728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

02 May 2009

Jue Aziz-Tolak gelaran artis simbol seks | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Jue Aziz-Tolak gelaran artis simbol seks | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of CelebritiesJue Aziz-Tolak gelaran artis simbol seks | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities










Ramai peminat tahu Jue digosipkan dengan Shawal AF5, kemudian dia mengaku intim dengan aktor Hans Isaac

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba telinga penulis 'dihujani' dengan maklumat terbaru, khabarnya pelakon seksi, Jue Aziz bermain cinta dengan Hans Isaac yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), sekali gus menenggelamkan gosipnya bersama bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Mohd Shawal Ruslan.

Sebelum ini desas-desus mengatakan dia dengan Shawal adalah pasangan bercinta kerana mereka pernah dilihat kerap keluar makan bersama.

Agak mengejutkan apabila menerima gosip mengatakan kira-kira dua minggu lalu, Hans ke set penggambaran drama terbaru lakonan Jue, Orang Minyak Naik Minyak di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sama ada Hans sekadar bergurau atau tanpa berselindung, dia khabarnya turut memberitahu krew yang berada di situ, Jue adalah kekasihnya! Jue dan Hans juga dikatakan kelihatan mesra sebagai pasangan kekasih.

Bagi merungkai persoalan ini, kesempatan bertemu Jue pada satu majlis makan malam baru-baru ini digunakan dengan sebaiknya apabila dia berjaya 'diterjah' dengan gosip terbaru ini. Apakah benar Jue kini bertakhta di hati Hans?

“Memang Hans ada bertemu saya di set penggambaran, baru-baru ini. Saya akui, berkawan rapat dengan Hans selepas putus cinta dengan Jehan (Miskin). Saya selesa berkawan dengan Hans kerana dia seorang yang caring. Namun, perhubungan kami tidak lebih daripada seorang teman baik. Terus terang saya katakan, saya belum bersedia dengan cinta, berilah saya ruang waktu lagi sebelum bertemu cinta baru.

“Seperkara lagi, saya tidak suka mempermainkan perasaan orang. Kalau kawan saya katakan kawan, tapi kalau kekasih, saya tidak berselindung. Justeru, antara saya dan Hans sekadar kenalan rapat, kawan kekal kawan. Tidak ada hubungan istimewa antara kami. Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak yang salah sangka mengenai persahabatan kami,” kata Jue tanpa berselindung dan lebih senang berterus-terang.

Akui serasi dengan Shawal

Bagaimana pula dengan desas-desus yang turut mengaitkan Jue dengan Shawal, Ally Iskandar TV3 dan terbaru bersama aktor kacak, Fahrin Ahmad apabila ada sumber memberitahu, anda khabarnya pernah dilihat keluar bersama lelaki berprofil tinggi itu?

“Shawal saya kenal ketika kami sama-sama menjayakan rakaman Muzikal Raya tidak lama dulu. Kami boleh ‘ngam’ kerana sekepala. Tak ada nak ‘control-control’ atau plastik. Shawal seorang yang kelakar, tapi sama seperti Hans, hubungan kami tidak lebih daripada seorang kawan. Ally pula kawan berborak, dia seorang pendengar yang setia. Tak ada apa-apa pun yang istimewa dalam persahabatan kami.

“Fahrin, saya dah lama mengenali dirinya. Ketika saya mengenali Ako (Mustapha) dulu, dalam masa sama, saya turut mengenali dirinya. Saya akui, memang kami pernah keluar makan bersama. Tapi, tidak ada sebarang perasan yang wujud antara kami. Sehingga hari ini, antara saya dan Fahrin, kami kekal sebagai kawan baik.

Justeru, adakah Jue ingin memberitahu, anda masih solo selepas putus cinta dengan Jehan dan bagaimana perasaan anda apabila ada suara nakal yang melabel Jue sebagai play girl?

'Saya bukan playgirl!'


"Tolong, saya bukan play girl! Maksud play girl, apabila bercinta dengan seseorang, dalam masa sama dia turut bermain cinta dengan lelaki lain, tapi saya bukan begitu! Pastinya selepas saya putus cinta, tidak ada sesiapa yang istimewa di hati saya.

“Saya berani beri jaminan, semua lelaki yang pernah dikaitkan dengan saya sejak akhir-akhir ini, sekadar kawan biasa. Saya tidak mudah terima cinta sewenang-wenangnya. I learnt from bad experience,” kata Jue lagi.

Lari daripada persoalan cinta, Jue turut dijolok soalan pedas, adakah dia bangga dengan gelaran aktres simbol seks Malaysia memandangkan susuk tubuhnya yang ‘menggiurkan’ itu dan mendapat perhatian ramai lelaki?

“Saya tak pernah anggap diri saya sebagai artis simbol seks Malaysia. Tapi, apabila orang tengok air muka dan bentuk tubuh saya, mereka mula melemparkan pelbagai tanggapan negatif. Saya pakai baju kurung pun, orang masih melihat saya seksi. Pun begitu, saya hargai pemberian Tuhan, terpulang kepada orang ramai nak menilai saya dari sudut positif atau sebaliknya.

“Bagi saya, fizikal luaran sekadar bonus, yang penting untuk masa depan ialah hati perlu bersih dan menggunakan akal fikiran dengan bijak supaya orang boleh menghormati kita seadanya. Saya bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit menjayakan produk mereka, tapi saya tetap berhati-hati terima tawaran supaya mereka tidak mengeksploitasikan diri saya,” kata Jue mengakhiri perbualan.

Info Jue Aziz

NAMA PENUH: Zuliana Ab Aziz

TARIKH LAHIR: 18 Februari 1983

KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik

DARAH CAMPURAN: Mamak dan Bugis (ayah), Cina dan Belanda (ibu)

PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahawanan dari Kolej Stamford

PENCAPAIAN: Pemenang tempat ketiga, Malaysian Most Beautiful 2006

FILEM: Anak Mami The Movie dan Tipah Tertipu

DRAMA: Dua Hati, Impak Maksima The Series, Manjalara, Jangan Main Belakang, Rahsia Cinta dan Orang Minyak Naik Minyak

PENGACARA TV: e@9 (TV9) dan Gedik Samba (TV3)

TEATER: Naga Chini dan Impak Maksima (bakal dipentaskan)

# Lokasi: Tropicana Golf & Country Resort, Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, Selangor (03 7804 8888)

# Terima kasih: Pengurus Besar, Tropicana Golf & Country Resort, Herman Tan

# Pakaian: Noor Arfa Batek Sdn Bhd

# Terima kasih: Shabri Saad (019 299 3809)

# Solekan & dandanan: Midah Khan (012 653 9559)

[sumber]
Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jue Aziz-Tolak gelaran artis simbol seks | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top