728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

12 May 2009

Syurga Cinta | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online

Filem Syurga Cinta | David Teo | Ahmad Idham | MIG Production Sdn. Bhd | AWAL ASHAARI | HELIZA AF5 | HADZIQ TOM TOM BAK | MUSTAPHA KAMAL | DIAN P. RAMLEE | SAM SAHEIZY | FIZZ FAIRUZ | HISHAM AHMAD TAJUDDIN | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online

Trailer Filem Syurga Cinta



The Making of... Sebalik Tabir Filem Syurga Cinta Part 1



The Making of... Sebalik Tabir Filem Syurga Cinta Part 2


PENERBIT filem Syurga Cinta, David Teo (kiri) BERGAMBAR DENGAN PENGARAH DAN PELAKON filem itu, (dari kanan) Ahmad IDHAM, Wazata Zain, Heliza, Awal Ashaari dan pelakon cilik, Hadziq (depan).

SINOPSIS FILEM SYURGA CINTA

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.


Ujian Sulung Heliza

NUR Heliza Helmi atau Heliza adalah antara produk yang dilahirkan oleh rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia (AF) tahun lalu. Walaupun sekadar selesa di tangga keempat, ia bukan penghalang bagi gadis berusia 22 tahun berasal dari Terengganu ini mencuba nasib dalam cabang seni yang lain.

Terbaru, pelajar yang masih menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu telah diberi peluang untuk beraksi di layar perak melalui filem Syurga Cinta arahan Ahmad Idham yang akan memulakan pengambaran pada hujung bulan ini.

Ternyata tuah AF5 menyebelahi dirinya apabila diberi peluang berganding bahu dengan pelakon Awal Ashaari dalam filem terbaru terbitan Metrowealth International Group (MIG) itu.

Filem ini merupakan pengalaman baru, sekali gus kepercayaan yang diberikan pengarah dan penerbit filem tersebut kepada bintang muda itu.

“Saya bersyukur dan merasa bertuah diberi kesempatan berlakon dalam filem ini. Malah, saya anggap ia ruang baru untuk saya mencuba dan mengukur keupayaan diri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan doa selamat penerbitan Syurga Cinta di Seri Kembangan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lumrah bagi seorang pelakon yang masih mentah pastinya akan ada kritikan daripada pelbagai pihak terutama mereka yang tidak pernah mempunyai pengalaman berlakon dan Heliza secara peribadi bersedia menghadapinya.

Sebagai pendatang baru, Heliza ada alasan tersendiri kenapa dia menerima pelawaan Ahmad Idham. Namun, tiada pula keistimewaan tersendiri kenapa dia menerima tawaran berkenaan.

“Tiada yang istimewa cuma apabila membaca skrip yang ditawarkan, saya dapati ia sesuai dengan saya. Itu sebab utama yang menarik perhatian saya untuk mencuba bidang lakonan.

“Saya masih baru dan masih perlu tunjuk ajar daripada pelakon-pelakon senior. Alhamdulillah, semasa menjalani latihan membaca skrip, mereka banyak membantu terutama pasangan saya Awal yang memegang watak Irham,” katanya yang memegang watak sebagai Ustazah Syuhadah dalam filem tersebut.

Di samping itu, Awal Ashaari atau lebih mesra dengan panggilan Awal menyifatkan watak Irham tidak banyak berbeza dengan watak-watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Bagaimanapun, tarikan untuk saya menerima tawaran ini adalah kerana ada transformasi watak saya yang nakal kepada orang yang baik,” jelasnya.

Karakter Awal dalam Syurga Cinta menampilkannya sebagai Irham yang pulang dari menuntut di luar negara yang telah berubah sikap dan meninggalkan adat-adat ketimuran.

Mengulas adakah dia tidak bosan melakonkan watak yang hampir sama baik dalam filem mahupun drama, Awal tidak menafikan, sebagai pelakon dia berhasrat mempelbagaikan karakter.

“Pernah mencuba minta watak yang berlainan. Tapi ditolak kerana skrip yang diberi tidak sesuai dengan penampilan diri saya. Kalau diberi kesempatan memang saya berminat untuk berlakon watak lain.

“Sebagai contoh, penagih dadah, pembunuh, gengster dan perogol,” jelasnya yakin mampu melakonkan seperti itu jika diberi peluang.

Pada masa yang sama, Awal berkata, tawaran yang diterima lazimnya sukar ditolak memandangkan industri filem tempatan ini kecil.

Awal cuba mengelak daripada dilabel sebagai pelakon cerewet atau terlampau memilih.

Sementara itu, pada majlis yang sama sutradara Syurga Cinta, Ahmad Idham berkata, filem itu tiada kaitan dengan isu propaganda dan dia memohon semua pihak agar tidak mengeksploitasikan filem ini.

“Kita bukan mahu bawa unsur dakwah sahaja sebaliknya, matlamat saya ingin memperlihatkan budaya dan masyarakat terutama remaja masa kini yang berpaksikan kehidupan dari negara barat.

“Syurga Cinta akan mengupas adat-adat dan nilai-nilai ketimuran yang harus ditekankan di dalam kehidupan kita. Bukan mengajar, tapi lebih kepada membentuk sahsiah diri remaja,” jelasnya.

Idham berharap, melalui filem terbitan MIG yang ke-29 yang turut membawa bintang cilik ke layar perak iaitu Hadziq dari rancangan Tom-Tom Bak, akan lebih menguatkan lagi tarikan filem tersebut.

[sumber]
[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
animated
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Syurga Cinta | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top