728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 April 2009

Ezlynn akan berkahwin ? | PERKAHWINAN artis malaysia, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

gambar rozita ezlynn
Ketika berlangsungnya acara kemuncak Mangga Star Search di Saloma Bistro baru-baru ni, terjumpalah ramai rakan artis lama yang terputus hubungan semenjak saya menceburi pula bidang pengarahan rancangan televisyen. Antara yang menarik perhatian saya petang itu adalah Ezlynn, atau Lynn yang popular menerusi lagu Hi Hi Bye Bye satu ketika dulu.

Dia masih cantik dan anggun seperti dulu, sama anggun ketika saya turut terlibat dalam pembikinan 20 Yang Anggun. Dia tidak cam saya mungkin kerana terlalu lama menghilangkan diri. Selepas menyapanya dia terkejut kerana dulu berambut kini imej botak.

"Sekarang Lynn banyak berlakon selain menjadi pengacara. Majlis Mangga Star Search ni pun Lynn jadi pengacara. Lynn juga banyak pergi casting untuk filem dan drama. Show pun banyak juga Lynn buat. Sibuklah semenjak dua ni," ujarnya apabila diajukan berita terkini tentang kariernya.

"Lynn pun dah tamat kontrak dengan KRU. Buat masa ini Lynn sedang sibuk untuk mengeluarkan single terbaru. Lynn nak cari imej baru yang sesuai untuk Lynn. Dan kalau boleh Lynn nak ubah imej lain dari yang dulu. Muzik ingin Lynn ketengahkan kali ini lebih kepada sentimental dan dance. Insya Allah jika tiada aral melintang hujung tahun ni peminat Lynn bakal mendengar single terbaru Lynn."

gambar rozita ezlynn

Dalam dia asyik bercerita, saya bertanyakan kepadanya tentang cerita yang dia akan berkahwin. Betul ke?

[sumber]



"Mana tahu ni? Siapa cakap? Memanglah bang Lynn ada rancang nak kahwin. Umur pun dah nak masuk 30. Lynn seperti wanita-wanita lain juga ingin mempunyai keluarga sendiri. Calon dah ada cuma Lynn belum sedia nak umumkan siapa dia. Tiba-tiba tak jadi, siapa yang malu? Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, Lynn akan beritahu kepada semua siapa dia."



Perbualan kami sampai disitu sahaja kerana Lynn perlu bertugas sebagai pengacara pada majlis tersebut.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]






  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ezlynn akan berkahwin ? | PERKAHWINAN artis malaysia, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top