Breaking News

Hubungan hambar suami isteri | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Hubungan hambar suami isteri | Oral Seks & Hukumnya | Seks Video | Hubungan Seks | YouTube-seks |  Rahsia Seks | 3GP Melayu | Seks Hebat |Rahsia-rahsia seks | Seks Melayu Malaysia | Diranjang.com | Seks Bomba | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA
Masalah seks antara punca utama keretakan rumah tangga

HUBUNGAN seksual dan perasaan syahwat adalah fitrah serta naluri semula jadi makhluk Tuhan. Memenuhi tuntutan atau keperluan itu, pasangan lelaki dan perempuan yang diikat dengan perkahwinan, mempunyai hak dan kebebasan untuk berinteraksi secara fizikal antara satu sama lain.

Ini penting kerana hubungan intim seks dapat mengeratkan pasangan berkenaan dan ia satu kepuasan dalaman bukan saja dari segi rangsangan anggota, malah secara dalaman. Ini bermakna kepuasan syahwat adalah perkara yang dikehendaki kedua-duanya sama ada suami mahupun isteri. Jika suami atau isteri tidak menikmatinya maka hubungan seksual yang terjalin boleh menjadi hambar dan bukanlah mustahil ia boleh memberikan tekanan.

Perunding Klinikal Andrologi, Prof Emeritus Dr Mohd Ismail Tambi, berkata perkara seumpama itu perlu ditangani sebelum menjadi isu yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga kerana keintiman hubungan seks seharusnya berlaku apabila kedua-dua pasangan dalam keadaan selesa, lega, sejahtera dan mesra.

Oleh itu, katanya, kedua-dua pasangan perlu bekerjasama untuk menikmati keintiman seksual secara terbuka dan interaktif, barulah mereka dapat menghayati keseronokan serta kebahagiaan syahwat yang berpanjangan.

“Keintiman seksual adalah keperluan semula jadi dan jika dinafikan atau tidak dapat dipenuhi dengan baik, ia boleh memberikan tekanan. Bagi menangani masalah itu pasangan terbabit boleh mendapatkan kaunseling daripada pakar atau jika perlu membuat rawatan perubatan yang kini ada pelbagai kaedah diperkenalkan untuk mengatasi masalah seksual,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Bengkel Kaunseling Perkahwinan Dan Seksualiti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Bengkel bertemakan, Seksualiti Murni Keluarga Harmoni itu dianjurkan oleh USIM bersama Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Antara matlamatnya ialah memberi kemahiran kaunseling khusus kepada kaunselor yang berhadapan dengan pelbagai ragam kes masalah perkahwinan dan seksualiti.

Dr Ismail yang membincangkan tajuk Ketidakfungsian Seks, Ketagihan Seks dan Ketidakupayaan Seks Serta Kaedah Rawatannya Melalui Pendekatan Bersepadu Psikososial dan Perubatan, berkata walaupun hubungan seksual boleh terjalin secara semula jadi atau automatik, ia mungkin boleh dikawal.

Antara yang mengawal fungsi kesihatan seksual individu termasuklah kesejahteraan psikologikal, hubungan pasangan, pengalaman dilalui, masalah kesihatan dan juga faktor gaya hidup seseorang itu.

“Kegagalan atau ketidakupayaan untuk melakukan persetubuhan memang suatu dilema yang amat menekan pasangan suami isteri. Untuk itulah pasangan perlu tahu apakah masalah sebenar yang mempengaruhi atau menjadi penghalang kepada mereka ketika menjalinkan hubungan dan mendapatkan kepuasan hubungan seksual. Misalnya, pengalaman atau sejarah masa silam seperti penderaan seksual yang pernah dihadapi pasangan boleh menyebabkan pasangan takut untuk bersama.

“Begitu juga keadaan kesihatan fizikal pasangan, contohnya pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menjejaskan prestasi atau menggugat fungsi kesihatan seksual ketika melakukan hubungan intim. Selain kemampuan fizikal, amalan tidak sihat dalam gaya hidup seperti minum arak turut menjejaskan fungsi ereksi,” katanya.

