728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

08 May 2009

Kisah 'kodok' bersuara emas | Susan boyle | Singer - Britains Got Talent 2009

Kisah kodok bersuara emas | susan boyle - simon cowell | Susan boyle | Singer - Britains Got Talent 2009 | YouTube - Susan Boyle | Susan Boyle FanSite | Susan K. Boyle | Susan Boyle - Love.com | susan boyle makeover | susan boyle - Britain's Got Talent | susan boyle news | susan boyle - video | susan boyle - Barack Obama | Singer - Britains Got Talent 2009PENANGAN apakah yang dibawa oleh wanita berusia hampir separuh abad ini sehingga seluruh dunia terarah kepadanya? Kalau tidak kerana wabak selesema H1N1 yang menggempar dunia minggu lalu, barangkali wanita bernama Susan Boyle itu akan terus mendominasi tajuk utama media global. Itu yang disifatkan oleh ramai pemerhati.

Digelar sebagai 'wanita yang mendiamkan Simon Cowell', Boyle, 47, meraih perhatian tertinggi di laman video dalam talian, Youtube dan laman ensiklopedia Wikipedia. Dilaporkan, selepas seminggu kemunculan debutnya dalam rancangan pencarian bakat, Britain 's Got Talent, persembahannya telah ditonton oleh 100 juta orang di seluruh dunia.

Dalam tempoh sembilan hari dari tarikh kemunculannya pada 11 April lalu, laman Wikipedia Boyle telah dikunjungi 546,885 kali mengatasi populariti Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang lamannya hanya dikunjungi 73,241 kali. Ada yang menyifatkan wanita itu telah mengangkat populariti Wikipedia.

Saban hari, ada sahaja krew televisyen dan wartawan dari serata dunia bertandang di kediaman wanita Scotland itu di sebuah perkampungan kecil, Blackburn, West Lothian. Selama ini, siapalah yang mahu mengendahkan wanita tua yang tinggal bersama kucing bernama Pebbles itu.

Kisah kodok bersuara emas | susan boyle - simon cowell | Susan boyle | Singer - Britains Got Talent 2009 | YouTube - Susan Boyle | Susan Boyle FanSite | Susan K. Boyle | Susan Boyle - Love.com | susan boyle makeover | susan boyle - Britain's Got Talent | susan boyle news | susan boyle - video | susan boyle - Barack Obama | Singer - Britains Got Talent 2009Sepantas itu jugalah, kisah hidup Boyle ingin difilemkan oleh pengarah-pengarah filem Hollywood di Amerika Syarikat (AS). Sudah ada ura-ura yang mengatakan kemungkinan Catherine Zeta Jones bakal memegang wataknya.

Tidak kurang juga tawaran untuk Boyle berlakon filem. Ada juga tawaran yang datang daripada produksi dari Jepun, Rusia, Brazil dan Poland. Selebriti berpengaruh, Oprah Winfrey juga berusaha untuk menjemputnya dalam rancangan bual bicaranya, manakala hos, Ryan Seacrest berharap agar wanita itu dijemput membuat persembahan khas di American Idol 8 mungkin untuk melonjakkan lagi program realiti yang semakin merosot jumlah penontonnya.

Kisah kodok bersuara emas | susan boyle - simon cowell | Susan boyle | Singer - Britains Got Talent 2009 | YouTube - Susan Boyle | Susan Boyle FanSite | Susan K. Boyle | Susan Boyle - Love.com | susan boyle makeover | susan boyle - Britain's Got Talent | susan boyle news | susan boyle - video | susan boyle - Barack Obama | Singer - Britains Got Talent 2009Tidak cukup dengan itu, wanita yang didakwa masih dara itu juga ditawarkan AS$1 juta (RM3.5 juta) oleh satu produksi filem lucah bagi merakamkan aksinya hilang dara.

Namun, bukanlah faktor masih dara pada usia lanjut yang membuatkan dunia menumpu perhatian kepadanya. Sudah tentu juga bukan faktor rupa paras. Segalanya adalah kerana suaranya.

