728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

30 May 2009

Kinga Legg mati berbogel | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA

Kinga Legg nude picture | Kinga Legg naked picture
PARIS: Seorang ahli perniagaan Britain kini diburu selepas kekasihnya - seorang jutawan wanita - ditemui mati berbogel dengan kesan pukulan di bilik hotel, semalam.

Mayat jutawan Poland, Kinga Legg, ditemui dalam bilik mandi di kamar hotel eksklusif di tengah Paris.

Sumber berkata, bilik di Hotel Bristol itu disewa dengan harga RM5,600 satu malam dan dilengkapi kemudahan kalis bunyi.

Suspek, Ian Griffin, dipercayai melarikan diri ke selatan Paris menuju French Riviera menaiki kereta Porsche 911 kelabu miliknya.


Interpol mengeluarkan amaran mengenai Griffin, 39, manakala polis Perancis menyita perahu layar Kinga di Laut Mediterranean.

Menurut sumber, Kinga, 36, mengalami kecederaan parah di kepala akibat dipukul berkali-kali dengan kaki lampu - dipercayai ketika suspek mabuk.

“Tiada sesiapa mendengar mangsa menjerit walaupun bilik itu bersepah, perabot rosak akibat dihentam atau sengaja dipecahkan dan langsir pula ditarik,” katanya.

Sebelum itu, kata sumber, pasangan terbabit memesan banyak champagne dari hotel berkenaan.

Polis berkata, Griffin dan Kinga mengambil terlalu banyak arak dan keluar pada malam kelmarin.

Mayat Kinga ditemui pekerja hotel pada tengah hari, ketika Griffin sudah keluar dari situ.

Kinga memiliki syarikat Vegex yang beribu pejabat di Oxshott, Surrey dan bisnes utamanya adalah mengimport tomato dari Poland.

Dia mula menjalin hubungan dengan Griffin - ahli perniagaan bankrap - ketika menetap di Knutsford, Cheshire tiga tahun lalu.

Bekas pemilik firma telekomunikasi, Griffin pernah dipenjara di Sepanyol atas kesalahan menipu.

Sejak hubungan mereka bermasalah, Kinga menghabiskan masanya di Perancis dan polis mengesahkan dia baru saja memohon kerakyatan negara itu.

Kinga mendaftar masuk di hotel itu bersendirian pada Sabtu dan Griffin tiba tidak lama kemudian. - Agensi

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]








  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kinga Legg mati berbogel | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top