728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

26 May 2009

Gambar Akhil Hayy Dan Waheeda Di Tepi Pantai | PERKAHWINAN ARTIS MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebriti

KUALA LUMPUR: Selepas pendedahan mengenai masalah rumah tangga mereka pada Ahad lalu, penyanyi dan penceramah, Akhil Hayy tidak menghubungi isterinya berhubung isu itu.

Isterinya, Maizawati Zainal, 33, berkata dia tidak tahu di mana Akhil berada, malah suaminya itu tidak menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan walaupun selepas kisah rumah tangga mereka didedahkan media massa.

Dia bagaimanapun tidak mahu memanjangkan lagi isu itu kerana sudah menyerahkannya kepada peguam.


“Kalau ada apa-apa pun biarlah di Mahkamah Syariah Ipoh pada 2 Jun nanti,” katanya yang dihubungi semalam.

Harian Metro semalam melaporkan Maizawati mendedahkan Akhil pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi, Waheeda dan meminta izin untuk berkahwin.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” katanya.

Maizawati dilaporkan berkata, dia mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media, tetapi tekad tidak mempercayai apa yang dipaparkan kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Akhil.

Bagaimanapun, kesabarannya sampai ke penghujung apabila Akhil tidak pulang ke rumah sejak Februari lalu dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri.

Cubaan Harian Metro untuk mendapatkan sebarang komen daripada Akhil juga gagal walaupun telefonnya berdering.


Spekulasi mengenai hubungan Akhil yang juga dikenali sebagai Ustaz Rock dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda kembali panas apabila Maizawati membuat pendedahan menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, kelmarin.

Baru-baru ini, gosip mengenai hubungan dua penyanyi itu timbul semula selepas gambar mereka di pantai tersebar di Internet.

Sementara itu, Waheeda menerusi sebuah portal berita dilaporkan meminta supaya jangan bertanyakan isu berkenaan kepadanya.

Dalam kenyataan ringkas itu, Waheeda hanya meminta isu terbabit dirujuk kepada orang terdekat dengan Maizawati.

[sumber]


Gambar Kontrovesi Akhil Hayy Dan Waheeda Di Tepi Pantai
Ekoran dari pengakuan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengenai perceraian mereka semalam, Harian Metro hari ini terus bongkar cerita tentang punca keretakan rumahtangga pasangan itu.

Dedah Maizawati, suaminya pernah mengakui perhubungannya dengan “penyanyi wanita itu” malah diminta izinnya untuk berkahwin. Walaupun diizinkan Maiwazati kerana mempercayai suaminya mampu serta boleh berlaku adil, namun menurutnya, tidak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum.


“Mungkin pihak di sana tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.”

Ditanya mengapa jika sudah rela dirinya di madukan, sekarang dia ingin pula menuntut cerai, Maizawati menjelaskan, “Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka ada ibu tiri.”

Tambahnya lagi, suaminya tidak memberitahu di mana dia tinggal serta apa yang dilakukannya. Kali terakhir Akhil pulang ke rumah adalah pada Februari lalu.

“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan diambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu."

Gambar Kontrovesi Akhil Hayy Dan Waheeda Di Tepi PantaiGambar Kontrovesi Akhil Hayy Dan Waheeda Di Tepi PantaiGambar Kontrovesi Akhil Hayy Dan Waheeda Di Tepi Pantai
Akhirnya, keutuhan perkahwinan Akhil Hayy dan isteri Maizawati Zainal yang dibina selama 14 tahun, dimana mereka dikurniakan enam orang anak, ditundukkan juga oleh gosip-gosip tentang perhubungan Akhil dan Waheeda.

Sekuat mana pun penafian mereka, jelas perkembangan terbaru ini seakan mengiakan desas-desus yang sudah bertiupan sejak beberapa tahun ini tentang perhubungan antara pendakwah bebas dan penyanyi itu.

Dalam akhbar Harian Metro hari ini, Maizawati yang telah selama ini mendiamkan diri, akhirnya tampil ke depan untuk mengumumkan perpisahannya dari Akhil dan kes perceraian mereka akan dibicarakan pada 2 Jun ini.


Katanya, jodoh diantara mereka sudah tiada dan dirasakan apa yang berlaku atas ketentuan Allah SWT dan untuk kebaikan mereka bersama.

“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya.

“Tiba masanya saya tampil memberi penjelasan supaya masyarakat memahami apa yang berlaku. Tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya selepas ini,” jelas Maizawati yang turut memberitahu dia percaya bila diberitahu Akhil tidak berkahwin dengan Waheeda.


Gambar Kontrovesi Akhil Hayy Dan Waheeda Di Tepi Pantai

Gambar Kontrovesi Akhil Hayy Dan Waheeda Di Tepi Pantai
[sumber]
[photo]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]






  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Ishhh...

    ilang respekku pada 2 org insan bergelar penyanyi nasyid ini ..

    nmpk sosial gak depa ni .. what is this ??

    ReplyDelete

Item Reviewed: Gambar Akhil Hayy Dan Waheeda Di Tepi Pantai | PERKAHWINAN ARTIS MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebriti Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top