728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 May 2009

Nasha Aziz diulit bahagia | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Nasha Aziz diulit bahagia | Gambar2 seksi Nasha Aziz
MELANGKAH penuh ceria dengan bicara bagai tiada noktah sambil menguntum senyuman semanis madu, sudah cukup menafsirkan perasaan berbunga-bunga yang dirasakannya ketika ini.
Bahagia adalah perkataan paling tepat menggambarkan diri model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz, 38, ketika ini hinggakan wajahnya tidak mampu menyembunyikan perasaan itu.

Ternyata, pertemuan dengan bintang filem Trauma dan Sepi pada majlis pelancaran drama bersiri Kasih Tercipta baru-baru ini, berbeza daripada biasa kerana tutur katanya lebih rancak selain terbuka membicarakan soal cinta meskipun masih menyimpan sebahagian besar sebagai rahsia peribadi. Wajah Nasha juga kelihatan berbeza kerana lebih berisi.

"Setiap hari saya lalui dengan penuh kesyukuran. Dalam dunia ini semua orang ada masalah, namun saya menghadapinya dengan cara mengagumkan. Saya bersyukur dikelilingi keluarga serta teman yang sering membahagiakan saya," katanya.

Nasha juga sempat berkongsi kegembiraannya menerima cincin daripada teman lelakinya, Nur Iman atau lebih dikenali sebagai Tang dalam kalangan orang industri.

Nur Iman adalah nama pilihan Nasha selepas menjadi saudara baru dan Tang sebelum ini adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan kumpulan Dewa di Malaysia.

"Saya menerima cincin daripada Iman awal April lalu dan menganggapnya sebagai satu pemberian yang cukup bermakna. Namun, itu bukan bermakna simbolik pada sebuah lamaran atau kami sudah bersedia ke arah perkahwinan.

"Apa yang akan berlaku seterusnya, tunggulah saja jemputan daripada saya. Untuk bercerita lanjut mengenai hubungan kami, saya rasa biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Cukuplah saya katakan, buat masa ini memang dialah yang bertakhta di hati," katanya.

Kebahagiaan yang sedang dikecapi turut memberi refleksi pada watak yang dijayakan dan kerana itulah Nasha atau nama sebenarnya, Noraishah Abdul Aziz, 38, bersetuju membintangi Kasih Tercipta, siri baru untuk Astro Prima yang diarahkan pengarah terkenal, Rashid Sibir.

Dalam Kasih Tercipta, Nasha memegang watak Tona dan turut dijayakan Aaron Aziz mambawakan watak Shark dan kekasih Tona, Fouziah Ghous (Nina), Syed Ali (Madi), Aleeza Kassim (Tania), Ahmad Tamimi Siregar (Rahim), Aida Radzwill (Dhiah), Dee (Madam Lulu), Norlia Ghani (Mak Som) dan Erra Fazira (Lisa).



Majlis petang itu tambah bermakna buat Nasha kerana dikejutkan dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-38 yang diraikan pada 14 Mei lalu. Ketika sibuk melayan permintaan jurugambar untuk merakamkan gambarnya, Nasha dikejutkan dengan kedatangan dua kru yang sedang menatang dua kek.

Nasha juga sempat diusik Rashid kerana hanya membintangi filem atau dramanya setahun sekali. Tatkala hal ini diajukan kepada Nasha wanita berbintang Taurus itu mempunyai alasan tersendiri.

"Dalam pekerjaan perlu ada perubahan atau peningkatan. Pengorbanan yang saya lakukan ini bukan saja untuk kebaikan kerjaya, tetapi juga demi memenuhi kepuasan peminat.

"Termasuk pihak media yang mengharapkan saya tampil membawakan karakter lebih mencabar dan bertentangan dengan watak yang pernah saya mainkan sebelumnya.

"Saya juga seorang yang teliti dan tidak suka buat dua kerja serentak kerana akan rasa bersalah jika masa saya mengganggu pihak lain. Bukan kuantiti yang dicari, tetapi kualiti dan saya percaya jika fokus pada satu tawaran saja, hasilnya juga tidak terburu-buru.

"Saya sentiasa ingin memastikan, pengarah, produser, kru, peminat, media dan peminat yang menonton lakonan saya berpuas hati dengan hasil kerja dipersembahkan," katanya.

Sebelum bakat lakonannya diperakui, Nasha berkata, dia pernah rasa tercabar dengan kenyataan seorang teman yang mendakwa model hanya menjual rupa bukan bakat.



