728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 January 2007

Isteri tak berminat lakukan seks | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Isteri tak berminat lakukan seks | Oral Seks & Hukumnya | Seks Video | Hubungan Seks | YouTube-seks |  Rahsia Seks | 3GP Melayu | Seks Hebat |Rahsia-rahsia seks | Seks Melayu Malaysia | Diranjang.com | Seks Bomba | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA
Saya bapa kepada empat anak dan bakal menimang cahaya mata kelima. Perkahwinan saya sudah berusia 18 tahun.

Masalahnya, isteri saya dingin dalam hubungan seks terutama sejak mengandung anak kelima ini. Sikapnya amat mendukacitakan saya, sehinggakan saya terasa seolah-olah mati pucuk. Jika ingin bersamanya, dia langsung tidak berminat untuk mengadakan hubungan seks.

Sejak kebelakangan ini, saya tidak dapat mengawal nafsu seks untuk bersetubuh. Paling trauma saya kerap bermimpi keluar mani (seperti baru baligh).

Saya juga mengalami tekanan jika tidak mengeluarkan mani sehinggakan seluruh badan saya sakit terutama pada bahagian pinggang. Jadi untuk meredakan kesakitan saya terpaksa melakukan onani untuk memuaskan nafsu seks.

Adakah saya tergolong dalam lelaki yang kuat seks? Apakah kesannya pada zakar saya jika kerap melakukan onani? Betulkah jika air mani kita tidak keluar begitu lama badan kita akan terasa sakit?

SUAMI RESAH | Pulau Pinang.

———————————————-

HUBUNGAN seksual menyeronokkan kedua-dua pasangan jika itu yang dihajatkan. Kepada individu yang memang bersemangat dalam aspek hubungan syahwat, dia akan bersemangat dan seronok jika hajatnya untuk bersetubuh tercapai.

Tanda-tanda seperti lenguh badan, sakit kepala, sakit belakang dan kurang mood akan muncul. Ada juga lelaki yang mengalami kesakitan pada buah zakar seperti rasa kencing tak lawas.

Bagaimanapun, semua ini akan hilang jika dia mencapai klimaks akibat onani. Tanda-tanda yang dialami sebelum itu ialah kesan tekanan atau stress kerana tidak dapat melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Apabila dia mendapat kelegaan sama ada melalui onani atau mimpi basah, dia akan rasa selesa seketika dan selagi perkara ini tidak dapat penyelesaian, tanda berkenaan akan berulang.

Jika anda dan isteri bekerjasama mengatasi masalah ini, tekanan sekarang tidak akan berterusan dan terkawal. Anda juga perlu tahu hubungan seks sememangnya memerlukan tenaga dan tahap kesihatan yang sempurna.

Bagi wanita, mood adalah penting. Dalam keadaan letih selepas seharian bekerja termasuk menguruskan rumahtangga dan anak, wanita kebiasaannya tiada tenaga untuk suaminya.

Keadaan mungkin boleh berubah jika anda membantu mengurangkan beban pengurusan rumahtangga dan memberi layanan yang baik.

Mood isteri boleh berubah dan dia boleh memberi layanan yang diidamkan suami dan dirinya tanpa melakukannya sebagai satu tanggungjawab.

Ada banyak cara wanita boleh memuaskan suami tanpa bersetubuh seperti mengurut dan membelai anggota kemaluan suami sehingga klimaks.

Nafsu syahwat atau naluri seksual adalah anugerah Tuhan. Keperluannya juga berbeza bagi lelaki dan wanita. Soal kuat seks tidak timbul. Apa yang penting ia terkawal dan dilakukan tanpa mengikut hawa nafsu.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Isteri tak berminat lakukan seks | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top