728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

11 May 2009

Isu foto bogel, aksi seks artis tempatan | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Isu foto bogel, aksi seks artis tempatan | Gambar Seksi Artis Dulu | Isu Artis Malaysia Berpakaian Seksi Berkemban | ARTIS GLAMER | www.artismelayu.net | Artis Kahwin| | Gossip Artis Hollywood - Malaysia - Indonesia |PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
DALAM dunia politik semasa ketika ini masih hangat diperkatakan mengenai kontroversi foto separuh bogel seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Anggota Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong. Sebelum ini juga sudah ada isu mengenai video seks beberapa ahli politik lain yang menyebabkan ada antara mereka meletak jawatan dalam kerajaan dan parti.

Isu foto atau video aksi bogel membabitkan penggiat seni atau mereka yang berkecimpung dalam industri hiburan bukannya perkara baru. Ini berikutan pada awal 1990-an sudah tersebar mengenai foto seorang pelakon popular ketika itu hinggakan beliau dikatakan digam oleh RTM dan pada penghujung 1990-an, satu lagi kontroversi berlaku membabitkan seorang anggota kumpulan muzik popular apabila kononnya foto aksi lucah dirinya dengan seorang penyanyi disiarkan dalam internet, kemudian kontroversi itu senyap begitu saja kerana ia didapati bukan foto sebenar mereka.

Namun, pada pertengahan dekad ini sesuatu yang lebih menggemparkan berlaku apabila aksi seks seorang dramatis wanita bersama teman lelakinya ketika itu, tersebar dalam internet dan dicetak menerusi cakera padat video (VCD) menyebabkan pelakon itu ‘menghilangkan diri’ beberapa tahun dan wajahnya selepas itu langsung tidak lagi muncul dalam mana-mana filem atau drama TV. Kemudian tahun lalu pelakon itu sudah memberanikan diri muncul di khalayak peminatnya dan media massa, malah kini sudah kembali

diterima berlakon drama meskipun tidak ada kenyataan rasmi beliau pernah digam stesen TV sebelum ini.

Tahun lalu juga foto bogel mengenai seorang pelakon baru wanita tersebar dalam internet, selain beberapa foto lain membabitkan artis yang beraksi keterlaluan meskipun ia bukan ke tahap bogel. Begitu juga sebelumnya, kisah seorang pelakon filem wanita popular yang juga dramatis terkenal terheret dalam satu kes klip video aksi bogel apabila kediamannya diletakkan kamera tersembunyi, sekali gus menyebabkan ia menjadi kes di mahkamah.

Satu lagi pula isu mengenai seorang peserta rancangan realiti TV popular juga dikaitkan dengan foto bogel hingga menyebabkan beliau menarik diri daripada meneruskan pertandingan.

Kecuali kes yang dibawa ke mahkamah oleh pelakon filem terbabit, kes foto bogel dan aksi seks artis ternyata bagaikan cuma panas seketika kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan polis. Apa yang menariknya untuk diperkatakan di sini ialah dua perkara - mengapa foto bogel atau aksi seks mereka boleh dirakamkan oleh mereka mereka? Satu lagi isu, mengapa ada pihak lain yang boleh menyebarkan rakaman foto dan video aksi mereka itu, atau mudah cakap bagaimana pihak lain itu boleh mendapatkan salinan rakaman aksi berkenaan hingga disebarkan menerusi internet atau klip dalam telefon bimbit?

Isu foto bogel dan aksi seks membabitkan artis tempatan terutama artis Melayu dan beragama Islam sudah lama menjadi bualan masyarakat tetapi selalunya ia tidak dipanjangkan kerana aksi bogel dan seks yang membabitkan mereka selalunya dianggap keterlaluan untuk diperkatakan dalam media massa, selain untuk menjaga nama baik artis berkenaan. Selalunya artis yang terbabit juga akan menghilangkan diri dalam industri hiburan buat tempoh tertentu dan kemudian baru berani untuk muncul kembali.

Moral ceritanya, sama ada ahli politik mahupun artis, kita harus berhati-hati dalam setiap gerak geri apatah lagi kalau sengaja membiarkan diri dirakam dalam keadaan bogel atau suka-suka untuk merakam aksi seks untuk tatapan peribadi. Memang ia adalah hak peribadi tetapi jika sudah tersebar meluas hingga kepada pengetahuan orang ramai, ia memang malu besar dan perit untuk ditanggung.... mungkin akan menjadi sejarah hitam sepanjang hayat seseorang.

Bezanya dengan artis di Barat yang tidak kisah beraksi bogel kerana artis kita berada di Malaysia, sama seperti beberapa negara Asia yang lain - hidup dalam lingkungan masyarakat yang memegang nilai agama, kepercayaan pada budaya murni dan kesopanan serta berpegang pada maruah. Apabila mereka terkenal dan popular, ia tentunya memberi kesan cukup besar pada diri mereka yang terbabit.

Namun, sebenarnya makin ramai anggota masyarakat kini semakin terhakis pegangan itu kerana sudah banyak aksi seks dan bogel membabitkan mereka yang bukan selebriti kini terpampang dalam internet dan ada kalanya aksi dipapar itu walaupun ada pihak seronok tetapi ia ‘menakutkan’.

Oleh Akmal Abdullah

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
animated
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Isu foto bogel, aksi seks artis tempatan | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top