Mengimbas kembali kemunculannya di awal rancangan Britain 's Got Talent, kehadiran Boyle di atas pentas langsung tidak menarik perhatian sesiapa.

Tubuhnya yang gempal, berusia dan rambut tidak terurus, ada ketawa sinis yang bergema dalam kalangan audiens. Ada blogger menyifatkan rupanya ketika itu seperti kodok.

Namun, apabila dia membuka mulutnya mendendangkan lagu I Dreamed a Dream daripada muzikal Les Misérables, ketawa sinis itu hilang serta merta.

Daripada dilihat seolah-olah seperti seekor kodok, dia kemudiannya bak seekor burung yang mengalun irama merdu.

Kisah kodok bersuara emas | susan boyle - simon cowell | Susan boyle | Singer - Britains Got Talent 2009 | YouTube - Susan Boyle | Susan Boyle FanSite | Susan K. Boyle | Susan Boyle - Love.com | susan boyle makeover | susan boyle - Britain's Got Talent | susan boyle news | susan boyle - video | susan boyle - Barack Obama | Singer - Britains Got Talent 2009Pengkritik-pengkritik rancangan itu termasuk Simon Cowell yang terkenal dengan mulut celupar dalam kritikannya turut terkejut apabila mendengar suara Boyle.

Malah, daripada membuat reaksi wajah pelik Cowell dilihat tersenyum sepanjang wanita itu mendendangkan lagu. Satu situasi yang hampir tidak pernah terjadi kepada pengkritik itu bila berdepan dengan penyanyi yang kelihatan hodoh dan buruk.

Baru beberapa baris menyanyikan lagu, kelihatan beberapa orang penonton tanpa teragak-agak bangun memberikan tepukan standing ovation kepadanya. Persembahan wanita itu terus dikagumi oleh berjuta-juta orang yang mula menontonnya di laman Youtube sehingga kini.

Pasangan selebriti, Ashton Kutcher dan Demi Moore antara yang menyuarakannya. Kutcher berkata: 'Ia telah membahagiakan malam saya' dan Moore pula menjawab: 'Ia membuatkan saya menangis.'

Sumber inspirasi

Yang nyata, wanita yang diramalkan Cowell kerana telahannya ke atas pemenang America Idol, Carrie Underwood yang dikatakan bakal memiliki jualam album lebih yang banyak berbanding idoal-idola terdahulu jadi kenyataan.

Payah untuk menolak ramalan Cowell kerana telahannya ke atas pemenang American Idol, Carrie Underwood yang dikatakan bakal memiliki jualan album lebih banyak berbanding idola-idola terdahulu jadi kenyataan.

Boyle membuatkan seluruh manusia di dunia ini melupai faktor-faktor lain yang sering dimomokkan dengan kemasyhuran dan sukses iaitu kecantikan rupa paras dan usia. Dia membuatkan kita kembali menghayati peribahasa, jangan menilai buku daripada kulitnya.

Boyle membuatkan manusia berfikir bahawa jika anda berusia, hodoh, tidak bekerja atau orang kampung anda masih boleh menawan hati semua. Ada pihak yang melihat apa yang dicetuskan Boyle atau Boylemania seperti pendefinisian semula sukses, kecantikan dan pesona.

Penulis Entertainment Weekly, Lisa Schwarzbaum berkata: "Boyle membuatkan saya merasa...makna pesona manusia...Dia membuatkan kita semua mengukur kembali apa itu cantik."

Dia bagai membenarkan kuasa bakat. Sehinggakan, ada pihak yang mengaitkan Boyle pencetus revolusi pemikiran, seperti juga yang dicetuskan oleh Obama.

Seorang profesor di Columbia University, AS, Patricia Williams membandingkan kisah hidup Boyle dengan Barack Obama yang berjaya menghapuskan prejudis warna kulit.

