728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

01 May 2009

Peserta OIAM3 Pilih Juara Mereka | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Peserta OIAM3 Pilih Juara Mereka | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
Walaupun ia kedengaran agak klise, namun sukar untuk dinafikan yang Grand Finale ‘One In A Million’ (OIAM) malam esok bakal menjadi yang terhebat sekali sejak pertandingan realiti ini dimulakan tiga tahun lalu.

Berpeluang menyaksikan raptai penuh tadi, sukar untuk GUA memilih calon yang paling layak menerima wang habuan RM1juta itu. Aweera, Esther dan Tomok masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. Oleh itu, ada baiknya keputusan ini diletakkan di tangan pengundi.

Hadir di sesi raptai penuh tadi peserta-peserta Top 12 yang selebihnya. Sementara bertanyakan perkembangan mereka selepas tersingkir dari pertandingan, sempat juga GUA dapatkan calon masing-masing untuk menjulang gelaran juara OIAM3.

Nine
Pilihan untuk menjuarai OIAM3: Jika ditentukan hanya dua peserta yang akan beraksi malam esok, saya memilih Tomok kerana dia seorang contestant yang hebat dan untuk menang Esther kerana dia mempunyai kualiti RM1juta.

Amylea
Pilihan untuk menjuarai OIAM3: Saya meletak harapan saya pada Tomok kerana sebahagian impian saya dapat diteruskannya. Dia juga paling layak kerana sudah membuktikan kebolehannya.

Simon
Perkembangan terbaru: Ada berita baik untuk peminat semua. Saya kini bernaung di bawah JM Multiple Records sebuah label indie kepunyaan kumpulan Carbolic Smoke Balls. Bulan depan kami rancang untuk mengeluarkan dua single, satu dalam Bahasa Melayu dan satu dalam Bahasa Inggeris. Kak Ju (Juita Abdul Jalil) juga ingin saya menyanyikan satu lagu duet dengan Jay Jay.
Pilihan untuk menjuarai OIAM3: Favourite saya adalah Tomok kerana kami sudah bersama untuk masa yang lama dan kami kawan rapat. Walaupun begitu, saya berharap Esther akan menang kerana Tomok is already an established recording artiste, jadi saya rasa ia lebih baik jika seorang pendatang baru dalam industri memenangi wang RM1juta itu.

Rizu
Perkembangan terbaru: Saya berharap sangat dapat mengeluarkan sebuah single kerana memandangkan sekarang ini saya sudah dikenali, saya tidak mahu sia-siakan peluang ini. Namun saya perlu berbincang dahulu dengan syarikat rakaman. Sehingga kini saya masih belum dapat bertemu dengan dia (bos syarikat rakamannya) kerana dia sibuk.
Pilihan untuk menjuarai OIAM3: Susah sebenarnya untuk memilih siapa yang akan menang tetapi saya mengharapkan Tomok walaupun Aweera pun tak kurang hebatnya. Dia pandai menarik perhatian dan mempunyai peminat yang suka style rock dan jeritannya.

Fify
Perkembangan terbaru: Selepas tersingkir hari itu, saya menolong keluarga berniaga sambil menunggu untuk sambung belajar pada Julai ini. Lebih ramai yang singgah di gerai untuk bertegur sapa dan bergambar. Pelik juga lah. Saya juga dalam perancangan untuk mengeluarkan single.
Pilihan untuk menjuarai OIAM3: Melihat pada undian hari itu, Tomok dan Esther nampaknya mempunyai peluang yang cerah untuk memasuki Top 2. Namun keputusan itu boleh berubah. Mereka termasuk Aweera mempunyai kelebihan yang tersendiri jadi masing-masing berpeluang untuk berentap di Grand Finale nanti. Tapi pilihan saya Esther untuk menang sebab dia mempunyai satu bakat yang sangat jarang dilihat. Dia boleh menghiburkan penonton dan menyanyi apa jua lagu dengan sedap.

Anith
Perkembangan terbaru: Saya akan meneruskan pengajian saya dan pada masa yang sama akan mengeluarkan satu single. Minggu depan saya ada perbincangan dengan sebuah label.
Pilihan untuk menjuarai OIAM3: Pada saya Esther mempunyai kebarangkalian untuk menang yang tinggi kerana kebanyakan undian untuk Esther datang dari orang Sabah dan Cina sementara undian dikalangan orang Melayu terbahagi diantara Tomok dan Esther. Dan tidak dinafikan dia mempunyai bakat yang lebih bagus berbanding finalis lain.

Pija
Perkembangan terbaru: Saya sedang mempromosikan album duet saya dengan adik saya, Fara. Kami akan bekerjasama dengan Universal Music untuk mengeluarkan tiga video muzik kami - “Posh” (duet mereka berdua), “Terawal dan Terakhir” (Pija) dan “ Julangkan” (Fara). Ia dijangka akan dikeluarkan sebelum penghujung tahun ini.
Pilihan untuk menjuarai OIAM3: Esther kerana dia menepati citarasa muzik semasa dan pendengar.

Han
Perkembangan terbaru: Minggu depan saya akan mengadakan diskusi dengan syarikat rakaman (Metadome) tentang single yang bakal direkod. Single tersebut dijangkakan akan diriliskan pada bulan Jun ini.
Pilihan untuk menjuarai OIAM3: Saya memilih Esther kerana dia seorang yang berbakat.

Ayu
Perkembangan terbaru: Bulan tujuh nanti saya akan sambung belajar di Akademi Seni Kebangsaan dalam jurusan muzik. Tapi pada masa yang sama, saya akan teruskan dengan kerjaya nyanyian. Saya bersama kumpulan saya Anonymous (bergenre goth rock) bercadang mengeluarkan sebuah single. Kami ditubuhkan lima bulan lalu. Lagu-lagu sudah ada cuma belum rekod saja.
Pilihan untuk menjuarai OIAM3: Pilihan saya Esther kerana dia mampu menarik minat orang dan merupakan seorang penghibur yang bagus dan belum lagi ada yang sepertinya di Malaysia.
[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Peserta OIAM3 Pilih Juara Mereka | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top