728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

24 May 2009

Engku Aleesya | Anak Erra Fazira dan Engku Emran | PERKAHWINAN ARTIS MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Gambar Engku Aleesya | Anak Erra Fazira dan Engku Emran | PERKAHWINAN ARTIS MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
DALAM majlis aqiqah dan cukur jambul Engku Aleesya pada Sabtu lalu, kumpulan marhaban Sautul Ijtihad melagukan puji-pujian untuk memuji-muji Nabi junjungan S.A.W.

Antara intisari marhaban yang dinyanyikan itu adalah agar cahaya mata pasangan Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran itu, apabila dewasa nanti, bakal menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Mengambil iktibar tersebut, Engku Emran memasang hajat agar anak perempuannya fasih berbahasa Cina dan sebanyak mungkin bahasa lain.

"Kami berharap Aleesya menguasai bahasa lain. Lagi banyak bahasa, lagi bagus. Saya berharap anak kesayangan kami boleh bertutur dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan lain-lain.

Gambar Engku Aleesya | Anak Erra Fazira dan Engku Emran | PERKAHWINAN ARTIS MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
Untuk itu, kami bercadang mendaftarkannya di sekolah Cina bagi peringkat sekolah rendah. Selepas itu, baru Aleesya dihantar ke sekolah biasa (di peringkat sekolah menengah)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu berakhir.



Engku Emran memberitahu, beliau dan isterinya bukan sahaja telah mula menabung untuk membiayai persekolahan Aleesya kelak bahkan membuat penyelidikan terhadap peluang pendidikan.

Malah, Erra memberitahu, mereka bercadang menghantar anaknya ke pra-sekolah apabila berumur tiga tahun nanti.

ALEESYA CEBURI HIBURAN?

Mengenai harapan kedua-dua ibu bapa terhadap kerjaya Aleesya kelak, Erra sejujurnya berkata, dia tidak berharap anaknya berkecimpung dalam dunia seni.

"Pun begitu, sebagai ibu, saya tetap sokong apa-apa minat dia. Seandainya Aleesya benar-benar berminat, kita sokong apa-apa yang diminatinya," ujarnya.

SIBUK TETAPI GEMBIRA LIHAT RAGAM ANAK

Gambar Engku Aleesya | Anak Erra Fazira dan Engku Emran | PERKAHWINAN ARTIS MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
Ditanya mengenai kehidupannya selepas bergelar ibu, Erra berkata, kehidupannya sekarang sangat sibuk.

"Walaupun bercuti, saya berasa masa sentiasa tidak mencukupi. Memang penat (menjaga Aleesya) tetapi seronok," akuinya.

Menurut Erra, dia telah serasi dengan ragam permata hatinya yang akan menginjak usia dua bulan.

Katanya, bulan pertama adalah tempoh paling sukar kerana Aleesya kerap menangis dan ini memeningkannya.

"Bagaimanapun, ibu saya dan ibu mertua saya banyak membantu kami menjaga Aleesya secara bergilir-gilir," katanya.

Secara berseloroh, Engku Emran mencelah, dia kini menguruskan rumah dengan membasuh pinggan mangkuk, menukar lampin, membancuh susu dan membersihkan kotoran anaknya.

Bagi Ketua Pegawai Operasi Suria FM itu, sebagai ayah, kehadiran Aleesya dalam hidup mereka banyak mengajarnya erti kesabaran dan tidak mementingkan diri sendiri.

"Ia adalah pengalaman paling berharga yang tidak boleh ditukargantikan dengan apa-apa pun. Kalau boleh selepas kerja, saya ingin menghabiskan masa lapang bersama Aleesya dan isteri," katanya.

ERRA BERLAKON SEMULA 25 JUN

Gambar Engku Aleesya | Anak Erra Fazira dan Engku Emran | PERKAHWINAN ARTIS MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
Ekoran kesibukan menjaga permata hati, bilakah pelakon dan penyanyi popular ini akan 'all out' (berkecimpung sepenuhnya) kembali ke persada dunia hiburan?

"Erra akan mula berlakon dalam sebuah drama Astro arahan Rashid Sibir pada 25 Jun ini. Bukanlah soal 'all-out', tetapi adalah tanggungjawab yang perlu Erra laksanakan bersama Astro mengikut perjanjian sebelum ini.

"All out balik bekerja tidaklah, kerana saya masih kena menyusukan bayi. Mungkin saya akan all out menguruskan badan sebelum tarikh tersebut," katanya sambil menambah dia telah bercuti sejak Januari lalu.

Untuk kembali langsing, Erra berkata, dia akan kembali aktif menjalani latihan di gimnasium dan mendapatkan rawatan tubuh badan dengan menggunakan produk kecantikan dan pelangsingan badan tajaan Slimworld.

Ditanya apakah perasaannya jika meninggalkan Aleesya untuk urusan kerja kelak, Erra mengakui, dia berbelah bagi kerana masih menyusukan bayi kesayangannya.

"Tinggalkan 2 atau 3 jam pun saya sudah risaukan Aleesya, apatah lagi perlu menyusukan anak saya," ujarnya. Katanya lagi, Aleesya diberikan susu ibu dan susu formula bayi.

Jika tuntutan kerja memerlukannya mengembara jauh, Erra berkata, dia akan cuba mengelakkan komitmen tersebut.

"Kalau terpaksa, kena heret bapanya sekali. Kalau tidak, bapa yang kena jaganya," katanya.

[sumber]


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]








  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Engku Aleesya | Anak Erra Fazira dan Engku Emran | PERKAHWINAN ARTIS MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top