Breaking News

TIADA UJIAN DARA DALAM ISLAM

Tiada ujian status dara dalam Islam | Rahsia , information about ISLAM
BAGAIMANA seorang suami ingin mengetahui sama ada isterinya masih dara atau tidak?

Adakah dengan melihat adanya titisan darah ketika kali pertama melakukan persetubuhan?

Berdosakah jika seorang isteri merahsiakan kisah silam keterlanjurannya daripada suami sedangkan si isteri sudah benar-benar bertaubat?

Sekiranya suami boleh tahu yang isterinya sudah tidak suci lagi, bolehkah si isteri mereka-reka cerita yang dia dirogol dan sebagainya yang menyebabkan dirinya tidak suci?

ZU,

Selangor

Jawapan,

ISLAM memerintah semua umatnya sama ada lelaki dan perempuan menjaga akhlak mulia.

Antaranya menjaga kehormatan dan kesucian diri daripada ternoda.

Dengan sebab itu Islam bukan saja mengharamkan perzinaan, malah jalan yang membawa kepada perzinaan juga diharamkan seperti duduk berdua-duaan dan sebagainya. Dengan itu status peribadi seseorang tidak diragui.

Sebenarnya dalam Islam, tiada ujian untuk mengetahui isteri masih dara atau tidak. Islam secara umum menerima seorang yang masih gadis.

Menguji dengan melihat titisan darah ketika malam pengantin atau tanda yang lain tidak diajar Islam. Ia hanya berdasarkan pengalaman semata-mata.

Lagipun ia tidak muktamad kerana selaput dara mungkin boleh pecah disebabkan aktiviti lasak dan sebagainya. Hanya diri sendiri yang benar-benar mengetahui statusnya yang sebenar.

Kisah silam keterlanjuran adalah sesuatu yang aib dan tidak sepatutnya diceritakan kepada orang lain.

Apabila sudah diketahui, keputusan adalah di tangan suami sama ada untuk meneruskan perkahwinan atau tidak. [sumber]

2 comments:

  1. adakah suami dpt mgetahui isteri yg bru d kahwini sudah tiada dara pd mlm pertama?

    lelaki megetahui isteri tiada dara krn tiada darah atau sudah longgar?

    ReplyDelete
  2. sy akan berkahwin x lama lg...masalah sy, sy pernah bersetubuh dengan seorang lelaki...tapi die tidak pernah memasukkan apa2 ke dalam alam sulit saya...adakah sy masih boleh dikatakan ada dara...dan patutkah saya menceritakan hal ini kepada bakal suami saya.

    ReplyDelete