728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

20 May 2009

Hollywood: Rachel Weisz bangga tayang tubuh | Hollywood Gossip - Celebrity News, Pictures, and Rumors

Hollywood: Rachel Weisz bangga tayang tubuh | Hollywood Gossip - Celebrity News, Pictures, and Rumors
Aktres jelita, Rachel Weisz yang dikenali menerusi filem The Mummy pada 1999 diikuti sekuel The Mummy Returns (2001), The Constant Gardener dan Constantine (2005) percaya dia mahu mencuba lakonan baru yang dapat meninggalkan impak kepada diri dan peminat.

Menerusi filem terbaru lakonannya, Agora yang mengambil latar cerita abad keempat di Mesir, menyaksikan dia diberi kepercayaan membawakan watak ahli falsafah dan astronomi Greek iaitu Hypatia. Dalam memberikan cabaran kepadanya, dia akui bersedia melakonkan dua adegan berbogel yang dikehendaki dalam filem ini.

Katanya, dia tidak mempunyai masalah untuk berbogel malah sanggup menunjukkan seluruh tubuhnya sebagai tontonan umum di pawagam. Menerusi filem bergenre sejarah, pengembaraan dan romantik arahan Alejandro Amenabar, dia berbogel ketika keluar dari bilik mandi dan satu adegan lain menyaksikan watak Davus lakonan aktor Max Minghella mendekatinya sambil membawa tuala mandi.

“Sudah tentu saya tidak akan menggunakan badan pelakon pembantu untuk melakonkan adegan ini. Apa yang dipertontonkan adalah badan saya sendiri. Walaupun saya pernah terfikir dengan bentuk badan yang mungkin nampak gemuk ketika berbogel, ia sebenarnya tidak berlaku ketika beraksi depan kamera.

“Sebelum ini, saya mengamalkan senaman yoga dan mengelak makanan ringan untuk membantu mendapat bentuk tubuh yang lebih cantik. Biarpun watak saya ini dikelilingi hamba abdi lelaki, apa yang saya tahu, watak ini masih dara hingga menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Mengenai plot penceritaan, watak Hypatia mempunyai kaitan dengan hambanya sendiri, Davus dan pelajar Orestes (Oscar Isaac). Turut menyelitkan elemen cinta, ketiga-tiga watak ini berdepan cinta tiga segi. Di sebalik kisah cinta, filem ini juga menggambarkan kehidupan hamba abdi ketika itu termasuk penindasan terhadap wanita.

“Saya berpandangan penindasan wanita masih berlaku masa kini membabitkan beberapa negara di Timur Tengah. Ada wanita yang dilayan seperti warga kelas kedua hingga pendidikan mereka diketepikan seperti di Afghanistan. Hakikatnya, masih banyak negara di dunia ini yang melayan wanita dengan cara tidak sepatutnya,” katanya.


Bercerita pengalaman berlakon filem ini, Rachel menyatakan ia menilai aspek keadilan antara lelaki dan wanita. Untuk mendapat penghayatan watak yang mendalam, dia mendapat pandangan ibu saudaranya, Judith Weisz yang bekerja sebagai profesor bahagian endrocrinology yang berkaitan penyelidikan kanser.

“Watak saya digambarkan tidak berputus asa walaupun bekerja dengan lelaki. Pengalaman sebegini dikongsi Judith yang mula bekerja selepas tamat pengajian di kolej. Katanya, dia tidak mempercayai lelaki yang mahu memberi ruang pada wanita sepertinya untuk berjaya,” katanya.

Selain filem Agora, Rachel juga akan muncul dengan empat filem baru yang masih dalam proses pembikinan iaitu The Lovely Bones, Unbound Captives, Luna dan The Whistleblower.

Untuk filem Unbound Captives yang menggunakan latar 1859, Rachel bergandingan dengan Hugh Jackman dan Robert Pattinson yang mengisahkan ketabahan wanita meneruskan kehidupan selepas suami dibunuh dan dua anaknya diculik.

Tahun ini, Rachel, 37, bersama Adrien Brody dan Mark Ruffalo muncul dengan filem baru, The Brothers Bloom yang mula ditayangkan 15 Mei lalu.

Filem arahan Rian Johnson ini membawa plot penceritaan mengenai Penelope Stamp (lakonan Rachel) yang menyertai kumpulan dianggotai Bloom (Brody) dan Stephen (Ruffalo) menjalankan pelbagai kerja menipu untuk mendapat wang.

“Menerusi filem ini, saya perlu belajar banyak perkara yang menampakkan lakonan seolah-olah berkebolehan bermain pelbagai jenis muzik seperti piano dan gitar termasuk bijak dalam penipuan permainan daun terup.

“Saya hanya mempunyai masa selama dua minggu untuk membiasakan diri dengan aktiviti ini kecuali permainan daun terup yang mengambil masa latihan hingga sebulan.

“Apa yang dipertontonkan adalah suatu yang berbeza daripada apa yang pernah ditampilkan dalam filem sebelum ini. Dari aspek lakonan, saya masih selesa berlakon filem mahupun drama.

“Jika boleh, saya ingin terbitkan satu drama mengisahkan kehebatan wanita yang mampu melakukan sesuatu perkara luar biasa dan kuat semangat untuk mengatasi segala masalah.

“Cerita seperti kehebatan seseorang yang berani lebih menarik untuk dikongsi bersama penonton selain kisah peribadi saya sendiri,” katanya.




>Profil

NAMA: Rachel Hannah Weisz

TARIKH LAHIR: 7 Mac 1971

ASAL: London, England

UMUR: 38 tahun

KERJAYA: Pelakon dan model

FILEM: Death Machine, Stealing Beauty, Chain Reaction, Going All The Way, Bent, The Mummy, The Mummy Returns, Constantine, Eragon, The Brothers Bloom dan Agora

DRAMA: Dirtysomething, Inspector Morse, Sweating Bullets, The Scarlet And The Black, White Goods, Seventeen dan Tube Tales

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]






  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Hollywood: Rachel Weisz bangga tayang tubuh | Hollywood Gossip - Celebrity News, Pictures, and Rumors Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top