728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 May 2009

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK


Sinopsis

Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti.

Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK

Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK

Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.

Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.

Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK

[sumber]

4 negara tempah congkak

Mencipta kelainan dan mengambil risiko ini, buah tangan MIG Productions Sdn Bhd (MIG) tampil berbeza apabila filem seram terbarunya, Congkak mengangkat Nanu Ba harudin, Riezman Khuzaimi, Erin Malek dan Erynne Erynna sebagai pelakon utama sambil dibantu Rusminah Sidek dan M Rajoli sebagai pelakon undangan.

Pastinya strategi ini ada sebabnya mengapa Ahmad Idham selaku pengarah berani menggunakan percaturan ini untuk memasarkan filem ke-23 terbitan MIG. Belum pun di tayangkan, Congkak melakar sejarah buat MIG dan industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem dengan pem bukaan paling besar dengan tayangan serentak di 70 pawagam seluruh Malaysia bermula 17 April serta ditempah pengedar dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Kata hero filem ini, Riezman, dia percaya masyarakat mahu menonton jalan cerita filem ini dan bukannya pelakon filem. Lagipun dia mengakui, pelakon Congkak bukanlah berada di tahap populariti tinggi jika dibandingkan dengan pelakon lain.

“Filem seram sebegini tidak memerlukan pelakon ramai kerana kekuatannya terletak pada jalan cerita. Cuma dari segi cabarannya, pelakon perlu memberikan komitmen penuh dan menunjukkan yang terbaik kerana hanya empat orang saja menjadi teraju utama.

“Dari segi untungnya pula, kita boleh buat ikut kepala kita kerana orang tidak dapat bandingkan lakonan kita dengan pelakon lain kerana wataknya kecil tidak seperti filem lain apabila orang akan bandingkan lakonan hero utama dengan hero kedua.

“Bagi saya, nama Congkak itu sendiri pun sesuatu yang unik dan menjadi tanda tanya penonton untuk mengetahui apa yang ada di sebaliknya. Jadi dengan promosi berterusan dan komitmen semua pihak, saya yakin filem ini mampu men capai sasaran penerbit, David Teo untuk mengutip RM10 juta termasuk tayangan luar negara,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Riezman yang memegang watak Kazman berkata, pada mulanya, dia tidak percaya kepada hantu dalam cerita ini dan sering mengambil mudah mengenai benda ghaib, tetapi apabila ‘terkena’ kepada keluarganya sendiri, barulah dia rasa tekanan dan berubah untuk melindungi keluarga.

Bagi Nanu yang memegang watak Sufiah pula, dia tidak mempunyai masalah untuk menjiwai karakternya dalam filem ini kerana sering membawa watak ibu dan isteri sebelum ini. Malah dia tidak takut dari segi kemungkinan ‘dirasuk’ kerana ramai orang di lokasi, cuma takut dari segi lakonan, bimbang tidak dapat memenuhi kehendak pengarah.

“Saya tidak pernah berlakon filem seram sebelum ini dan pertama kali berkerja dengan Ahmad Idham serta sangat tertarik dengan skrip Congkak. Saya tidak banyak buat kajian, cuma baca skrip saja. Saya tidak mahu terikut serta tertiru dengan filem lain dan mahu cipta identiti tersendiri.

“Apa yang menarik lagi, kami mempunyai keserasian yang cukup baik sesama pelakon dan kru. Plot cerita ini sudah bagus, jadi ia tidak perlu kepada pelakon yang ramai. Dari segi cabaran, saya ada juga tanya pendapat orang bagaimana orang dirasuk dan kata mereka, orang dirasuk matanya melihat ke atas,” katanya.

Kata Nanu lagi, dia teruja apabila mendapat tahu Congkak akan ditayangkan ke luar negara dan terdetik juga rasa gusar mendengar sasaran kutipan RM10 juta oleh penerbit. Ba ginya, kekuatan filem ini juga banyak dibantu dari segi kesan bunyi selain teknik fotografi.

Sementara itu, Erin Malek sebagai Ely berkata, dalam filem ini dia menjadi anak yang membuat hal sendiri dan me mentingkan diri sendiri. Apabila berlaku peristiwa misteri di banglo barulah dia berubah dan rapat dengan keluarga. Malah tema Congkak sendiri yang menitikberatkan kesatuan ke luarga walau apapun terjadi sampai kepada matlamatnya.

“Ini kali pertama saya berlakon filem seram dan menjadi remaja bandar. Sebelum ini, saya banyak diberikan watak kampung dan berlakon untuk zaman terdahulu seperti 80-an dan sebagainya.

“Dari segi lakonan, Congkak memerlukan saya berper watakan serius, banyak fokus dan mengutamakan ekspresi muka. Saya rasa takut sangat apabila babak kena tarik tangan dan membuat beberapa kali latihan supaya nampak spontan dan penonton terkejut.

“Untuk menjiwai filem ini pula, saya baca skrip seorang diri dan apabila di set banyak bertanya dengan orang. Saya sebenarnya suka menonton cerita hantu, tapi takut,” ka tanya.

Berkongsi pendapat sama, pelakon cilik Erynne Erynna yang memegang watak Lisa pula berkata, Congkak filem kedua dijayakannya selepas Cinta. Lisa yang kini berusia 11 tahun mula berlakon sejak usia lapan tahun.

“Saya seronok sangat berlakon Congkak kerana ceritanya berbeza dengan yang lain sebelum ini. Malah pengarah dan pelakon lain banyak memberikan tunjuk ajar. Saya sendiri pun suka menonton cerita hantu.

“Masa lakonan, tengok Mak Mah (Ruminah Sidek) mekap pun saya sudah takut, jadi masa babak Mak Mah tarik saya, perasaan saya takut sangat masa itu dan suara dia pun pelik. Saya juga perlu fokus dan buka mata besar waktu main congkak supaya nampak ‘real’ dan pernah satu babak saya rasa sejuk sangat sehingga naik bulu roma,” katanya.

Congkak karya penulis skrip muda berbakat besar, Pierre Andre yang juga penulis skrip Jangan Pandang Belakang (JPB) cuba menyajikan sesuatu yang lebih bermutu dan pastinya lebih menyeramkan. Congkak yang menelan belanja produksi sebanyak RM1.8 juta termasuk kos promosi men jalani penggambaran di Perlis.

Ia mengisahkan sebuah keluarga yang mengalami peristiwa pelik ketika bercuti di sebuah banglo di tepi tasik. Kejadian pelik semakin dirasai apabila setiap malam mereka men dengar ada orang bermain congkak sehingga menimbulkan persoalan kepada mereka. Sekiranya JPB mengisahkan saka dan cara mengubatinya, Congkak pula menceritakan soal ‘penunggu’.

Apakah sejarah sebenar banglo berkenaan dan dapatkah Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula? Segalanya bakal terungkai dalam Congkak yang akan menjengah di pawagam bermula 17 April ini.

Oleh Mohd Nasif Badruddin

[sumber]


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

rahsia clickbank



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top