Dr Ismail berkata, ketidakfungsian seksual boleh berlaku sama ada pada lelaki mahupun wanita. Bagi lelaki lazimnya, masalah seksual dihadapi ialah masalah impoten dan gagal mengenali peringkat praklimaks. Masalah impoten yang dihadapi, misalnya boleh menyebabkan wanita berasa kekok apabila berdampingan dengan pasangannya kerana lelaki terbabit tidak menunjukkan tanda semula jadi rangsangan seksual. Masalah cepat klimaks pula selagi tidak dapat dikawal, selagi itulah lelaki berkenaan akan mengalami masalah untuk bersetubuh dengan pasangannya.

Bagi wanita, katanya, masalah biasa dihadapi antaranya ialah ketidakfungsian orgasma dan vaginismus iaitu terdapat kekejangan pada otot vagina yang mengelilingi bukaan serta menyebabkannya mengalami kesakitan ketika melakukan hubungan seksual.

“Ada wanita menyayangi pasangannya, tetapi tidak mahu melakukan hubungan seksual kerana mungkin tidak dapat menahan kesakitan dialami ketika bersama atau ada faktor lain yang membuatnya menolak. Untuk itulah dalam memenuhi keperluan syahwat, pasangan perlu peka dengan keadaan pasangannya.

“Harus juga diingatkan, keperluan dan kehendak syahwat antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Bagaimanapun, pasangan yang prihatin mengenai kehendak syahwat pasangannya, keadaan boleh di ubahsuai mengikut kemampuan kesihatan masing-masing,” katanya.

Beliau tidak menafikan, jika keperluan seks pasangan keterlaluan, pasangannya yang sukar untuk menunaikan kehendak itu akan berasa tertekan dari segi mental dan emosi. Akibat tiada tolak ansur dalam hubungan seksual rumah tangga turut bergolak sehingga membawa perceraian.

Dr Ismail menasihatkan, pasangan suami isteri yang berhadapan dengan masalah seksual dan tidak mampu mengatasi sendiri digalakkan menghadiri sesi kaunseling.

Pendekatan atau teknik PLISST (Permission, (P), Limited Information (LI), Specific Sugesstions (SS) dan Intensive Therapy (IT) akan digunakan untuk mengendalikan masalah seksual mereka. PLISST ialah satu model pendekatan bimbingan yang boleh digunakan untuk mengendali kes disfungsi seksual secara komprehensif. Melalui model berkenaan bimbingan sosial dan rawatan intensif boleh digabungkan sekali.

Beliau turut berpendapat, peranan doktor juga penting dalam membantu mengatasi masalah seksual yang dihadapi pasangan terbabit, khususnya bagaimana untuk membuatkan pesakitnya bersedia berkongsi cerita secara terbuka atau berterus terang dengan masalah membelenggunya.

Kenal pasti punca masalah

HASIL penyelidikan kaunseling perkahwinan mengenai krisis rumah tangga, mendapati masalah seksual dihadapi pasangan suami isteri adalah antara punca penyebab utama sehinggakan ada yang membawa perceraian.

Masalah seksual yang dihadapi pasangan suami isteri itu merangkumi pasangan bernafsu tinggi atau sebaliknya, pasangan berasa tidak puas, pasangan menghindari seks dan bersikap dingin, takut atau fobia serta takut mengandung.

Ketua Eksekutif Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Norazman Amat, berkata antara kes pernah dirujuk dan dikendalikan ialah pasangan yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, tetapi isteri mengadu masih belum mengecapi kehidupan bersama seperti suami isteri.

Norazman berkata, selepas disiasat dan dikaji sebab musabab serta mencari puncanya barulah diketahui bahawa perkahwinan yang dibina bukanlah atas kehendak pasangan berkenaan, sebaliknya diaturkan oleh orang tua mereka. Suami terbabit mengakui, tidak boleh menerima isterinya apatah lagi untuk bersama walaupun mereka sudah pun bernikah secara sah selama tiga tahun.



“Perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku kepada pasangan suami isteri lebih-lebih lagi tempohnya cukup panjang. Jika tidak suka dan tidak penuhi impian, suami janganlah menyeksa isteri kerana adalah hak isteri untuk mendapat nafkah batin daripada suami. Seandainya tanggungjawab itu tidak disempurnakan ia boleh dikatakan menyeksa isteri berkenaan,” katanya ketika membincangkan tajuk, Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti Menurut Perspektif Islam.

Norazman berkata, selain itu ada juga isteri mengadu tidak mampu memenuhi kehendak batin suami yang mempunyai nafsu begitu tinggi. Isteri mengadu, dirinya cukup terseksa kerana tidak mampu melayan gelora nafsu suami akibat pengambilan ubat yang merangsang tinggi keinginan seksualnya.

Katanya, dalam membantu merungkai masalah yang dihadapi pasangan suami isteri, kaunselor perlulah bijak memainkan peranan. Apatah lagi tujuan kaunseling perkahwinan adalah untuk membina perhubungan yang produktif dan mengubah keadaan intrapsikik, di samping mempengaruhi pasangan agar berubah serta mengatasi agenda peribadi demi kebaikan rumah tangga.

Norazman berkata, apa yang lebih penting setiap pasangan perlu ketahui dan menyedari bahawa dalam melayari rumah tangga, ia bukan sekadar berkisar hubungan seksual saja, sebaliknya ada banyak tanggungjawab lain. Walaupun menjalinkan hubungan seksual adalah fitrah semula jadi manusia, dalam mencapai kebahagiaan hidup sebagai suami isteri beberapa perkara lain perlu diambilkira dan diberikan pertimbangan.

“Fitrah manusia hidup berpasangan. Tetapi dalam mencapai impian untuk membina keluarga bahagia, pasangan itu perlulah juga tahu falsafah dan tujuan perkahwinan serta peranan yang masing-masing perlu tunaikan. Jika perkahwinan itu dibina sekadar untuk mengisi fitrah semata-mata, ia boleh mencapai peringkat bosan pada suatu masa nanti. Akhirnya, ia boleh meruntuhkan rumah tangga,” katanya.

Beliau berkata, lazimnya krisis rumah tangga bermula dengan kerenah iaitu terbentuknya sikap yang mula menimbulkan masalah. Kemudian, ia menjadi kemelut apabila berlakunya keadaan yang membingungkan pasangan dan tidak diluahkan dengan cara baik.

Bertitik tolak daripada permasalahan itulah timbulnya konflik yang mula menunjukkan tanda perselisihan dan apabila krisis tidak dapat dibendung lagi, bukanlah mustahil jika rumah tangga dibina itu berakhir dengan kesudahan masing-masing ingin berpisah.

Justeru, katanya adalah lebih baik pasangan mengenali tanda-tanda dan punca krisis antara mereka. Tanda-tanda krisis itu antaranya ialah sering mengkritik pasangan, menyimpan perasaan bertimbun dan suka merungut dengan mengaitkan pelbagai alasan. Punca krisis pula termasuklah dari segi komunikasi dan tanggungjawab yang tidak dipenuhi.

“Memperkatakan masalah hubungan seksual tidak dinafikan, masyarakat masih bersikap tabu dan malu untuk bercakap berterus terang kepada pasangan biarpun sudah menjadi suami isteri. Tetapi kena ingat, pasangan tidak tahu apa yang pasangannya hendak jika tidak dinyatakan. Perkara yang kecil boleh menjadi besar jika keinginan tidak dipenuhi. Oleh itu jangan simpan perasaan dan pasangan perlu sedar bahawa konflik dalaman yang tidak selesai boleh mengusutkan lagi masalah mereka,” katanya.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank

No comments