Breaking News

Pakai susuk tarik cinta lelaki | Question and ask all about marriage, life, money

Pakai susuk tarik cinta lelaki |  Soal Jawab Kemusykilan Agama | Jawab (1995) | Gawab.com | Soual Jawab | Jawab - Agra | Samuel Soal| SoaL | Spike.com | Surau Al-Hakim | Question and ask all about marriage, life, money
SAYA berusia 25 tahun, namun masih tidak mempunyai teman lelaki. Saya selalu sunyi, buntu dan keliru.

Saya ada seorang sahabat yang sama jantina. Hubungan kami rapat bagaikan adik-beradik. Perasaan sayang terhadapnya seperti perasaan sayang kepada kekasih. Jika dia bersama kekasihnya, saya berasa cemburu.


Saya selalu mengimpikan untuk bersama dengannya selama-lama. Saya tahu perasaan ini terlalu menyongsang jauh sekalipun dalam hidup tidak pernah jatuh cinta pada lelaki.

Kadangkala saya terfikir lebih baik saya lelaki kerana pasti dapat memiliki dan mencintainya, namun saya tahu itu angan-angan yang syaitan selitkan dalam fikiran saya.

Mungkin Allah masih menyayangi saya. Allah pisahkan kami apabila dia mendapat kerja di tempat lain, tetapi saya masih rindu padanya. Syukur dia tidak berperasaan sama seperti saya.

Selepas pemergiannya saya terfikir, kenapa diri saya menjadi begitu. Ada kebarangkalian disebabkan saya masih tidak mempunyai teman lelaki.

Untuk mencari lelaki yang baik, bertanggungjawab dan menyayangi diri saya memang susah. Kini, ramai perempuan yang bekerjaya seperti saya tidak mempunyai teman lelaki.

Kadangkala saya terfikir untuk memakai susuk agar dapat menarik perhatian lelaki, namun saya masih tahu hukum agama.

Apakah amalan yang perlu saya lakukan untuk segera dipertemukan dengan lelaki yang menyayangi diri saya? Adakah wujud susuk yang dibolehkan dalam Islam?

GADIS,

Negeri Sembilan.



SEBAGAI seorang Muslimah yang baik lagi berilmu, saudari hendaklah mematuhi segala suruhan dan larangan Allah. Segala kecenderungan yang bertentangan dengan nilai-nilai agama hendaklah dihindari.

Itulah batas yang menentukan baik dan buruk seseorang individu. Contohnya meminati rakan sejenis dikira di luar batas pergaulan dalam Islam dan bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia.

Hanya melalui institusi perkahwinan yang sah kehendak manusia dapat dipenuhi seperti ketenangan jiwa dan kasih sayang.

Allah berfirman, maksudnya: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. ..." (al-Quran, al-Rum (30): 21).

Sememangnya setiap insan secara fitrahnya menginginkan teman hidup dengan mendapat jodoh yang baik. Mungkin keluarga dan kawan-kawan dapat menolong dalam hal ini.

Sebelum itu berusahalah mendapat ilmu pengetahuan mengenai rumah tangga dan tanggungjawab isteri dan seterusnya menjaga anak-anak.

Adalah lebih baik untuk bersedia terlebih dahulu bagi membina rumah tangga bahagia.

Mengenai niat untuk memakai susuk bertujuan menarik perhatian lelaki, ia jangan diteruskan.

Ini kerana ia termasuk dalam perbuatan sihir dan bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak-banyaklah berdoa kepada Allah supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank

No comments