"Saya mahu membuktikan kata-katanya salah dan disebabkan itulah saya menerima tawaran yang boleh digunakan untuk mempelbagai karakter misalnya membawakan peranan antagonis.

"Alasan itu juga salah satu sebab mendorong saya bersetuju melakonkan watak Tona, gadis tomboi yang kalut, tetapi sensitif dan berhati lembut. Watak ini ada sedikit persamaan dengan Laila yang saya bawakan dalam Laila Isabella pada 2003.

"Cuma bezanya, Laila lebih maskulin dari segi penampilan luaran seperti berpakaian lelaki, ego dan keras kepala. Sementara Tona, berpakaian wanita cuma pekerjaan sebagai jurugambar menuntutnya menjadi lasak.

"Perjalanan hidupnya penuh warna-warni dan seorang yang lucu. Saya berharap lakonan dalam drama ini dapat membuatkan penonton terhibur," katanya.

Mengenai perkembangan filem Bunian yang diterbitkan Fantasy Films, Nasha selaku pendukung watak utama berkata, dia masih menantikan lampu hijau produser memulakan penggambaran.

"Penggambaran filem ini sepatutnya sudah dimulakan, tapi saya difahamkan ada beberapa perkara lagi yang harus diselesaikan penerbit. Saya faham pembikinan Bunian membabitkan bajet besar dan penggambaran harus dilakukan dengan teliti.

"Justeru, banyak perkara perlu diambil kira dan untuk menjalankan penggambaran, pihak produksi perlu melakukan persiapan lengkap. Kerana itulah saya masih bersabar dan tidak mengambil sebarang tawaran filem buat masa ini semata-mata memberi tumpuan pada Bunian.

"Atas dasar profesional juga, saya perlu melaksanakan tanggungjawab kecuali sampai satu tahap saya tidak lagi boleh menjayakannya. Saya masih bertolak-ansur kerana pihak produser juga mengamalkan sikap profesional serta memberi kebebasan. Kami juga sering berhubung," katanya.

Dalam filem itu, Nasha memegang watak puteri bunian, Puteri Manja Sakti yang menyelamatkan Rosman (Rusdi Ramli), apabila cedera ketika mendaki gunung. Puteri Manja membawa lelaki itu ke dunianya yang tersendiri. Di situ, dia memperkenalkan Rosman dengan alam bunian.

Nasha juga sempat meluahkan rasa kesalnya pada dunia peragaan di Malaysia kerana model tempatan dianaktirikan.

"Saya masih terima tawaran peragaan pentas, tetapi kebanyakan tawaran yang datang daripada penganjur Cina. Mereka tahu menilai harga seorang model. Saya katakan begitu kerana industri peragaan di negara ini terlalu kecil dan model tempatan masih terpinggir.

"Penganjur lebih suka mendapatkan khidmat model dari luar bukan saja kerana alasan ketinggian, tetapi juga harga yang ditawarkan lebih murah.


Jujur saya katakan, sebenarnya sedih melihat keadaan ini kerana diketepikan bangsa sendiri sedangkan ramai model Malaysia jauh lebih cantik selain berpotensi besar cuma mereka tidak diberi peluang mengetengahkan kehebatan.

"Mungkin kerana kami tidak mempunyai persatuan dan organisasi yang boleh membela nasib sebab itu dilayan sebegini rupa. Percaya atau tidak kalau saya katakan segelintir model tempatan hanya dibayar RM80 hingga RM200 untuk satu peragaan," katanya.


>Profil

NAMA SEBENAR: Noraishah Abdul Aziz

TARIKH Lahir: 14 Mei 1971

UMUR: 38

BINTANG: Taurus

ASAL: Kampung Pandan, Kuala Lumpur

DRAMA TV: Awan Dania, Datin Diaries, Detektif Metropolitan, Cik Mala Janda Berhias, Inspirion, Inikah Cinta

Filem: Kad Cinta (1995), Bara (1999), Gerak Khas The Movie (GKTM) (2001), Laila Isabella (2003), Buli (2004), Trauma (2004), Cinta Luar Biasa (2004), Tak Ori Tapi OK (2005), Kemarau Cinta (2005), Buli Balik (2006), Puaka Tebing Biru (2007), Otai (2008), Sepi (2008)

Teater: Lantai T Pinkie (2006)

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Nasha Aziz diulit bahagia | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top