728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 April 2009

Rezeki Anak Linda, Que Haidar | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Rezeki Anak Linda, Que Haidar | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2009: Biarpun asyik diserang loya-loya dan morning sickness, guru tari dan koreografer terkenal, Linda Jasmine yang kini hamil 2 bulan, tetap gagahkan diri untuk menemani suaminya, Que Haidar, ke Arena of Stars, Genting Highlands, baru-baru ini.

Ternyata pengorbanan Linda tidak sia-sia kerana Que telah berjaya memenangi hati peminat untuk dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) itu.

"Kalau hendak diikutkan, memang saya tak larat naik ke Genting. Tapi, saya cuba juga. Kebetulan masa hendak naik, keadaan saya tidaklah teruk sangat, tak mabuk-mabuk macam selalu.

"Yang peliknya, apabila sudah sampai di Genting Highlands, saya langsung tak mabuk-mabuk atau loya pula. Malah saya rasa cukup selesa pula dengan cuaca yang sejuk itu. Mungkin, ia sesuai dengan hormon badan saya ini.

"Apapun, saya cukup bangga dan gembira dengan kemenangan Que. Bagi saya bakat Que dalam bidang lakonan sangat menyerlah tapi kalau boleh, saya harap Que akan dipandang dengan lebih serius lagi," kata Linda kepada murai.com.my.

Memandangkan keadaan dirinya sudah tidak larat untuk melakukan tugas-tugas yang berat serta memerlukan rehat secukupnya, Linda berkata, banyak tawaran kerja kerja terpaksa ditolaknya.

"Sungguhpun begitu, ia memberikan satu rahmat kerana waktu mengandung inilah saya dapat buat kerja-kerja rumah yang sedah lama saya tinggalkan serta memberikan sepenuh tumpuan kepada anak lelaki saya.

"Selama ini, dia asyik kena tinggal saja. Jadi, bila melihat masa saya begitu banyak dihabiskan untuknya sekarangi, dia bukan main gembira sekali," katanya.

Sementara itu, Que pula berkata, dia sebenarnya terperanjat apabila mendengar namanya diumumkan sebagai pemenang Pelakon Filem Lelaki Popular itu.

"Selepas Rusdi Ramli menang tahun lalu, saya sangka gelaran ini akan dimenangi oleh Fahrin Ahmad pula. Saya jangkakan Fahrin kerana namanya begitu popular sejak kebelakangan ini. Ceritanya ada di mana-mana saja. Tak sangka pula, kemenangan itu berpihak pada diri saya.

"Apapun saya melihat banyak sebenarnya faktor yang membantu kemenangan saya ini. Selain filem-filem yang saya lakonkan sebelum ini, ia juga mungkin disebabkan drama yang saya lakonkan serta perkahwinan saya dengan Linda. Entahlah semua ini berlaku dengan pantas.

"Saya bercinta dengan Linda pada bulan Mei tahun lepas. Kemudian berkahwin pada 14 Februari tahun ini. Kemudian Linda pula cepat hamil dan saya pula menang anugerah ini. Semua ini rezeki Tuhan. Terima kasih kepada yang mengundi saya," kata Que.
[ sumber ]


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Rezeki Anak Linda, Que Haidar | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top