728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

03 May 2009

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online



Cerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | Syamsul Yusof | Nabila Huda | Diana Danielle | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online
Bukan mudah menjadi anak orang ternama. Apa yang diusahakan pasti menerima pandangan sinis umum. ‘Jika bukan bersandarkan ayah ibunya, mampukah dia mencipta kejayaan yang serupa?’ – persoalan pertama yang terlintas di fikiran ramai.

Bila Syamsul Yusof, anak kepada pelakon, pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam, tampil dengan filem pertamanya ‘Evolusi KL Drift’ tahun lalu, kemampuannya sebagai seorang pengarah dipersoalkan.

Walaupun filem tersebut berjaya merangkul kutipan sebanyak RM4.5juta, ramai yang melihat kejayaannya sebagai ‘beginner’s luck’. Ujian sebenar Syamsul sebagai seorang pengarah akan dilihat dengan pencapaian filem keduanya ‘Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’.

Cerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | Syamsul Yusof | Nabila Huda | Diana Danielle | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema OnlineTayangan perdana ‘Bohsia’ telah diadakan Isnin lalu bertempat di GSC Mid Valley. Bagi mereka yang mungkin was-was untuk membelanjakan wang RM10 untuk menonton filem ini yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 April ini, GUA sarankan pergi saja. Anda tidak akan menyesal. Selain lakonan mantap Salina Saibi, Shaheizy Sam dan Nabila Huda, jalan ceritanya bukan sahaja menarik tetapi mesej yang ingin disampaikan juga cukup dalam.

Cerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | Syamsul Yusof | Nabila Huda | Diana Danielle | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema OnlineCerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | Syamsul Yusof | Nabila Huda | Diana Danielle | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online
Tak Takut Rating 18PL
Idea dan karya sutradara sendiri, Syamsul memberitahu walaupun isu bohsia bukan sesuatu yang baru namun ia kurang diberi perhatian. Melihat generasi muda sebagai “tanggungjawabnya”, pemuda yang bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-25 ini telah ‘turun padang’ ke Dataran Merdeka untuk mengenali dengan lebih dekat mereka yang dikenali dengan label ‘mat rempit’ dan ‘bohsia/bohjan’.

Cerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | Syamsul Yusof | Nabila Huda | Diana Danielle | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online
“Bukan semuanya jahat. Mereka baik sebenarnya dan mereka mempunyai pandangan tersendiri tentang dunia dan kehidupan,” katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran ‘Evolusi KL Drift 2’.

Jika ingin memaparkan realiti kehidupan ‘mat rempit’ serta ‘bohsia/bohjan’, bak kata Syamsul, dia perlu berani menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku walaupun ia mungkin dilihat sebagai tidak sesuai untuk tontonan umum. Walaupun tiada babak yang dipotong Lembaga Penapisan Filem, namun ia telah di klasifikasikan sebagai 18PL yang bermakna filem tersebut ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks.

Cerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | Syamsul Yusof | Nabila Huda | Diana Danielle | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online
“Saya tidak takut rating 18PL akan menghadkan segmen masyarakat yang dibenarkan menonton filem ini. Saya percaya pada rezeki. Dan sebenarnya, apa yang terjadi di dunia realiti lebih teruk dari apa yang saya paparkan.”

Oleh itu, bagi mereka yang mengharapkan satu ‘happy ending’, bersedia untuk dikecewakan. Menurut Syamsul, buat sebuah filem seperti ‘Bohsia’, satu pengajaran perlu di sampaikan.

“Takkan nak enjoy saja sampai habis. Saya ingin menampilkan sebuah filem yang bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu membuat penonton berfikir dan saya merasakan mereka sudah bersedia (untuk menerima pengakhiran cerita yang sedih).”

“Single and ready to mingle”

Ketidakhadirannya ketika tayangan perdana ‘Bohsia’ seperti sudah dapat dijangkakan. Namun, menurut Syamsul, ia bukan disebabkan “mmm mmm” tetapi kerana Diana Danielle perlu melaporkan diri ke kem.

“Tambahan pula, dia juga tidak sihat. Saya terkejut bila mendapat tahu yang dia pengsan pada majlis post-party Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Apa yang berlaku itu sudah berlalu. Kami masih kawan.”

Ditanya perasaannya menonton Diana di dalam ‘Bohsia’, memainkan watak Aisyah, gadis yang disukai karektornya, Muz (ketika penggambaran mereka masih lagi berpacaran), kata Syamsul, “No, it wasn’t weird. I okay saja. It’s professional.

Cerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | Syamsul Yusof | Nabila Huda | Diana Danielle | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online
“Sejujurnya, kami masih lagi kawan. Dia mempunyai kariernya sendiri, begitu juga saya. Dan di masa hadapan jika ada watak di dalam filem saya yang sesuai dengannya, why not? Industri kita kekurangan pelakon-pelakon wanita.”

Tambahnya, dia senang dengan kehidupannya kini. Fokusnya pada kerja tetapi seperti muda-mudi lain, dia juga mempunyai masa untuk bersuka ria - “I work hard, I party hard.”

“I’m happy with life. I’m single and ready to mingle. Saya ada keluarga dan sekumpulan kawan baik yang menyayangi dan menyokong saya. Saya cuba untuk menjadi insan, lelaki, anak, teman lelaki, pengarah dan pelakon yang lebih baik. Dan ya, saya sedang mencari cinta tetapi bukannya seorang teman yang istimewa atau calon isteri, just as friends.” [sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

animated
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | Movie Trailer, Hot Movie, Latest Movie, Cinema Online Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top