728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

15 January 2009

Keluarga restu Abby & Zoulle | PERKAHWINAN ARTIS MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

gambar Zulkifli Ariffin dan Abby Abadi“KALAU sudah ditakdirkan jodoh saya dengan Abby, saya terima dengan hati yang terbuka. Nabi Muhamad S.A.W dan isteri pun jauh beza umur. Itu bukan satu isu. Saya juga tidak kisah tentang status dia (ibu kepada tiga anak).

“Apa yang penting adalah hubungan yang dibina itu. Jadi, tak timbul soal ‘memilih’ kerana diri saya juga bukanlah sempurna,” begitu kata Zulkifli Ariffin ketika ditanyakan reaksinya jika hubungannya dengan Abby Abadi menjadi lebih istimewa selepas ini.

Malah, pelakon yang lebih mesra disapa dengan panggilan Zoulle ini memberitahu, keluarganya juga begitu terbuka dengan pilihan anak-anak. Bukan sahaja berkaitan kerjaya tetapi juga soal jodoh dan pilihan hidup. Justeru, gosip hubungannya dengan pelakon yang cukup terkenal dengan watak Inspektor Aleeza itu juga bukanlah satu isu besar yang harus diperdebatkan oleh keluarganya

Bagaimanapun, Zoulle yang kini telah pun menjadi keluarga baru ‘Gerak Khas’ menegaskan hubungannya dengan Abby Abadi hanyalah sekadar teman baik sahaja. Ia berlaku secara tidak sengaja apabila keduanya berkenalan ketika sama-sama berlakon dalam drama Apa Itu Cinta. “Bila saya cakap dia teman baik saya, ramai yang kata saya nak ‘cover line’.

Hakikatnya itulah situasi sebenarnya. Saya juga tak tahu kenapa orang besarkan isu saya dengan Abby Ini. Sampaikan kenyataan saya yang mengatakan saya tidak anggap dia sebagai kakak pun menimbulkan salah faham. “Memang saya tak anggap dia kakak sebab saya rasa lebih selesa kalau dia jadi kawan. Kalau sebagai kawan, perbualan kami akan lebih meluas dan tidak terhad. Kami bebas untuk berkongsi apa sahaja cerita.

Bagaimanapun, saya tetap menghormati dia yang lebih berusia dari saya,” ujar Zoulle yang lapan tahun lebih muda daripada Abby. Minta maaf Sementara itu, pelakon yang juga bintang iklan komersial ini juga turut ditanyakan reaksinya apabila ada pihak yang menganggap kemunculannya di sisi Abby telah membuatkan imej pelakon yang baru sahaja melalui proses perceraian itu sedikit tercalar.

Perasaan simpati terhadap Abby dengan apa yang telah terjadi dalam perkahwinannya, telah bertukar cerita lain dengan kemunculan Zoulle. “Saya minta maaf jika itu yang difikirkan orang. Apa yang boleh saya cakap, semua ini adalah kebetulan dan bukanlah dirancang oleh saya mahupun Abby sendiri.

Ia tentu sekali tidak menjadi isu kalau hubungan persahabatan kami ini tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak,” tegasnya yang turut mengakui namanya dikenali kerana gosip ini.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]








  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Keluarga restu Abby & Zoulle | PERKAHWINAN ARTIS MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top