728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

24 April 2009

Mahu kahwin elak berzina | Question and ask all about marriage

Mahu kahwin elak berzina | Question and ask all about marriageSAYA berusia 24 tahun dan bekerja di sektor awam. Hubungan saya dan teman lelaki berlangsung hampir lima tahun.

Dia juga bekerja dan berkemampuan untuk berumah tangga dengan gaji yang saya kira mencukupi untuk kami berdua hidup bersama.

Saya merancang berkahwin pertengahan tahun ini untuk mengelakkan lebih banyak lagi perkara maksiat berlaku antara saya dan dia. Saya nekad berkahwin kerana tidak mahu terjerumus kepada dosa.

Kami pernah terlanjur dan saya menggugurkan kandungan kerana tidak mahu sesiapa tahu terutama keluarga.

Namun, saya tidak pernah berhenti berdoa dan solat lima waktu setiap hari untuk memohon petunjuk daripada Allah.

Masalahnya, ibu teman lelaki saya tidak mengizinkan perkahwinan dalam masa terdekat ini kerana menganggap anaknya belum cukup wang, sedangkan saya tahu tahap penyimpanan teman lelaki saya mencukupi.

Pada saya, teman lelaki saya adalah anak emak dan dia mengikut apa saja yang ibunya kehendaki. Ibunya menganggap anak lelakinya terlalu baik dan tidak mungkin melakukan maksiat, sedangkan di belakangnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Saya tidak tahan lagi dengan keadaan ini. Saya cuma ingin berkahwin dan bukannya melakukan perkara jahat. Keluarga saya mendesak untuk mempercepatkan perkahwinan tetapi ibunya tetap tidak mahu dalam masa terdekat ini.

Apa pendapat Dr? Saya sendiri tidak mahu mati sia-sia kerana maksiat dan sayang akan hubungan ini.



GADIS,

Kuala Lumpur.


ANDA hendaklah menjaga perhubungan supaya tidak lagi terjerumus dalam dosa perzinaan dan seterusnya pengguguran anak.

Batas pergaulan yang ditetapkan Islam hendaklah dipatuhi. Sekiranya tidak, anda mungkin menjadi mangsa keadaan ‘kerana sayang’ sekiranya perhubungan sebegini diteruskan. Kasih sayang tidak sepatutnya dengan menjual maruah diri.

Perkahwinan adalah jalan penyelesaian kepada masalah anak muda seperti anda berdua.

Keadaan yang berlaku pada anda perlu dibincangkan dengan ibu bapa. Mereka adalah orang terbaik dalam mencari penyelesaian kepada hubungan cinta yang sudah jauh tersasar daripada ajaran Islam.[ sumber ]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mahu kahwin elak berzina | Question and ask all about marriage Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top