728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

30 May 2009

Julia Hana dengan teman belanda | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

gambar bogel julia hana dengan gambar fasha sandra | Gambar Bogel Artis Malaysia
Selepas insiden tarik rambut dengan wanita bergelar datin di sebuah pusat beli-belah terkemuka dua tahun lalu, bintang yang mencipta nama menerusi watak bohsia dalam filem Remp-It, Julia Hana, 31, seolah-olah menyepikan diri daripada bidang lakonan.

"Saya lebih suka mendiamkan diri dan bersikap 'low profile', sekali gus meredakan kontroversi berkenaan.

"Secara peribadi saya berasa kecil hati dengan berita yang dilaporkan berhubung insiden berkenaan. Sebab itu, saya mendiamkan diri supaya orang melupakan terus cerita yang meninggalkan kesan dalam hidup saya itu.

"Nampaknya, kontroversi itu tidak berhenti setakat itu saja kerana ada pihak menjaja cerita yang saya sudah pun berkahwin sekarang dan ternyata orang masih tidak lupa cerita kontroversi berkenaan lagi.

"Saya memang tidak ingin memanjangkan cerita itu lagi kerana bagi saya perkara itu sudah pun berlalu. Sekalipun ia cerita yang pahit untuk dikenang, tetapi saya terpaksa menelannya juga.

"Sebenarnya, saya memang tidak ingin dikaitkan dengan cerita itu lagi.

"Terus terang, saya juga masih belum berkahwin seperti yang digosipkan itu," katanya.

Jika nak diikutkan, kata Julia atau nama sebenarnya, Julia Hana Kamarudin bekas anggota kumpulan Expose ini, dia sudah pun bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

"Maklumlah dalam usia mencecah awal 30-an, sudah sewajarnya saya berkahwin dan membina keluarga sendiri. Malah, emak juga sudah sering bertanya bila saya nak kahwin.

gambar bogel julia hana dengan gambar fasha sandra | Gambar Bogel Artis Malaysia"Sebenarnya, saya sudahpun mempunyai teman istimewa sejak lebih setahun lalu.

"Saya memang nak kahwin sekarang, tetapi terpaksa akur, jodoh kami belum sampai lagi. Sebagai wanita, saya lebih selesa jika pihak lelaki yang memulakannya dahulu," katanya.

Bercerita lanjut mengenai teman istimewanya itu, kata pelakon seksi dari dari Kuala Kangsar, Perak ini, buat masa sekarang, dia belum bersedia untuk mendedahkan nama dan identiti jejaka istimewa itu.



"Si dia, ahli perniagaan berdarah Melayu-Belanda yang baru menetap di negara ini. Kami jarang berjumpa kerana masing-masing ada komitmen tersendiri.

"Saya sudah mengenalinya sejak 15 tahun lalu, tetapi hubungan kami serius baru lebih setahun. Memang, si dia lebih muda daripada saya kerana usianya lewat 20-an, namun saya yakin kami memang mempunyai keserasian untuk melayari bahtera rumah tangga bersama kelak.

"Jika ditakdirkan kami ada jodoh dan dia tidak mahu menetap di negara ini, saya sanggup mengikutnya berpindah ke Belanda kerana dia juga warganegara sana," katanya.

Tambah Julia lagi, dia mengakui sukar untuk mengekalkan perhubungan dengan mana-mana lelaki sebelum ini. "Mungkin kerana saya saya banyak sangat dikaitkan dengan gosip dan kontroversi dulu sebab itu lelaki yang berkawan dengan saya pun berasa tidak yakin untuk meneruskan hubungan kepada tahap lebih serius.

"Justeru, saya mengharapkan hubungan kali ini berkekalan hingga ke jenjang pelamin nanti," katanya.

Julia ditemui pada majlis doa selamat penggambaran filem Remp-It Nan Sempit di pejabat MIG Production, baru-baru ini.

Sekalipun tidak banyak publisiti mengenai dirinya dipaparkan di akhbar sejak kebelakangan ini, Julia tetap tidak pernah putus menerima tawaran berlakon.

"Mungkin saya tidak ada projek filem baru lagi, tetapi tawaran berlakon drama tetap ada.

"Antaranya untuk saluran RTM dan Astro Ria. Drama untuk saluran Astro berjudul Katsarin (sebanyak 26 episod) terbitan Nuad Production dan satu lagi projek telefilem untuk Astro.



"Projek filem pula, selepas berlakon sebagai artis undangan dalam filem ketujuh, Senario The Movie: Episode 1, saya juga terbabit dalam projek filem pendek untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Apa yang menarik, selain berlatih membawa senjata, saya membawa watak askar wanita yang bekerja sebagai GRO pada waktu malam dalam filem itu. Ia juga berdasarkan dari kisah benar yang difilemkan.

"Saya juga baru menerima skrip untuk projek drama terbitan Tall Order Production yang dimiliki pelakon Hans Isaac," katanya.

Mengenai wataknya dalam filem terbitan MIG, Remp-it Nan Sempit arahan Ahmad Idham, Julia berkata, ia sekadar penampilan istimewa saja.

"Saya terima tawaran buat cerita itu kerana ia ada kesinambungan dengan filem Remp-It dulu. Watak utama kali ini diterajui pelakon meningkat naik, Shaheizy Sam dan Intan Ladyana.

"Watak saya kali ini memang tidak mencabar kerana saya bawa watak wanita yang sudah berkahwin bernama Ika, isteri kepada Macha yang juga bekas Mat Rempit (lakonan Cat Ruffedge)," katanya.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Julia Hana dengan teman belanda | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top