728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

21 May 2009

Kaedah atasi gangguan mimpi | Question and ask all about marriage, life, money

aedah atasi gangguan mimpi |  Soal Jawab Kemusykilan Agama | Jawab (1995) | Gawab.com | Soual Jawab | Jawab - Agra | Samuel Soal| SoaL | Spike.com | Surau Al-Hakim | Question and ask all about marriage, life, money
SAYA ingin dapatkan nasihat bagaimana boleh tidur dengan tenang tanpa gangguan mimpi.

Saya sebenarnya mengalami masalah sering bermimpi dan menyebabkan badan saya penat dan tidak segar apabila bangun tidur.


Ini memberikan kesan pada saya untuk bekerja.

Saya sudah cuba mengambil wuduk, membaca doa, dan elak daripada fikir yang bukan-bukan sebelum tidur untuk elak daripada terbawa-bawa ke dalam tidur, tetapi masih tidak berhasil.

Adakah cara atau ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini?

MISHA
Kuala Lumpur



Tidur ialah cara merehatkan badan dan mencari ketenangan fikiran. Sebahagian kita hanya tidur dan rehat secara fizikal tetapi hakikatnya mindanya tidak rehat walaupun ketika dia tidur.

Rasulullah mengajar kita supaya berwuduk sebelum tidur, membaringkan badan di atas lambung kanan serta membaca beberapa doa. Antara amalan yang diajarkan Rasulullah SAW kepada puterinya Fatimah ra yang mengadu sangat penat dengan bebanan kerja rumah yang banyak, baginda menasihatkan puterinya supaya mengamalkan zikir Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu akbar sebanyak 33 kali.

Mimpi orang Islam ada tiga peringkat. Pertama — bisikan jiwa, yang kedua — godaan syaitan dan yang ketiga ialah gambar gembira daripada Allah. Mimpi sebenarnya tidak akan memenatkan orang yang tidur jika cara tidurnya betul, kecuali jika dia asyik terjaga daripada tidur dengan gangguan mimpi.



Jika terjaga, segera bangun berwuduk dan tunaikan solat sunat sebelum menyambung untuk tidur semula. Jika masih gagal, elok berjumpa doktor pakar bimbang ia penyakit yang perlu diubati.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]






  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kaedah atasi gangguan mimpi | Question and ask all about marriage, life, money Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top