728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

14 May 2009

Apa lelaki mahu? | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA

Apa lelaki mahu | Rahsia Senjata Lelaki | Fisiologi Lelaki | Lelakionline.com | sensasilelaki.com | Rahsia Seksual Lelaki | HanyaLELAKI.com | Buku-lelaki | Rahsia Seks Lelaki Maskulin | rahsiazakar.com | Rahsia Kebahagiaan Lelaki | rahsialelakiwanita.com | MALE of Style , man or male, aura, matured, health LELAKI
PERSOALAN yang sering bermain di fikiran wanita moden - apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan, adakah hanya wanita yang merana kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?

Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan yang semakin goyah, hanya wanita bertaruh nyawa demi mempertahankan hubungan.

Lelaki semakin ‘berubah rupa’, tidak lagi mempertaruhkan kesetiaan sedangkan sebelumnya tugu cinta sentiasa ampuh.

Keadaan ini menghantui sebahagian wanita yang belum mampu memahami sikap teman lelaki atau suami.

Lebih membingungkan, wanita tidak faham apa yang lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.

Renung perkara berikut, mungkin ia merungkai kebingungan wanita mengenai lelaki:

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.

Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan? Jauh di sudut hati, lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia serta boleh berkongsi hal peribadi.

Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.

Mereka suka wanita lemah lembut, penyayang, matang, belas ihsan namun berpendirian teguh, tegas, berdikari serta bijaksana.



Teman yang tegas jadi penyokong

Lelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.

Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik antara ciri yang sangat penting. Lelaki suka memiliki wanita yang menyokong mereka dan bukannya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.



Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.

Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka. Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.



Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Anda mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan. Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.



Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.

Pada usia 30-an, lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.

Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.

Begitupun, peringkat kematangan lelaki ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Anonymous2:12 PM

    just nak tau.....seandainya suami sudah malas utk menyelasaikan semua permasalahan yang timbul...adakah perkawinan itu boleh diselematkan lagi...

    ReplyDelete

Item Reviewed: Apa lelaki mahu? | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top