728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

26 May 2009

Datuk Siti Nurhaliza Di Istana Budaya | PERKAHWINAN artis malaysia, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Gambar siti nurhaliza dan datuk k | Video Datuk Siti Nurhaliza | Datuk Siti Nurhaliza Tarudin's | Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Istana Budaya
Dalam nada teruja, Siti memberitahu projek yang dijalankan secara bersama suami tercinta serta seorang rakan kongsi bakal berada di pasaran selepas segala urusan mengenainya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Siti akan mengeluarkan dua jenis produk iaitu kosmetik dan produk penjagaan kulit. Buat masa ini, proses penyelidikan dan pembangunannya masih dalam peringkat 60 peratus. Insya-Allah, kalau tak hujung tahun ini, produk ini akan menemui khalayak sekitar awal tahun depan,” katanya dalam majlis sidang media Konsert Eksklusif Satu yang diadakan di Istana Budaya, petang Selasa lalu.

Hadir sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani dan Pengarah Konsert, Pat Ibrahim.

Bukan saja produk kecantikan yang akan dikeluarkan Siti tetapi penyanyi ini juga sedang berkira-kira untuk menerbitkan album bercorak kerohanian sempena ketibaan bulan Ramadan, Ogos depan.


“Hasrat untuk merakamkan album kerohanian ini terbit sewaktu Siti terbabit dalam program Sirah Junjungan Mac lalu. Album ini akan dikeluarkan pada bulan puasa nanti dan buat masa ini Siti sedang mencari lagu yang sesuai untuk dimuatkan dalam album ini. Cuma kalau boleh lagu itu Siti tak mahu nampak sangat macam lagu nasyid,” kata Siti.

Katanya, antara lagu yang sudah dipilih untuk dimuatkan dalam album ini adalah lagu yang dipetik dari filem Perempuan Berkalung Sorban iaitu Ketika Cinta Memanggil, Batas Asaku dan lagu yang pernah dinyanyikannya ketika Sirah Junjungan berjudul Ya Rasulullah.

“Sebaik saja Konsert Satu ini tamat, barulah Siti akan tumpukan perhatian untuk penerbitan album ini,” kata Siti yang juga kelihatan teruja untuk projek album yang julung kali diadakan itu.

Beralih kepada topik konsert yang akan dijayakan Siti pada 26 Jun depan selama tiga hari, Siti berkata, apa yang membuat konsert ini istimewa adalah kerana ia mengambil inspirasi daripada konsep 1Malaysia yang dilahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Gambar siti nurhaliza dan datuk k | Video Datuk Siti Nurhaliza | Datuk Siti Nurhaliza Tarudin's | Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Istana Budaya

“Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna Siti akan menyanyikan lagu campuran tiga bangsa utama tetapi konsep itu diketengah menerusi alat muzik yang akan mengiringi persembahan Siti nanti,” cerita Siti mengenai konsert yang dianjurkan badan amal miliknya dan suami, Yayasan Nurjiwa dan diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd.

Sepanjang tiga malam Konsert Eksklusif Satu, peminat Siti akan dihiburkan dengan alunan melodi indah milik penyanyi ini yang kesemuanya memaparkan perjalanan sebenar hidup primadona muda ini.

“Dalam konsert ini, Siti akan menyanyikan lebih 30 lagu yang mana semuanya memaparkan kisah hidup Siti dari awal pembabitan dalam bidang seni hinggalah sekarang. Setiap lagu ada ceritanya sendiri. Lebih menarik apabila setiap lagu itu akan dilatari dengan pencahayaan yang berbeza-beza mengikut mood lagu itu sendiri.

“Buat masa ini semua lagu sudah pun dipilih. Cuma apa yang saya nak beritahu, kebanyakan lagu yang dipilih semuanya dari album Transkripsi dan ke atas. Jadi saya harap peminat faham tak semua lagu popular saya akan dinyanyikan di konsert ini,” katanya yang hanya akan tampil solo serta tiada artis undangan yang bersamanya dalam konsert berkonsepkan teaterikal ini.

Tak akan tarik diri

BUKAN sekali dua dia berdepan dengan situasi seperti ini tetapi sudah banyak kali. Setiap kali dia berjaya merangkul anugerah dalam mana-mana pertandingan, setiap kali itu jugalah ada suara nakal yang seakan-akan tidak berpuas hati dengannya.

