Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 22 April 2009

Daftar perkahwinan luar elak komplikasiSoalan:
SAYA ialah isteri kedua dan telah berkahwin pada tahun 2007 di Songkhla, Thailand. Untuk pengetahuan SIS, sehingga kini kami belum mendaftarkan perkahwinan kami. Suami enggan mendaftarkan perkahwinan kami. Saya merasa gelisah dan bimbang mengenangkan masa depan saya. Apa akan terjadi kepada saya sekiranya saya tidak mendaftarkan perkahwinan ini? Saya sebatang kara dan bergantung sepenuh harapan kepada suami. Bantulah saya.

Seri Melati,

Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan ia haruslah dipikul dengan sebaik-baiknya oleh pasangan. Apalagi di dalam perkahwinan poligami kerana ada isteri dan keluarga lain yang akan turut terlibat. Perundangan di negara kita memandang berat akan prinsip keadilan ini. Oleh sebab itu, beberapa panduan telah digariskan bagi menjamin kepentingan isteri sedia ada dan bakal isteri.

Setiap perkahwinan perlu didaftarkan mengikut peruntukan yang termaktub di bawah undang-undang keluarga Islam dan lain-lain prosedur yang berkaitan.

Secara amnya, setiap undang-undang keluarga Islam di Malaysia mempunyai peruntukan yang sama mengenai pendaftaran perkahwinan.

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, Seksyen 23(1) telah memperuntukkan bahawa seorang lelaki yang mahu berpoligami perlu memohon keizinan daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Jika dia berkahwin sebelum atau setelah gagal mendapatkan kebenaran tersebut, maka tindakannya adalah salah di sisi undang-undang. Dia boleh didakwa di bawah Seksyen 123. Jika disabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Adalah menjadi kewajipan suami dan isteri untuk mendaftar perkahwinan mereka. Perkara ini adalah satu formaliti yang mesti dipatuhi seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 25 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Sijil perakuan nikah hanya akan dikeluarkan setelah pendaftaran perkahwinan didaftarkan.

Pendaftaran perkahwinan boleh dilakukan oleh suami atau isteri. Setelah mendapat pengesahan perkahwinan daripada Mahkamah Syariah, segala dokumen perkahwinan perlu di bawa ke Majlis Agama Islam terdekat.

Ini adalah kerana, sebelum membuat pendaftaran perkahwinan, pegawai pendaftar perlu memastikan sama ada perkahwinan tersebut sah dari segi syarak dan undang-undang.

Salah satu efek perkahwinan yang dilakukan tanpa kebenaran Mahkamah adalah perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan. Tujuan pendaftaran ini bukan hanya satu formaliti bagi mendapatkan sijil nikah.

Ia merupakan satu rekod yang mensahihkan bahawa perkahwinan tersebut bukan sahaja menurut undang-undang negeri tetapi juga telah menepati hukum syarak.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan adalah tidak sah dari segi undang-undang. Ia bermaksud bahawa puan tidak akan mempunyai hak sebagai seorang isteri dan tidak boleh membuat apa-apa tuntutan di Mahkamah Syariah kelak.

Puan tidak akan dibenarkan menuntut hak ke atas nafkah, hak penjagaan atau nafkah anak, dan lain-lain tuntutan sehingga perkahwinan didaftarkan.

Sekiranya puan mempunyai anak kelak tanpa sijil nikah yang sah ia mungkin akan menyukarkan proses pendaftaran kelahiran dan lain-lain proses yang memerlukan kesahihan bahawa suami adalah bapa.

Diharapkan informasi dan penjelasan yang diberikan dapat membantu puan.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dalam
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !