Breaking News

Muafakat mampu jamin kebahagiaan | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Muafakat mampu jamin kebahagiaan  | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIALUMRAH dalam setiap rumah tangga, tiada yang tidak dilanda badai kerana pasti akan berlaku pertelingkahan antara suami isteri walaupun puncanya terlalu kecil.

Kaunselor Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri Melaka, Jalaluddin Abd Aziz, berkata bagi mengurangkan risiko berlakunya masalah, suami khususnya perlu menunjukkan penghargaan terhadap segala pengorbanan isteri seperti mengucapkan terima kasih dan memuji masakannya walaupun rasanya tidak begitu enak.

Cara itu, katanya, secara tidak langsung dapat membuatkan hubungan suami isteri bertambah mesra. Begitu juga isteri perlu menjaga hati suami dengan tidak melakukan perkara yang boleh membangkitkan kemarahannya.

“Komunikasi dan interaksi yang berkesan amat penting dalam rumah tangga kerana melalui perbincangan daripada hati ke hati dapat membentuk kebahagiaan dan menjalin kemesraan yang berkekalan. Pasangan yang sentiasa menjaga mutu interaksi biasanya bersedia menghadapi segala cabaran bersama kerana mereka boleh menerima pandangan yang diberi pasangannya,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar pasangan yang berniat mendirikan rumah tangga benar-benar sanggup dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana tugas itu menuntut pengorbanan yang tidak terkira.

Pasangan juga perlu berbincang bersama agar dapat mencapai kata sepakat dalam membentuk keluarga yang harmoni supaya segala masalah mahupun konflik dapat dielakkan.

Justeru, segala perselisihan yang berlaku dalam perkahwinan tidak perlu dikesalkan kerana selagi ada jalan untuk memperbaikinya maka berusahalah dan jangan jadikan perpisahan sebagai jalan terbaik.



Beliau berkata, perselisihan faham adalah asam garam rumah tangga yang perlu dihadapi setiap pasangan agar hubungan menjadi lebih matang dan semakin serasi bersama melayari bahtera perkahwinan.

“Bergaduh, berselisih pendapat, bertikam lidah, cemburu hanyalah satu bentuk ujian yang tidak akan memisahkan anda dengan orang tersayang selagi kita tidak membenarkannya.

“Yang pasti, suami isteri perlu bekerjasama dan sering menyokong antara satu sama lain tidak kira sesukar mana halangan yang terpaksa dihadapi kerana melalui kesepakatan dan persefahaman yang terjalin akan membuatkan pasangan sentiasa hidup dengan gembira walau sekuat mana badai melanda,” katanya.

Sumber: Berita Harian 20 Mei 2007


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]






No comments