728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

18 April 2009

Luqman "Teman Istimewa" Norish Karman | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

 Luqman
Ramai yang sudah pasti terbaca atau terdengar berita tentang Norish Karman yang kini sedang berpacaran dengan seorang jejaka kacukan yang lebih muda darinya setelah bercerai dengan suaminya, sembilan bulan lalu. Pria itu dikatakan abang Faradhiya, Luqman Mohamed Amir.

Di dalam akhbar Harian Metro hari ini, ibu kepada tiga anak muda ini, menjelaskan perhubungannya dengan Luqman hanya sebagai “teman istimewa”.

Sudah lama saling mengenali – keluarga Luqman juga rapat dengannya serta memahami kesusahannya sebagai ibu tunggal; anak-anaknya pun baik dengan jejaka berusia 27 tahun itu – Norish memberitahu Luqman lelaki baik yang banyak menyokong dan membantunya.

Menurutnya, dia sering keluar dengan rakan-rakan lelaki lain tetapi perhubungannya dengan Luqman yang lebih mendapat perhatian. Tentang isu mereka sentiasa kelihatan bersama untuk majlis-majlis, Norish memberitahu seringkali mereka keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Namun untuk majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 tempoh hari, hanya dua tiket yang berjaya diperolehinya.

Dan mengenai gosip yang dia dan Luqman “berpeluk manja” dan “berciuman bertubi-tubi” ketika showcase Anggun tempoh hari, Norish menjawab, “Kami bukan pasangan remaja tetapi sudah dewasa dan matang. Takkan kami buat perkara tidak senonoh di tempat terbuka dan ramai orang. Lagipun saya ada anak-anak.”


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Luqman "Teman Istimewa" Norish Karman | PERKAHWINAN, keluarga, perceraian, Engagements, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top