Breaking News

Hukum sanding | Persediaan kahwin, adab dan adat, rukun kahwin, bakal pengantin

SAYA hendak melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, tetapi saya musykil mengenai hukum sebenar majlis persandingan sepertimana yang biasa dilakukan orang Melayu. Adakah benar adat seperti menepung tawar, melontar beras, merenjis air mawar dan lain-lain itu menyerupai amalan penganut Hindu?

Jika begitu, adakah ini bermakna amalan yang dilakukan masyarakat kita selama ini dianggap tidak betul dan menyimpang daripada syarak? Bolehkah Datuk jelaskan perkara ini?

IBNU HASHIM

Sepang

Paling penting dalam perkahwinan ialah mencari keberkatan dan mengelak perkara yang bertentangan dengan agama. Ini kerana perkahwinan ialah ibadat dan satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Adat sesuatu kaum dan masyarakat memang diiktiraf oleh agama asalkan ia tidak bercanggah dengan tuntutan agama.

Sebahagian daripada amalan masyarakat kita yang disebut tadi berasal daripada budaya luar, sebahagiannya pula menganggap ia menjadi budaya Melayu. Apapun, sebaik-baiknya lakukan yang wajib dan sunnah saja seperti dituntut dalam agama.

Jika ada rasa syubhah dan kurang jelas, elakkan saja mana-mana adat. Nabi Muhammad SAW mengajar kita dalam sabda baginda yang bermaksud: “yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, bagaimanapun antara kedua-dua tadi ada perkara yang tidak jelas dan meragukan. Barang siapa mengelakkan dirinya daripada perkara yang ragu ini, dia memelihara dirinya.”

dijawab oleh DR.MASHITAH JAWAB bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
animated

No comments