728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

15 May 2009

Anak siapakah mereka? | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

Anak siapakah mereka | Anak - Freddie Aguilar | Anak Rangkuman | Anak (song) | Rahsia Anak Dara | Nama-nama Islam | Nama-nama Anak | Nama Bayi Indonesia | Nama Bayi Jawa | Himpunan Nama-nama Pilihan | Nama-nama Bayi | Himpunan Nama Nama Indah Dalam Islam | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA
JAM hampir pukul 12.30 malam. Saya dalam perjalanan pulang setelah selesai memenuhi tanggungjawab menyiapkan tugasan bulanan yang wajib disempurnakan.

Singgah di sebuah pasar raya berhampiran rumah yang menjalankan perniagaan sehingga awal pagi untuk membeli sedikit barang, saya ternampak ada sebuah rumah kedai dipenuhi remaja lelaki dan perempuan.

Biarpun perasaan tertanya-tanya apa yang mereka buat di situ, saya menyelesaikan dulu urusan membeli barang.

Di kaunter pembayaran, saya bertembung dengan dua remaja perempuan. Berpakaian seksi, blaus sendat, skirt pendek yang juga sendat dengan rambut perang berbelang-belang. Telinga pula sarat dengan subang pelbagai bentuk sehingga ke bahagian atas cuping. Menjeling ke arah mereka, saya mengurut dada.

Mereka menunggang motosikal. Sebaik masuk ke kedai itu, kedua-duanya kelihatan tergamam. Di jari masing-masing terselit puntung rokok yang masih berapi sementara dari hidung dan mulut jelas kelihatan asap yang berkepul-kepul, sengaja dibuat-buat untuk nampak lebih stailo.

Gaya mereka merokok dan berpakaian menjawab segala pertanyaan saya. Di kaunter, salah seorang daripadanya menunggu sehingga saya selesai membayar. Kemudian dengan perlahan saya dengar mereka meminta, “bagi rokok kotak besar…’’

Kedua-duanya tidak lagi memandang ke arah saya dan saya juga berpura-pura tidak memandang dan tidak melihat mereka. Tapi si lelaki pemilik pasar raya itu tersipu-sipu melayani kerenah remaja tersebut yang pada saya memang telah biasa ‘mengunjungi’ kedainya.




Gaya mereka menggatal menjadikan saya makin meluat.

Tidak sampai 10 minit, kedua-dua remaja itu hilang. Dalam jarak 500 meter, saya ternampak mereka berhenti di sebuah rumah kedai yang pintunya separuh terbuka. Cahaya lampu pula suram-suram. Sekali lagi hati saya tertanya-tanya, apa yang dibuat oleh mereka di dalam rumah kedai itu?

Rasa ingin tahu melonjak-lonjak. Sebaik menghidupkan enjin kereta saya terfikir, kenapa tidak saya mengintip gerak geri mereka dan melihat apa yang sebenarnya berlaku.

Setelah berfikir saya nekad, saya lalu berpusing keluar tetapi tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mengambil jalan luar dan kembali melalui jalan berlawanan dengan tempat saya lalu tadi.

Saya berhentikan kereta di satu tempat parkir yang agak jauh, lebih kurang 200 meter dari rumah kedai tersebut. Yang penting saya nampak dengan jelas apa yang berlaku.

Selesa dengan lokasi, saya mematikan enjin kemudian menutup lampu kereta. Misi saya berjaya dan sangkaan saya menjadi kenyataan.

Rupanya di situlah remaja di kawasan taman perumahan itu yang tidak bersekolah dan tidak melakukan apa-apa, berhimpun sampai malam sehingga ke pagi, bermain snuker, dam, menari, mendengar muzik dan entah apa lagi yang saya tidak nampak dengan jelas di dalamnya.

Sedihnya kebanyakan mereka berusia belasan tahun. Masih muda dan mentah.

Setengah jam memerhati, saya nampak kebanyakan mereka berpasangan. Di kaki lima kedai, di atas jalan, berpuluh-puluh buah motosikal boleh dilihat di kawasan itu.

Suasana dalam rumah kedai itu meriah, sesekali kedengaran bunyi muzik dan gelak ketawa remaja tersebut. Botol dan tin minuman bersepah-sepah.

Sedihnya, tidak ada langsung perasaan malu di kalangan mereka. Remaja lelaki dan perempuan tanpa segan silu berasmara secara terbuka. Mereka duduk di kaki lima rumah kedai, di sebalik tembok dan malahan di atas motosikal juga.

