728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

29 April 2009

Cinta rahsia Norish Karman | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

bekas suami Norish, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir
AMPANG: “Perceraian kami berpunca daripada cinta rahsia dia (Norish Karman) dengan seseorang,” kata bekas suami Norish, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir ketika mengulas permintaan pelakon jelita itu supaya tidak memburukkan teman lelakinya.

Hashimuddin, 60, mendakwa selepas bercerai pada 15 Julai 2008, dia langsung tidak kisah dengan siapa Norish mahu bercinta.

Bagaimanapun, dia terpaksa bersuara apabila mendapati seolah-olah tiga anaknya dipergunakan Norish.

“Saya tidak cemburu langsung, apabila dia bebas membawa teman lelakinya ke rumah dengan anak saya ada di sana, malah membawa mereka bercuti sekali di Pulau Tioman, Pahang, Mac lalu.

“Kini, saya tidak mampu bersabar lagi kerana Norish mendakwa dia ada bukti menunjukkan saya gagal menjaga kebajikan anak. Saya boleh kemukakan bukti saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa,” katanya yang ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Hashimuddin mendedahkan rahsia cinta Norish dengan seseorang bermula sekitar Oktober 2007, malah keluarga lelaki itu turut meminta dia campur tangan untuk menghentikan hubungan terbabit.

“Mula-mula saya hanya mendengar khabar angin, tetapi mempercayainya apabila anggota keluarga lelaki itu bertemu saya meminta menghalang hubungan itu.

“Saya pernah bersemuka dengan lelaki itu dan meminta dia sedar perbuatannya itu melanggar hukum agama. Tetapi mereka teruskan juga hingga Norish meminta saya menceraikannya,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Menanti, Negeri Sembilan dari 1995 hingga 1999 itu.

Menurut Hashimuddin, hati suami mana yang tidak terhiris apabila bekas isteri memburukkan namanya selepas berpisah.

“Macam-macam dia tuduh seolah-olah saya ini kejam sangat hingga orang luar yang tidak tahu apa-apa memandang serong. Selama ini saya mendiamkan diri kerana saya bukan artis yang memerlukan publisiti media, saya ahli perniagaan, untung atau rugi, saya tanggung sendiri,” katanya.

Dia mendakwa ada bukti dan saksi hubungan pasangan terbabit bukan sekadar kawan biasa.

“Perkara itu akan saya huraikan di mahkamah nanti,” katanya yang akan terus mendapatkan bantuan media menjawab tohmahan Norish selagi pelakon itu berkeras mahu menyalahkannya terhadap keruntuhan rumah tangga mereka.

Harian Metro semalam melaporkan Norish mendakwa dia tidak pernah mereka cerita mengenai dirinya dan wang edah serta sampingan lain diterimanya selepas perceraian dengan Hashimuddin, sebaliknya hanya menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat.

Norish berkata demikian susulan laporan Metro Ahad menyebut Hashimuddin tampil menjelaskan maklumat lengkap, dia memberi RM5,000 sebulan dalam tempoh edah selama tiga bulan 10 hari, membayar sewa rumah RM15,000, wang pendahuluan rumah RM9,000 dan kos berpindah RM3,000. [sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]


<script type="text/javascript"><!--
google_ad_client = "pub-8693742445171194";
/* 468x15, created 4/29/09 */
google_ad_slot = "2618294005";
google_ad_width = 468;
google_ad_height = 15;
//-->
</script>
<script type="text/javascript"
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
</script>







  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Cinta rahsia Norish Karman | PERKAHWINAN, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top