"Mengabaikan Boyle atau sesiapa sepertinya adalah berasaskan kepada jangkaan bahawa usia sepertinya atau tidak bekerja sepertinya sudah tidak penting, merupakan tabiat prejudis minda kita," katanya.

Imej tidak terurus

Profesor Antropologi Washington University AS, Dr. Robert Canfield dipetik sebagai berkata: "Pada mulanya, kita boleh lihat ke dalam dirinya apa yang kita takut tentang diri kita. Tetapi, apabila dia mula mengeluarkan suara, ia mengejutkan kita. Kita mengharapkan dia berjaya. Tanpa kita sedari, kita telah menjadi penyumbang kepada pencapaiannya."

Kisah kodok bersuara emas | susan boyle - simon cowell | Susan boyle | Singer - Britains Got Talent 2009 | YouTube - Susan Boyle | Susan Boyle FanSite | Susan K. Boyle | Susan Boyle - Love.com | susan boyle makeover | susan boyle - Britain's Got Talent | susan boyle news | susan boyle - video | susan boyle - Barack Obama | Singer - Britains Got Talent 2009Boyle sebelum diburu lensa media merupakan seorang penganggur yang hanya bekerja sebagai sukarelawan amal.

Boyle dilahirkan pada 1 April 1961. Ketika itu ibunya berumur 47 tahun. Dia merupakan anak bongsu daripada 10 beradik, bergelut dengan masalah oksigen ketika dilahirkan. Dia kemudian didiagnosis mengalami kesukaran pembelajaran. Imejnya yang tidak terurus juga barangkali diwarisi sejak kecil apabila dia sering dibuli oleh kanak-kanak lain dan digelar Susie Simple di sekolah.

Tapi, kini hanya dengan persembahan selama beberapa minit pada satu malam dia dikenali di seluruh dunia. Keadaan ini turut mengejutkannya. Habis segala-gala tentang dirinya ingin diketahui umum, semua video-video nyanyiannya sebelum ini digali semula termasuk persembahannya pada tahun 1995 dalam satu program pencarian bakat lain.

"Ia memang haru-biru, seperti tiupan angin kencang yang pergi bersama kereta api ekspres. Saya tidak menjangkakan semua perhatian ini. Ia mengagumkan dan amat gila. Tetapi saya boleh membiasakannya," kata Boyle kepada sebuah media.

Bagaimanapun, sukar untuk menjangka bagaimanakah masa depan Boyle. Lebih penting lagi, apakah prejudis tentang rupa itu benar-benar berakhir apabila baru-baru ini dia menjalani satu sesi mengubah imejnya.

Boyle dilaporkan mengubah imejnya apabila rambutnya kelihatan terdandan dan wajahnya mula disolek dengan gaya kasual. Rambutnya juga diwarnakan dan sehelai skaf melitupi bahunya.

Sebelum ini, dia menegaskan tidak akan mengubah penampilannya yang tidak bergaya dengan mengikuti arus perkembangan fesyen pakaian terkini walaupun sudah popular.

Namun, imej barunya itu mencetuskan kebimbangan di belakang tabir program realiti tersebut.

Tambahan pula, Boyle belum tentu menjuarai Britain's Got Talent kerana kemunculan debutnya itu ialah uji bakat pertama. Kini, semua mata dan telinga tertumpu kepada kemunculan keduanya dalam rancangan berkenaan pada 23 Mei ini. Apakah magis Boyle akan berterusan?

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
animated
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Sy pernah ternampak artikel berkenaan wanita ini beberapa kali di laman web tapi tak tertarik utk membacanya lagi .

    Artikel dr anda menarik perhatian sy dan kini sy telah mengenali wanita ini dgn lebih lanjut . youtube ialah sasaran sy yg seterusnya ...

    thanx 4 this info ..

    ReplyDelete
  2. Ummie hanie you tube ada kat recent post...

    ReplyDelete

Item Reviewed: Kisah 'kodok' bersuara emas | Susan boyle | Singer - Britains Got Talent 2009 Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top