728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

27 May 2009

Rahsia 3 Selebriti Kekal Langsing | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

gambar Noryn Aziz, Rina Omar dan Azura Zainal (Disney Channel)
KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2009: Melihat susuk tubuh mereka yang langsing, siapa sangka tiga selebriti popular, Noryn Aziz, Rina Omar dan Azura Zainal (Disney Channel) sebenarnya sangat menggemari donut.

Dalam sehari, mereka boleh menghabiskan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 biji donut sebagai satu cara menggalas perut yang kosong, mahupun untuk sarapan pagi setiap hari.

Ditemui portal murai.com.my ketika pembukaan premis pertama jenama Krispy Kreme Doughnuts di pusat beli-belah Times Square di sini minggu ini, mereka cukup menyukai kelembutan dan rasa donut yang enak itu.

Menurut Noryn, sebagai penggemar donut, dia menyukai Krispy Kreme Doughnuts ketika berpeluang berkunjung ke kota New York, Amerika Syarikat (AS) tahun lalu dan terus jatuh cinta dengan kelazatan donut keluaran negara itu.

"Saya sukakan donut berperisa klasik (Original Glaze) yang sangat lembut dan enak. Betullah kata orang, donut mereka akan cepat cair di mulut pada saat pertama menikmatinya.

"Memang ramai yang bertanya, sebagai jurucakap produk pelangsing saya begitu berani mengambil makanan manis seperti donut. Tapi sebenarnya, kerana produk pelangsing itu jugalah saya berani menikmati donut hampir setiap hari.

"Bagaimanapun saya perlu beringat, hanya 3 atau 4 biji donut saja yang boleh saya makan setiap masa. Tak boleh dari itu," katanya.


Krispy Kreme yang kini 'berusia' 72 tahun sejak mula diperkenalkan, merupakan jenama donut dari AS yang sangat dikenali dengan keistimewaan donut bercitarasa Original Glazed.

Sementara itu personaliti TV dan bekas wartawan, Rina berkata budaya menikmati donut di negara ini bagaikan sudah menjadi kemestian masyarakat sebagai satu cara bersosial atau budaya minum petang yang lebih santai.

Katanya, disebabkan itu juga sukar untuknya menolak jika ada teman-teman yang mengajak untuknya menikmati donut untuk minum petang bersama-sama.

"Saya memang menggemari pencuci mulut dan sudah tentu donut menjadi pilihan saya. Pantang dijemput, pastinya saya akan dapat menghabiskan setengah dozen sekali makan. Memang enak," katanya.



Bagi seorang lagi pengacara TV, Azura berkata dia pernah mendapat tahu akan keenakan rasa Krispy Kreme Doughnuts daripada seorang rakan dari Kanada yang juga bertugas sebagai hos TV.

"Kalau nak tahu saya boleh menghabiskan hamoir setengah dozen donut dalam masa 20 minit saja. Saya juga pernah membawa donut kegemaran saya bersama-sama usebagai sarapan pagi," katanya.

[sumber]


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]






  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Rahsia 3 Selebriti Kekal Langsing | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top