728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

07 May 2009

David Beckham nafi curang | Hollywood Gossip - Celebrity News, Pictures, and Rumors

Mariann Fogarassy | David Beckham nafi curang | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
RUMAH tangga bintang England dan AC Milan, David Beckham bergolak apabila dia didakwa cuba mengurat model jelita Hungary, Mariann Fogarassy.

Kisah kecurangan Beckham didedah sendiri model berusia 22 tahun itu yang mendakwa pemain berkenaan mempelawanya ke parti ketika mereka bertemu pada perlawanan membabitkan Milan di Budapest, dua minggu lalu.

"Beckham memicit lembut siku saya dan tersenyum," katanya. "Kemudian saya memasukkan kad saya ke dalam poketnya. Saya tahu dia dapat rasa tindakan saya memasukkan kad itu.

"Malah saya menerima satu emel hari ini yang menyatakan jika saya berada di Milan minggu depan (lalu), saya dipelawa menghadiri parti kelab itu. Nasib saya baik kerana saya ada tugasan model di Milan minggu itu."

Menurutnya, ketika bertemu Beckham, dia yang memakai jersi Milan memasuki stadium bersama kru sebuah stesen televisyen Itali.

Namun, wakil Beckham menafikan pemain tengah Milan berusia 33 tahun yang berkahwin dengan bintang pop, Victoria Beckham, 35, itu pernah bertemu Mariann.

"Cerita itu tidak betul," kata jurucakap itu kepada akhbar Daily Star. "Saya berada di sana dan tiada sebarang interaksi antara Beckham dan wanita itu di stadium.

"Selain itu, tiada parti diadakan di Milan. Wanita itu sengaja mengada-adakan cerita bagi mencari publisiti."

Ini dakwaan terbaru mengaitkan Beckham dengan wanita lain. Victoria masih memendam perasaan marah apabila Beckham didakwa curang terhadapnya dengan mengadakan hubungan sulit bersama bekas pembantu peribadi, Rebecca Loos ketika menyarung jersi Real Madrid pada 2004.

Apa yang menarik dakwaan Mariann itu hadir sehari selepas Victoria membatalkan rancangannya mengadakan parti meriah untuk meraikan ulang tahun ke-10 perkahwinan mereka, 4 Julai depan.

Perkahwinan mereka dilanda tekanan akibat keputusan Beckham menyertai Milan. Victoria dikatakan menganggap Beckham lebih mengutamakan kerjaya bola sepak dan Milan mengatasi kepentingannya dan anak-anak yang masih menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Bekas penyanyi kumpulan Spice Girls itu pada awalnya merancang bersama rakan-rakan selebritinya - Jennifer Lopez, 39, Eva Longoria Parker, 34, Katie Holmes, 30, dan Heidi Klum, 35 - untuk mengadakan parti besar-besaran sebagai medan terbaik menafikan kritikan yang meramalkan perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama.

"Berada berjauhan daripada Beckham menyukarkan mereka. Beckham merindui tiga anaknya dan masih tidak faham mengapa Victoria tidak mahu berpindah ke Milan bagi membolehkan mereka sekeluarga tinggal bersama," kata satu sumber.

Begiutupun, sumber yang sama berkata, meskipun tidak mengadakan parti besar-besaran seperti dirancang, namun pasangan itu masih akan meraikan ulangtahun perkahwinan tapi majlis berskala kecil.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
animated
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: David Beckham nafi curang | Hollywood Gossip - Celebrity News, Pictures, and Rumors Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top