728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 May 2009

Sumpah Roslin diterima | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Sumpah Roslin diterima | Gambar Lurah Buah Dada | gosip artis malaysia | Awek comel | Melayu boleh | Awek Cun | Koleksi Gambar | Gambar Seksi Artis Malaysia Dahulu Kala | 3gp Melayu Boleh Bogel Bertudung Collection | video artis | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities



PETALING JAYA: Sumpah pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim, 34, bahawa dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin dengan bekas isteri dalam tempoh 12 hari perkahwinan mereka diterima Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Hakim Syarie Jamil Ahmad dalam penghakimannya berkata, bekas isteri Roslin, Faizah Mohamad, 32, memberitahu dia pernah melakukan hubungan kelamin tetapi pemain badminton itu menafikannya.

“Mahkamah menerima sumpah defendan (Roslin) yang menjelaskan mereka tidak melakukan persetubuhan walaupun sebelum ini plaintif (Faizah) dalam keterangannya menyatakan pernah bersetubuh sebelum bekas suaminya melafazkan cerai.

“Oleh kerana tiada persetubuhan, mahkamah tidak perlu menetapkan tempoh edah kepada Faizah dalam perceraian ini. Kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kecuali dengan perkahwinan semula,” katanya.

Jamil berkata, lafaz cerai yang dibuat pemain badminton itu nyata serta tiada paksaan daripada pihak lain.

Justeru, mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat pemain badminton negara terhadap bekas isterinya Februari lalu sah dengan talak ba’in sughro (talak tidak boleh dirujuk semula) kali pertama dengan satu talak.

Ketika keputusan itu dibuat, Roslin dan Faizah kelihatan tenang mendengar alasan penghakiman.

Roslin diwakili peguam syarie Mohd Junid Mohd Ramali dan Roslizam Rahim, manakala peguam syarie Musa Awang mewakili Faizah.

Ketika ditemui di luar mahkamah, pemain badminton itu berkata, dia bersyukur kerana kes itu sudah selesai.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung siapa yang benar atau sebaliknya kerana tidak mahu memanjangkan kontroversi dengan bekas isterinya.

Menurutnya, jika dia bersuara atau memberi ulasan yang boleh menyebabkan bekas isterinya tidak puas hati, sekali gus kontroversi antara mereka akan berpanjangan.

“Saya lega kerana kes itu sudah selesai dan jelas tiada benda lagi yang perlu dikatakan kerana semua sudah tahu apa yang sebenarnya terjadi.

“Kini saya ingin memberi tumpuan kepada pertandingan badminton peringkat Asia yang akan datang,” katanya yang tidak merancang berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, kata Roslin, dia percaya kepada jodoh kerana ingin berkahwin dan mempunyai zuriat.

Sementara itu, Faizah ketika ditemui, meluahkan perasaan bersyukur apabila kes dengan bekas suaminya selesai di mahkamah.

“Kini saya tenang dan tidak mahu bercakap apa-apa di belakang dia (Roslin). Saya berharap kes (kontroversi) dengan dia habis di sini saja,” katanya.

Pada 22 April lalu, Roslin ketika memberi keterangan di mahkamah memberitahu dia terkejut apabila bekas isterinya mengatakan mereka pernah melakukan persetubuhan.

Berikutan itu, dia sanggup bersumpah apabila Musa mencabarnya berikutan kenyataannya bercanggah dengan keterangan Faizah bahawa mereka pernah melakukan hubungan kelamin sebelum berlaku lafaz cerai pada 11 Februari lalu.

Roslin melafazkan lafaz cerai itu di rumah mentuanya di Puchong kira-kira jam 10.50 malam, 11 Februari lalu.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
animated
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sumpah Roslin diterima | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top