu dilihat sebagai untuk kebaikannya juga.

Bila ditanya Esther, siapa yang dipilihnya untuk bergelar juara malam ini andaikan dia tiada rezeki, nama Tomok yang disebutnya. Buat Tomok, sesiapapun mempunyai peluang menjadi juara. Esther dilihatnya sebagai seorang penyanyi yang versatile dan mempunyai vokal yang mantap. Begitu juga Aweera.

“Saya tak pandang rendah pada sesiapa. Kesemuanya hebat dan masing-masing mempertaruhkan genre muzik yang berbeza. Aweera lebih kepada rock, Esther pula, blues, dan saya, pop rock. Peluang terbuka kepada semua. Untuk malam ini, kami perlu gandakan usaha kami untuk menang. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki.”

Namun diharapkannya dia dapat membuka lembaran baru dalam OIAM.

“Sudah dua musim peserta artis gagal melayakkan diri ke peringkat akhir. Dan juara untuk kedua-dua musim juga perempuan. Azam Tomok ingin mencipta sejarah baru dalam OIAM.”

Jika ditakdirkan rezekinya untuk memenangi wang RM1juta itu, dia mendedahkan hasratnya untuk membuka studio sendiri serta mengeluarkan album solonya. Tidak dilupa kumpulannya New Boyz, akan diusahakan satu projek khas bersama mereka. Dijanjinya juga apa yang dipelajari di OIAM akan dipraktikannya di luar.

Hanya tinggal beberapa jam lagi sebelum bermulanya pertandingan akhir OIAM3. Hanya mereka bertiga yang tahu betapa kuatnya tekanan yang dirasai. Dedah Tomok, semakin dekat Grand Finale, makin susah untuknya tidur malam. Yang paling dirisau, kesihatannya. Baru minggu lepas dia demam. [ sumber ]

“Memang stress. Setiap minggu ada show, ada lah selsema. Tomok berdoa agar semuanya akan berjalan lancar malam ini.”
Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tomok Berserah | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top