Resepi Masakan Sandwic cendawan dan keju | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIA

Bahan:
2 sudu kecil minyak masak
1 biji bawang besar (sederhana dan dihiris)
8 cendawan butang putih bersaiz sederhana dihiris tebal
1 lada benggala merah, dihiris nipis
2 sudu besar oregano segar (dicincang) atau 2 sudu kecil oregano kering
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar tepung serba guna
1/4 cawan stok ayam
1 sudu besar kicap cair
85 gram kepingan keju cheddar
4 keping roti mil penuh atau roti pelbagai bijirin, dibakar seketika



Cara masakan:
1. Panaskan minyak dalam sebuah kuali leper dengan api sederhana kemudian masukkan bawang dan masak selama dua hingga tiga minit hingga lembut serta perang.
2. Masukkan cendawan, lada benggala, oregano dan lada hitam, kemudian kacau selama tujuh minit.
3. Kecilkan api, taburkan tepung serba guna dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan stok ayam serta kicap, kacau hingga mereneh.
5. Alihkan daripada api dan letakkan kepingan keju di atas sayuran. Tutup dan biar sehingga keju menjadi cair (kira-kira satu hingga dua minit).
6. Bahagikan campuran sama rata, letakkan di atas kepingan roti bakar dan hidang.
Info kandungan nutrien setiap hidangan:
Kalori : 211 kalori
Karbohidrat : 17.7 gram
Lemak :10.5 gram
Protin : 11.3 gram
[sumber]
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




No comments