728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 May 2009

Berkhatan sunnah nabi | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

Berkhatan sunnah nabi | Anak - Freddie Aguilar | Anak Rangkuman | Anak (song) | Rahsia Anak Dara | Nama-nama Islam | Nama-nama Anak | Nama Bayi Indonesia | Nama Bayi Jawa | Himpunan Nama-nama Pilihan | Nama-nama Bayi | Himpunan Nama Nama Indah Dalam Islam | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA
SAYA ingin tahu apa hukumnya jika tidak mengkhatankan (sunat) bayi perempuan yang baru lahir. Adakah ini sekadar adat? Saya juga pernah bertanya kawan dan mendapati ada yang mengkhatankan bayi perempuan dan ada yang tidak berbuat demikian.

Selain itu, apakah hukumnya jika membuat kenduri cukur jambul bagi bayi yang dilahirkan? Kawan ada mengatakannya bidaah kerana mengikut agama Hindu.

IELA ISMAIL
Kuala Lumpur
JAWAPAN

Khatan adalah perkara yang termasuk dalam sunnah Nabi Muhammad SAW. Bagi seorang lelaki, ia bertujuan membuang najis dan mendapatkan kebersihan sempurna untuk solat, manakala bagi seorang perempuan bagi tujuan menambah kelazatan hubungan kelamin.

Isu yang selalu dibangkitkan ialah kerana cara khatan berkenaan melampau batas dan tidak mengikut syariat. Di Malaysia, mengkhatan kanak-kanak perempuan beragama Islam dibuat mengikut prinsip yang berlandaskan perubatan Islam.





Ibnu Taimiyyah pernah ditanya: “Apakah wanita itu dikhatankan atau tidak?” Beliau menjawab: “Ya, wanita itu dikhatankan dan khatannya adalah dengan memotong daging paling atas yang mirip balung ayam jantan (daging di sebelah atas faraj - kelentit),” katanya.

Jelas daripada hadis ini hanya sedikit dan tidak menyakitkan seperti yang dilakukan di sebahagian tanah Arab.

Adalah sunat bagi bayi yang dilahirkan dicukur rambutnya dan ditimbang rambut berkenaan untuk disedekahkan harga emas seberat rambut.

Inilah yang disunatkan, selain daripada itu tidak disebut dalam hadis dan urusan fiqah.

KEMUSYKILAN DR.MASHITAH JAWAB oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri


[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Berkhatan sunnah nabi | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top