728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

07 May 2009

Diet bersama Chris Hoy | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA

Diet bersama Chris Hoy | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA
CHRIS Hoy, pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008 dalam acara berbasikal trek, mendedahkan bagaimana diet seimbang menjadi kunci utama kejayaannya selama ini.

Pelumba berusia 33 tahun itu mengakui selepas menerima banyak undangan parti berikutan kejayaannya di Beijing, dia 'melupakan' seketika diet seimbang dan akhirnya menyedari tahap tenaganya mula merudum.

"Saya berasa lembap dan mudah terdedah kepada kesejukan. Sama ada anda sedari atau tidak, jika anda makan dengan betul anda berpeluang untuk mengelakkan diri anda daripada penyakit," katanya.

Berikut adalah panduan Hoy untuk memperbaiki diet dan rutin latihan anda.

1) Cuba cari keazaman anda. Untuk cergas dan makan dengan betul bukanlah mudah. Tapi akhirnya apabila anda mula melihat perubahan, anda akan berasa kesan daripada pencapaian dan penyempurnaan.

2) Jangan memilih untuk berubah dengan serta-merta. Memang ada banyak jalan pintas tapi akhirnya kembali kepada sikap buruk. Jika anda perlu melakukan sesuatu, anda harus bermula daripada keputusan akhirnya.

3) Jangan melakukannya dengan segera. Jika anda menyesuaikan diri dengan diet seimbang dan bersenam secara beransur-ansur, anda boleh mengekalkannya dalam tempoh yang panjang. Sering kali mereka melakukannya dengan secara paksa dan akhirnya gagal. Mula awal dan bentuknya secara perlahan-lahan dan anda akan rasai faedahnya.

4) Simpan diari pemakanan. Tulis semua yang anda makan. Apabila ianya berada dalam bentuk hitam putih, anda akan berfikir dua kali untuk memilih makanan yang tidak sihat.

5) Jangan terlepas sarapan pagi. Ia adalah hidangan paling penting bagi satu-satu hari. Mulakan hari anda dengan hidangan menyihatkan - saya mengambil Bran Flakes yang penuh dengan fiber dan memberikan kita tenaga. Jika anda melupakan sarapan, anda akan kebulur.

6) Makan sikit tapi kerap. Ia akan mengawal metabolisma anda. Memang bagus makan banyak kali dan berhenti apabila anda kenyang.

7) Ia mengenai keseimbangan. Jika anda menjaga diri anda, ia memang bagus sekalipun anda mengambil makanan secara kerap. Ia bukannya mengenai menghukum diri anda sendiri.

8) Jika anda berapa lapar antara hidangan, bar coklat bijiran adalah bagus. Anda boleh membawanya dalam poket atau beg tangan anda. Makan sedikit tapi selalu. Jangan tunggu hingga anda terlalu lapar dan berhenti makan sebelum anda berasa benar-benar kenyang.

9) Mengambil air yang mencukupi adalah kritikal. Kadang-kadang anda berasa lapar kerana anda sebenarnya dahaga. Jika anda minum teh dan kopi anda mungkin berasa sudah pulih tapi adalah bagus membawa sebotol air dan berterusan minum.

10) Makan secara betul dan bergerak selalu boleh memulihkan kehidupan anda. Tumpuan anda akan lebih baik dan anda berasa lebih berwaspada. Anda tidak perlu menjadi seorang atlit Olimpik untuk mendapat faedah daripada diet seimbang kerana ia akan membolehkan anda berasa lebih selesa dalam kehidupan seharian.

[sumber]
Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
animated
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Diet bersama Chris Hoy | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top