Malah ada juga yang secara terang-terangan melahirkan perasaan tidak puas hati atas kejayaan yang diperolehnya itu.

Gambar siti nurhaliza dan datuk k | Video Datuk Siti Nurhaliza | Datuk Siti Nurhaliza Tarudin's | Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Istana Budaya
Terbaru, kemenangan Siti sebagai Penyanyi Wanita Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 12 tahun berturut-turut serta kejayaannya merangkul gelaran Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu sewaktu Anugerah Industri Muzik yang lalu menjadi bahan pertikaian pelbagai pihak sehingga ada di antara mereka menyarankan agar penyanyi ini supaya menarik diri dari bertanding dalam acara tahunan ini.


Ketika diajukan persoalan ini kepada si empunya diri, Siti berkata bebanan itu tidak seharusnya diletakkan kepadanya seorang kerana kemenangannya itu diiktiraf oleh mereka yang profesional.

Gambar siti nurhaliza dan datuk k | Video Datuk Siti Nurhaliza | Datuk Siti Nurhaliza Tarudin's | Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Istana Budaya

“Bagi Siti sendiri, kemenangan itu sebenarnya tidak perlu dipertikaikan kerana semuanya dinilai oleh juri profesional. Sebenarnya Siti sendiri tidak menyangka akan menang lebih-lebih lagi untuk kategori album terbaik sebab pada Siti saingan paling hebat adalah dari album kumpulan Hujan. Tetapi itulah yang dinamakan rezeki.

“Bagaimanapun kemenangan untuk kategori vokal, Siti akui lagu Di Taman Teman memang sukar untuk dibawakan. Siti rakamkan lagu itu sebanyak tiga kali dan apabila Siti balik rumah tiba-tiba rasa macam tak puas hati, terus Siti rakam kembali lagu itu sehinggakan pencipta lagu itu, Fauzi Marzuki pun jadi hairan.

“Jadi apabila lagu itu membuatkan Siti menang dalam kategori Vokal Wanita Terbaik, Siti tak terkejut kerana lagu itu memang mencabar vokal Siti disebabkan Siti kena menyanyi cepat-cepat,” dedah Siti tenang.

Gambar siti nurhaliza dan datuk k | Video Datuk Siti Nurhaliza | Datuk Siti Nurhaliza Tarudin's | Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Istana Budaya
Tambahnya, adalah sesuatu yang tidak adil buatnya hanya disebabkan sering meraih kemenangan, dia didesak supaya menarik diri.

“Saya tak akan menarik diri hanya disebabkan ada segelintir setengah pihak yang tak puas hati. Cuma untuk Anugerah Juara Lagu saja yang saya tak sertai dan perkara ini sudah pun saya maklumkan kepada pihak penerbitan,” ujar Siti menjelaskan pendiriannya.

Gambar siti nurhaliza dan datuk k | Video Datuk Siti Nurhaliza | Datuk Siti Nurhaliza Tarudin's | Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Istana Budaya
INFO: Konsert Satu

• Mereka yang ingin menyaksikan Konsert Satu bolehlah mendapatkan tiket bernilai RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300. Ia boleh didapati di ticket2u.biz, Istana Budaya, Triways Travel & Tours, Malaysia Travel Bureau, Sri Amera Holiday Sdn Bhd dan TicketCharge yang sudah pun dijual mulai Selasa lalu.

• Dan untuk mereka yang ingin menderma bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkannya ke dalam akaun milik Yayasan Nurjiwa iaitu 514486106455 (Maybank).

Gambar siti nurhaliza dan datuk k | Video Datuk Siti Nurhaliza | Datuk Siti Nurhaliza Tarudin's | Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Istana Budaya

[sumber]
[foto]


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]






  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Anonymous1:12 AM

    masa gambar gambar vulgar di satukan dengan tayangan VIdeo surat yasin dan firman firman Allah..hentikanlah iklan ga senonoh dan gambar vulgarnya, semoga Allah mengampunimu/// terima kasih

    ReplyDelete

Item Reviewed: Datuk Siti Nurhaliza Di Istana Budaya | PERKAHWINAN artis malaysia, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top