728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

03 May 2009

Sarimah akui suami pemalu | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Sarimah Ibrahim Akademi fantasi  dan suami Amir Andrew | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
'Saya tak sorok suami!': Sarimah akui Amir Andrew tidak suka kehidupan glamor dan sering mengelak gambar dirakam jurufoto

TIADA apa yang kurangnya dalam bahtera rumah tangga Sarimah Ibrahim. Dia dan suaminya, Amir Andrew Browning kelihatan seperti pasangan bercinta, sentiasa ceria dan sering tergelak ketawa biarpun memiliki perwatakan yang berbeza.

Bagaimanapun, gara-gara jarang kelihatan bersama dalam acara rasmi sejak tiga tahun mendirikan rumah tangga, ia menimbulkan pelbagai spekulasi hingga ada yang menganggap pasangan sama cantik, sama padan itu sedang berdepan dengan krisis rumah tangga.

Apabila diajukan pertanyaan itu, Sarimah hanya tersenyum sambil membuka dompet yang tersimpan rapi gambar si jantung hatinya itu. Ia sekali gus membuktikan rumah tangga pengacara Diari Akademi Fantasia 7 (AF7) itu tidak pernah bergoncang atau tergugat biarpun jarang kelihatan bersama.

Sarimah menafikan dia sengaja menyorok suaminya daripada dirakam oleh pihak media. Dia juga tidak pernah mengelak jurugambar merakamkan foto suaminya itu kerana sememangnya dia jarang dengan Amir dalam majlis hiburan atau di khalayak peminat. Namun, apabila dirinya sering berseorangan dalam majlis tertentu, ia bermakna suaminya memang tidak berminat untuk datang bersama kerana tidak suka didedahkan dalam media massa.

Dalam nada perlahan, Sarimah akui: Dompet ini menjadi saksi cinta kami masih utuh dan tak pernah tergugat. Saya akan membawa gambar suami ke mana saja saya pergi, bukan satu tetapi ada beberapa lagi dalam beg tangan saya sebagai tanda cinta dan ingatan pada suami.

Saya jarang bersama Amir menghadiri majlis yang membabitkan acara hiburan tetapi sesekali Amir mengikut juga. Cuma Amir akan melarikan diri jika lensa kamera dihalakan pada kami. Suami saya, seorang yang low profile, dia tidak selesa dengan lensa kamera. Dia tidak suka hidup glamor, susah apabila ada yang mengenalinya sebagai suami selebriti. Untuk kepentingan kerjayanya juga, dia tak suka dirinya terlalu mendapat pendedahan. Dia sanggup melarikan diri ke tandas jika ada yang mahu gambarnya dirakam bersama saya. Mungkin itu penyebabnya ramai yang membuat spekulasi rumah tangga kami bergoncang.

Sarimah Ibrahim Akademi fantasi  dan suami Amir Andrew | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
Saya tidak boleh menyalahkan Amir, malah saya hormat pendiriannya. Amir tak seperti suami selebriti lain, dia seorang yang pemalu. Lagi pun Amir, seorang akauntan... bukan selebriti seperti saya. Dulu kami memulakan perhubungan dengan cara sederhana, berkahwin pun cara sederhana, jadi biarlah perjalanan hidup dan rumah tangga kami juga serba sederhana.

Pengacara berdarah kacukan Melayu, Irish, Cina dan Itali itu akui, walaupun mempunyai karakter berbeza tetapi mereka tetap bahagia dengan cara hidup yang tersendiri.

Sambil ketawa kecil, Sarimah akui:Saya selalu menceriakan keadaan dan suka berjenaka tetapi suami pula sebaliknya. Bagaimanapun, saya dapat rasakan perbezaan karakter itulah membuatkan saya dan suami bahagia. Hidup kami tak pernah tertekan walaupun berdepan masalah. Saya suka membuatnya ketawa dalam apa juga keadaan dan ia menceriakan lagi rumah tangga kami.

Kami juga mempunyai minat sama, suka bersenam di gimnasium. Jika ada masa terluang pasti kami akan menghabiskan masa di gimnasium sambil berkongsi cerita. Mungkin pasangan suami isteri lain suka menghabiskan masa di rumah, sebaliknya kami pula suka berdating di gimnasium.

Kepingin cahaya mata


Tiga tahun bergelar suami isteri, Sarimah akui, dia dan suami juga mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka cuma rezeki belum memihak padanya. Namun, dirinya tidaklah memikirkan sangat, cuma kadang kala sunyi apabila tidak kedengaran tangisan bayi di rumah.

Suami tidak pernah mendesak dan hanya berserah pada Tuhan. Amir memahami saya, dia tahu saya sentiasa sibuk dengan kerjaya seni tak pernah putus-putus. Jika diberi rezeki awal, kami sudah menerimanya dengan gembira, sebaliknya jika belum ada rezeki, kami tidak memikirkannya sangat.

Yang penting, kami bahagia. Mungkin juga Tuhan nak beri peluang kepada kami untuk menikmati saat bulan madu. Lagi pun saya perlu memperlahankan aktiviti seni saya jika ada cahaya mata nanti. Saya ingin menumpukan perhatian pada anak yang masih kecil. Saya juga nak pastikan anak saya tidak terabai dan mendapat kasih sayang sepenuhnya seperti ibu bapa saya membesarkan saya dulu,katanya.

Empat tahun tinggalkan lakonan


Tumpuan kerjaya Sarimah bukan hanya tertumpu pada dunia pengacaraan, malah anak kelahiran kelahiran Dublin, Ireland itu juga merindui bidang lakonan. Sebelum ini, Sarimah pernah muncul dalam filem Seiras Hati, Maka Diciptanya Perempuan, Puteri Impian 2, Janji Diana, MX3 dan terakhir, Gerak Khas 3. Sudah empat tahun Sarimah tidak muncul di layar perak.

Ramai yang menganggap saya adalah hak eksklusif Astro. Memang saya terikat dengan Astro tetapi hanya membabitkan pengacaraan, bukan lakonan dan nyanyian. Saya boleh berlakon dengan mana-mana produksi penerbitan filem kerana tidak terikat dengan sesiapa.

Saya akui sudah empat tahun tidak berlakon, saya merindui untuk kembali ke layar perak. Kali terakhir saya beraksi dalam filem Gerak Khas 3. Saya sedar pelakon baru silih berganti, jadi peluang untuk saya mungkin tipis memandangkan saya sudah lama tidak berlakon,katanya.

Sarimah akui dia sanggup menukar imej kepada penampilan lebih sopan demi Diari AF memandangkan peminat AF bukan hanya golongan bandar malah turut ditonton masyarakat luar bandar.

Secara jujur, Sarimah akui:Saya sengaja mencipta fesyen baru pada penampilan supaya nampak lebih sopan. Kalau dilihat dalam Diari AF sejak tahun lalu, saya tampil dengan memakai inner baju sebagai fesyen terbaru. Saya buang penampilan yang seksi untuk tidak mencetuskan kontroversi. Saya bersyukur fesyen saya menjadi ikutan ramai peminat sama ada penonton yang bertudung atau tidak. [sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

animated
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sarimah akui suami pemalu | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top