728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

23 May 2009

Penyanyi dangdut Inul Daratista lahir anak lelaki | Situs Berita, Artikel Menarik , Hiburan dan Foto Artis dan Selebritis INDONESIA

penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista | Situs Berita, Artikel Menarik , Hiburan dan Foto Artis dan Selebritis INDONESIA
INUL dan suami bersyukur dengan kelahiran anak sulung
mereka selepas 13 tahun menunggu.

PENANTIAN panjang penyanyi dangdut popular Indonesia, Inul Daratista selama 13 tahun untuk dikurniakan cahaya mata akhirnya terkabul.

Tepat pukul 9 malam pada hari Selasa bertarikh 19 Mei lalu, penyanyi yang terkenal dengan gelaran Si Goyang Ngebor itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan.

Kehadiran anak pertamanya itu tentu saja menjadi saat terindah buat perkahwinan Inul dan suami, Adam Suseno.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kondisi Inul dan bayi sihat walafiat. Bayinya lelaki dengan berat 2.42 kilogram dan panjangnya 47 sentimeter," ujar Adam.

Inul melahirkan bayinya di RS Medistra, Jakarta. Bagi Inul, kehadiran bayi yang diberi nama Yusuf Ivander Damares itu, anugerah yang sangat dinantikan.



Ia hasil penantian sekian lama penyanyi berasal dari Pasuruan, Jawa Timur itu untuk mendapatkan seorang anak sendiri. Sebelum ini, Inul sudah beberapa kali mengalami keguguran.

"Lega, terharu, aduh, pokoknya perasaan bercampur-aduk. Akhirnya anakku lahir juga. Terima kasih atas doa semua,"ujar Inul.

Kehadiran orang baru dalam hidupnya membuatkan Inul tidak henti-henti bersyukur.

Bagi Inul juga, kos pembiayaan yang mahal untuk proses tabung uji bukan satu perkara yang perlu difikirkan, bahkan ia sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kebahagiaan yang dikecapi saat ini.

Tentang maksud nama anaknya, menurut Inul, Yusuf diambil daripada nama Nabi Yusuf, Ivander daripada bahasa Rom yang bermaksud berani manakala Damares pula daripada bahasa Jawa yang bermaksud pelita. Maka, anak lelaki sulung Inul dan Adam ini gabungan elemen baik, berani, soleh serta menjadi pelita hidup buat mereka.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]








  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Penyanyi dangdut Inul Daratista lahir anak lelaki | Situs Berita, Artikel Menarik , Hiburan dan Foto Artis dan Selebritis INDONESIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top