Saya mengucap panjang, tidak tahu apa yang hendak dikata. Dalam hati tertanya-tanya juga, anak siapakah mereka ini? Pastinya tiada jawapan yang akan saya peroleh.

Namun, sebagai wanita dan ibu, saya dapat merasakan apa yang tidak kena dengan kehidupan anak-anak remaja ini.

Adakah mereka dari kawasan perumahan di situ atau anak-anak orang luar yang datang ke situ untuk berhibur.

Tidak kiralah anak siapa, tapi sebagai ibu bapa tidakkah mereka ada perasaan mengambil berat akan tingkah laku anak-anak mereka, ke mana mereka pergi dan dengan siapa?

Kehidupan normal, menentukan remaja tersebut berada di sekolah, di pusat pengajian tinggi atau paling tidak mengikuti kursus kemahiran untuk membina masa depan, tapi lihatlah apa yang berlaku.

Setengah jam memerhati, melihat dan berfikir saya hilang kata-kata. Sedih, sayu dan terkilan dengan nasib mereka yang diabaikan begitu rupa.

Puas hati dengan misi mengejut itu, saya menghidupkan enjin dan pulang ke rumah diiringi hilai ketawa dan bunyi pelbagai permainan ‘membazir’ yang tersaji di dalam rumah kedai itu.

Sehingga ke pagi saya tidak lelap mata memikirkan apa yang saya tengok. Berulang kali saya bangun menjenguk dua bilik sebelah yang kini kosong sekali gus terkenang empat orang anak yang kini tinggal sendiri untuk membina masa depan masing-masing. Syukur Ya Allah, dengan anugerah-Mu! Air mata saya berlinangan.

Apa yang saya paparkan bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, sekadar untuk iktibar kita bersama. Niat saya telus menyedarkan ibu bapa akan pentingnya mengawal pergerakan anak- anak, khasnya remaja agar tidak hilang dibawa arus.

Dua hari selepas menyaksikan drama tersebut, saya sempat berbual-bual dengan seorang jiran yang telah lama tinggal di kawasan tersebut. Katanya, apa yang dia tahu, kewujudan pusat tersebut telah lama disedari tetapi tidak ada tindakan setakat ini.

Kebanyakan remaja berkenaan dari luar taman perumahan tersebut. Memandangkan di tempat mereka tidak ada kemudahan tersebut, mereka setiap malam masuk ke kawasan tersebut untuk bersukaria.

Ini turut disahkan pihak pengawal yang melihat kemasukan mereka saban malam. Bukan kumpulan remaja berpasangan itu sahaja tetapi juga kumpulan bermotor yang menjadikan kawasan tersebut medan berhimpun untuk melepaskan ‘gian’ masing-masing.

Mendengar penjelasannya, saya mencadangkan supaya pihak berkuasa di kawasan perumahan tersebut khasnya persatuan penduduk mengambil tindakan segera bagi membanteras kejadian itu daripada terus berlaku. Laporan juga perlu disalurkan kepada pemaju untuk tindakan. Patutkah rumah kedai seperti itu dibiarkan beroperasi?

Yang penting, cari siapa pemilik rumah kedai yang sanggup mengaut keuntungan dengan menjadikan remaja sebagai sasaran. Mereka inilah yang harus dipertanggungjawabkan selain daripada ibu bapa.

Menutup catatan, saya tetap berpegang kepada realiti kehidupan bahawa, dalam sebuah keluarga, ibu bapa perlu memainkan peranan utama membimbing anak-anak dengan kasih sayang dan ilmu dunia dan akhirat.

Ingatlah, anak-anak ibarat kain putih, kita ibu bapa yang memberi warnanya. Jika pun warnanya telah pudar, kenapa tidak berusaha membersih dan mencantikkanya semula? Renung dan fikirkanlah!

Salam.
- NORMALA HAZMAH (kaknor@utusan.com.my)

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. sedih membaca tulisan ini..kenapa dan mengapa harus ni terjadi..iman tidak di terapkan kepada mereka ke..tp tak boleh juga di zaman sekarg kesimpulan mcm tuh..org yg di beri penuh didikan pun mcm tuh lg banyak..haih tak pahamlah..takut dengan dunia sekarng ni..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Anak siapakah mereka? | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top